Bahaya Kelicikan Tipu Muslihat Wanita


Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Gambar hiasan

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak.

Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:

“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” – (Surah al-Baqarah: 35-36)

Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). – (Surah Taha: 116-121)

Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut.

Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan.

Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam.

Kata Dr Abu Syahbah, “Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”. – (Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)

Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita.

Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.

Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:

“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat” – (Surah Yusuf: 28)

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.

Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaidsebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya.

Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita.

Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.

Nabi SAW pernah bersabda, “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita.” -(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda juga:

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” – (Riwayat Muslim)

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.

Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita.

Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya.

Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian.

Nabi SAW bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” –(Riwayat Muslim)

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” – (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani)

Sabda Nabi SAW juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” –(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim.

Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Kisah Benar Suami Mengaku Curang Dengan Janda7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/03/bahaya-kelicikan-tipu-muslihat-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Di Tipu Rm1 500 Oleh Bakal Suami Di Facebook

Wanita Di Tipu Rm1 500 Oleh Bakal Suami Di Facebook

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 309 hits
KUANTAN Seorang wanita yang baru diceraikan teruja apabila dilamar kenalan Facebook untuk dijadikan isteri selain dijanjikan pelbagai kemudahan termasuk wang belanja dan melunaskan hutangnya Sebagai tanda setuju mangsa berusia 55 tahun dari...
Bahaya Tekanan Hidup Bagi Para Wanita

Bahaya Tekanan Hidup Bagi Para Wanita

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 407 hits
Tekanan hidup adalah salah satu penyebab utama ketidakupayaan bagi wanita iaitu kira kira 25 peratus daripada wanita akan mengalami tekanan yang teruk pada tahap tahap tertentu dalam kehidupan mereka Gambar hiasanTekanan sering menjadikan i...
Wangian Dan Wanita

Wangian Dan Wanita

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 246 hits
Hari tu aku ada tengok fiqh wanita dan kebetulan Ustazah Istifadiah yang menjadi panel Dalam banyak banyak soalan yang penonton ajukan dan jawapan yang ustazah berikan ada sesuatu yang buat aku tertarik iaitu pasal perempuan dan minyak wang...
Tips Untuk Menjadi Lelaki Idaman Wanita

Tips Untuk Menjadi Lelaki Idaman Wanita

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 283 hits
Hai readers Hari ini aku nak kongsi tips sikit untuk macam mana untuk menjadi lelaki idaman wanita Tips ni boleh la dikatakan untuk golongan lelaki So apa tipsnya Lelaki yang ada pegangan agama yang kukuhTips ini memang top la Penting der u...
Mira Filzah Idam Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

Mira Filzah Idam Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 467 hits
Dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 32 malah sudah beberapa kali memenangi anugerah dalam kategori popular Mira Filzah kini idamkan anugerah Pelakon Wanita The post appeared first on
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 706 hits
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya AkuAku sudah 7 tahun berkahwin Dalam pada masa tu sudah 5x aku mengandung tetapi semua keguguran apabila mimpi seorang nenek tua datang u...
Wanita Jepun Ini Habiskan Seratus Roti

Wanita Jepun Ini Habiskan Seratus Roti

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 322 hits
Seringkali kita berfikir jika wanita dengan tubuh langsing pasti hanya makan dengan sedikit Tapi mungkin jika melihat wanita langsing berasal dari Jepun ini pemikiran tersebut boleh berubah Seorang Youtuber cantik bernama Yuka Kinoshita seb...
Kena Hentak Sampai Nampak Otak Wanita Maut Ditukul Bekas Kekasih

Kena Hentak Sampai Nampak Otak Wanita Maut Ditukul Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 491 hits
Seorang wanita maut dalam keadaan sebahagian daripada otaknya terdedah apabila bekas teman lelakinya memukul kepala mangsa menggunakan tukul pada malam hari lahirnya yang ke 33 Sandra Zmijan ditemui maut di taman belakang rumah bekas kekasi...
Da I Farhan Dedah 18 Wanita Minta Jadi Isteri Kedua

Da I Farhan Dedah 18 Wanita Minta Jadi Isteri Kedua

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 915 hits
Nama Da i Nik Ahmad Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu berkahwin dengan seorang janda anak lapan Da i Nik Farhan mendedahkan sebelum ini The post appeared first on
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia