Bahaya Digigit Pirah Piras Tempiras Sikenit Cengkenit Kutu Khinzir Kutu Babi Elpiras Loy
Ari ni ambe nok crita pasal pirah atau nama glemernya Elpiras Loy. Pirah ni juga dikenali ngan nama sikenit, cengkenit dan ade panggil kutu khinzir. Diwartekang berade dalam keluarge araknida seperti labah-labah, natang kecik ni hidup menumpang atas mamalia, repltilia dan juge burung.
Musim2 berangin gini wahi la ye terbang ke sana ke mari sambil bernyanyi riang, dang ye hinggap, mule2 skali ye wak kuor kuku dan pegang kemah keming, baru yer ketik isak daroh. Kene ke budok2 dok larat nok glepor ar. Ye wahi duk celoh2 tempat lembab, ngayap dalang telinga dan bira telinga.
Petua nok buang kakah ni ialah dengan benda2 beralkohol atau mentol, seperti kapas swab, minyok cap kapok dan ubat yang bermenthol. Petua orang dulu2 pulok suruh titik dengan air tembakau atau sapu kapur makan sekeliling tempat ye pegang. Mung tepek kapur skoloh ye leper dok layang ah, yer siap tulis ABC pulok.
Jangan sesekali eret cabut terus, kemungkinan ye tinggal kuku dia dalam isi. Sebulang duk gata glebek lagi tepak tu.
Bam Sam mung baru je kene saknih di lipatang lutut. Tengoh2 mayang brase cam pedih mase duduk antara dua sujud. Ilang khusuk mayang.
Binawe sungguh Elpiras Loy ning.
Kredit gambor FB Sam Gruesome dan Google.
9 tips atau cara membunuh kutu babi / piras / tempiras / sikenit / cengkenit / elpiras loy
1. Tembakau
Ambil sedikit tembakau dan lembabkan dengan sedikit air, kemudian tekapkan pada tempiras atau kutu tersebut lebih kurang 20 saat hingga piras tertanggal atau mati. Boleh juga rendam tembakau dan titiskan air tembakau pada piras.
2. Minyak cap kapak
Letak sedikit minyak cap kapak pada kapas kemudian sapukan pada badan pirah tersebut dan apabila piras tersebut rasa panas dia akan keluar atau mati.
3. Minyak gamat.
Letak sedikit minyak gamat pada kapas kemudian sapu pada badan sikenit tersebut.
4. Penyembur racun serangga
Sembur racun serangga seperti Ridsect / Shiedtox pada putik kapas kemudian letakkan pada cengkenit tersebut.
5. Minyak tanah.
Sapukan minyak tanah pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.
6. Cuka makan.
Sapukan cuka pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.
7. Air garam.
Rendam bahagian yang digigit tempiras dalam air garam sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.
8. Kapur sireh.
Sapukan kapur sireh di tempat bahagian yang digigit kutu babi dan tunggu sehingga ia jatuh.
9. Bawa ke klinik atau hospital.
Ini adalah cara terakhir jika keadaan terlalu kritikal. Kebiasaannya pihak hospital akan merujuk kepada pakar telinga dalam masalah elpiras loy dalam telinga. Doktor akan sembur sejenis cecair ke dalam telinga dan menarik keluar tempiras tersebut.
Ibubapa yang ada anak-anak, kena berhati-hati sentiasa pantau keadaan anak-anak. Sekiranya ada gejala seperti anak mengadu tidak selesa di bahagian tertentu di badan, selalu asyik garu-garu, sakit bila sentuh. Silalah tengok-tengok kuk ada yang melekat.
Semoga bermanfaat.... ANIME4NZ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://anime4nz.blogspot.com/2020/01/bahaya-digigit-pirah-piras-tempiras.html