Bahaya Gangguan Makhluk Halus
Bahaya gangguan makhluk halus jika tidak dirawat.:scream:
Jika nak dibandingkan dengan sihir dan santau, saka merupakan gangguan jin yang paling sukar sekali untuk dirawat. Lebih lama seorang manusia itu berdamping dengan saka peliharaannya, lebih sukarlah untuk dikeluarkan saka dari tubuh badan tuannya. Pengalaman ky melihat dan bertanya sendiri dengan perawat, kata seorang ustaz kes saka ada banyak jenis, jenis saka yang ky nak cerita ni ialah jenis saka pahlawan, di mana ketika merawatnya,tenaga tujuh orang lelaki diperlukan untuk memegangnya kerana kuatnya amukan saka yang berada di dalam badan pesakit yang dirawat.
Pewaris saka akan mengalami penderitaan dan seksaan yang amat berat ketika menjelangnya saat sakaratul maut. Ini disebabkan jin saka yang berada di dalam badan manusia itu tidak mahu melepaskan tuannya. Mungkin juga seksaan ini adalah azab dari Allah kerana melakukan perbuatan syirik kepada-Nya.
Ustaz ada beritahu jika jin dibiar lama dalam badan kita ia sangat bahaya, sebab jin akan duduk di dalam salur darah kita, lama kelamaan ia boleh sebab strok atau angin ahmar. Korang perasan tak , orang yang kena strok berlaku secara drastik sangat pantas ,dalam keadaan tiba-tiba. Dan pesakit akan koma tidak sedarkan diri. Nauzubillah.
Ky nak pesan dengan korang semua, jangan tunggu lelama, perlu dirawat , dan cari tempat rawatan rujuklah kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.Elakkan daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin, mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah HARAM.
Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus, ky kongsikan cuba sentiasa amalkan membaca ayat kursi tiap kali lepas solat fardu, dan baca doa menghalau syaitan(al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain banyakkan beribadat kepada Allah.
Ky nasihatkan dalam masa yang sama kita amal sapukan balm bidara baroqah sebelum tido,dan mandi dengan gel mandian bidara. Balm utk urutan bahagian luaran dan mandian guna untuk mandi.Syaitan dan jin akan berasa panas bila guna bahan yang berasaskan dari daun BIDARA.
Ini Sebagai ikhtiar dan usaha kita untuk sihat seperti sediakala. Banyakkan berdoa supaya Allah beri kesembuhan.
Terima kasih sebab korang sudi baca sampai habis.:kissing_heart:*Info dari KY EMPIRE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bizff.blogspot.com/2019/03/bahaya-gangguan-makhluk-halus.html