Bahaya Jika Bayi Tersedak Susu Dan Tips Rawatan Jika Tersedak Susu


Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.Terbaru, kes Siti Nur Balkis Ahmad Zahir berusia tujuh bulan, yang dipercayai tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis, di bawah jagaan ibunya sendiri.

Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.
Bagi yang tidak mengetahui puncanya, agak pelik bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan kematian sedangkan susu hanyalah sejenis cecair.

Tips rawatan bayi tersedak susu 


Pakar Diet Pemakanan, Norul Hazliza Sham Hashim berkata, insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol.

"Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas,'' ujarnya.

Malah lebih parah, sekiranya keadaan itu berlaku apabila bayi itu memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak.

Tambah beliau, keadaan itu juga akan menyebabkan bayi dijangkiti bakteria dan memberikan kesan kepadanya.

Bagaimana pun dalam masa yang sama, masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu.

Keadaan itu terang beliau berlaku sekiranya bayi tersebut berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk .

Kata Haliza lagi, sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.

"Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Keadaan ini mengelakkan bayi termuntah semasa sedang menyusu dan muntah tersebut akan memasuki hidung dan mengganggu laluan pernafasan mereka,'' katanya.

Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.

Beliau berkata, walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman,''kata Haliza.

Begitupun, cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan.
Ini kerana katanya, apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.

"Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu," jelas beliau.

Keadaan itu, jelas beliau berbeza dengan susu formula yang akan sentiasa mengalir dari botol dan melambatkan proses penghadaman.

Tambahnya, selepas setiap kali penyusuan pastikan bayi disendawakan, keadaan ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur.

"Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah," kata Haliza.

Beliau berkata, ibu bapa boleh mempraktikkan beberapa kaedah untuk memastikan bayi sendawa. Antaranya tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.

"Ibu juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut,'' ujarnya lagi.

Akhir sekali tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol yang mengandungi air suam bagi mengelakkan si kecil mendapat kembung perut.

Tip Berguna


Cara rawatan sekiranya tersedak susu
Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang bayi beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasan keluar.Dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.Tekan bahagian perut bayi, kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Sumber:majalahsains 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://tipsremaja1.blogspot.com/2015/12/fakta-hari-ini-bahaya-tersedak-susu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Hilangkan Gastrik Dengan Segera Minum Susu Tanpa Ubat

Tips Hilangkan Gastrik Dengan Segera Minum Susu Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 471 hits
Tips Hilangkan Gastrik Dengan Segera Minum Susu Tanpa UbatTips Hilangkan Gastrik Dengan Segera Minum Susu Tanpa Ubat Bila ada masalah gastrik kalau lewat makan mesti akan rasa pedih perut Gastrik juga menyebabkan mual badan berangin berdeba...
Toxoplasmosis Virus Kucing Yang Boleh Dungukan Otak Bayi Bahaya Bahaya

Toxoplasmosis Virus Kucing Yang Boleh Dungukan Otak Bayi Bahaya Bahaya

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 233 hits
Yang berikut adalah sedikit maklumat berkenaan penyakit TOXOPLASMOSIS sejenis jangkitan virus di mana pembawa utamanya adalah kucing Toxoplasmosis tidak terlalu merbahaya bagi orang dewasa tetapi ia boleh jangkiti kandungan ibu hamil dan me...
Hiburan Itukan Gigi Susu Tular Video Bayi Dipakaikan Braces Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi Content

Hiburan Itukan Gigi Susu Tular Video Bayi Dipakaikan Braces Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi Content

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 302 hits
Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan seorang bayi perempuan comel di Namun bukan kecomelan bayi perempuan itu yang menjadi tumpuan netizen tetapi gigi kanak kanak berkenaan telah dipasang pendakap gigi Adverti...
4 Tips Sehat Menikmati Kuliner Kekinian

4 Tips Sehat Menikmati Kuliner Kekinian

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 258 hits
Banyak dari kuliner kekinian masuk kategori fast food Meski demikian bukan berarti nggak ada cara sehat untuk kamu bisa menikmatinya tanpa worry
Tips Hilangkan Sakit Kepala Dan Migrain Mengunakan Ais Cepat Dan Berkesan

Tips Hilangkan Sakit Kepala Dan Migrain Mengunakan Ais Cepat Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 232 hits
Di facebook telah viral satu post tentang tips hilangkan sakit kepala atau migrain dengan segera menggunakan ais ketul Bagi yang selalu mengalami masalah kesihatan yang berkaitan bolehlah ikut tips dan petua di bawah ini Jika berkesan Alham...
Tips Mudah Mengempiskan Perut Besartanpa Berdiet Atau Bersukan

Tips Mudah Mengempiskan Perut Besartanpa Berdiet Atau Bersukan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 189 hits
Bagaimana untuk mengempiskan perut Tipsremaja1 comPerut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebu...
How Tips Whiten Facial Skin With Natural Materials

How Tips Whiten Facial Skin With Natural Materials

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 294 hits
whiten the skin of the faceHOW TO WHITEN SKIN We all crave fluffy white skin and there are many ways to get it either naturally or modernly with the use of medication But we have to understand that our skin is not all the same due to variou...
How To Get Rid Of Acne Scars Naturally And Effectively Tips

How To Get Rid Of Acne Scars Naturally And Effectively Tips

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 221 hits
Image by from Everyone has certainly been through the attacked phase of acne Although this phase is over many still take years to get rid of their scars Let s try some tips to get rid of acne scars that can be made yourself at home The ingr...
Tips For Designing A Pretty Guest Room For The Holidays

Tips For Designing A Pretty Guest Room For The Holidays

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 276 hits
It is not because the extra room is rarely occupied that we should not dwell on its decoration So that your guests feel perfectly at home there we shape a space for them in The post appeared first on
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual