Bahaya Daun Sup Yang Selama Ini Orang Tak Ambil Kisah
Mamy ada la kisah pasal daun sup ni. Alkisah aku pesan kat anak suruh beli daun sup, untuk diletakkan dalam masakan sup daging. Tapi dia tersilap beli satu lagi daun yang seakan-akan daun sup, iaitu daun ketumbar. Bukan daun ketum ye.haha Balik-balik je aku tengok, dan berkata dalam hati "Hmm tak jadi la sup daging dan urat keting aku ni..l" Memang betul. last last jadi sup siam.huhu.Ha pon sodap baq hang
Cakap pasal daun sup, aku nak cerita sikit apa dia khasiat daun sup yang kita biasa duk makan, hari-hari. kadang kita bubuh dalam sup, kadang kita tabur atas nasi moi. Paling sedap, kalau bubuh dalam cucur, pergh! Kita tahu sedap je. Tapi tak sedar khasiat daun sup ni kita dapat duk nikmati untuk kesihatan badan
Herba daun sup in english dikenali sebagai Apium graveolens. Ada juga yang kata daun sup ni sebenarnya adik beradik saderi atau celery. Entah lah, aku pun tak pasti.Daun sup ini sememangnya memang sering digunakan dalam masakan. Baunya yang semerbak dengan rasa yang agak sedap memang membangkit selera. Paling sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti sup dan juga sebagai hiasan tambahan kerana baunya yang amat istimewa tersebut
Khasiat Air Rebusan Daun Sup
Kebaikan Daun Sup Untuk Kesihatan memang ada banyak. Fungsi air daun sup yang pelbagai inilah telah menyebabkan ramai orang mengamalkan minum rebusan daun sup sebagai minuman tambahan yang dibuat sendiri di rumah. Apakah rahsia khasiat daun sup ini sebenarnya? Inilah senarai kebaikan daun sup untuk kesihatan kita
Sistem Imunisasi - 100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin c yang terkandung di dalamnya dapat menguatkan sisttem imun dan membuatkan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam-ulaman
Penawar buah pinggang - Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung
Merawat kencing manis - Daun sup menpunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan
Sistem perkumuhan - Biji benih daun sup diamalkan, dapat membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar
Menurunkan kadar kolestrol - Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun sup ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan
Mencuci buah pinggang - Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil
Penawar ubat batuk - Rebus daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah
Mengubati mata kering - Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minun tiga kali sehari
Ha macam mana? banyak kan khasiat daun sup ni. Tahu-tahu khasiat ni, terus ada mari rasa nak berkebun belakang rumah kan la lani jugak
Cara Mudah Tanam dan Semai Anak Pokok Daun SupKalau nak tanam pula. Cara tanam daun sup adalah melalui keratan akar. Kalau beli daun sup kat pasar, pastikan bahagian akarnya tu jangan buang dalam tong sampah. Ia sebenarnya boleh ditunaskan semula dan aku nak habaq yang daun sup ni merupakan sejenis herba yang senang hidup. Tak kisahlah tanam melalui biji benih ke, atau keratan akar, dia memang mudah hidup dan biak. Jadi, tanam lah sayur ini sendiri di rumah. Berbakti kepada tanah, kita akan mendapat hasil.InsyaAllah
Bahaya Daun Sup Yang Selama Ini Orang Tak Ambil KisahJadi apakah bahan berbahaya yang terkandung dalam daun sup atau saderi ini? Ramai yang tak kisah akan informasi penting ini sebab daun sup dikatakan sudah mula digunakan beratus tahun dulu lamanya dan masyarakat tak dapat nak relate yang daun sup ini amat berbahaya kepada kita!
Sangat berbahaya ye, setiap makanan yang dicampurkan dengan daun sup ini seperti di dalam sup (stew) ayam atau daging, nasi goreng, ayam masak merah, mee goreng, bihun goreng dan bermacam lagi makanan sehingga sekecil-kecil tauhu bergedil yang sedap tu. Akibat menambahkan daun sup ke dalam masakan yang disebutkan di atas akan menimbulkan aroma yang wangi dan merangsang selera seseorang untuk makan sampai tak ingat dunia
hahaha..bahaya kan? Boleh tak muat pintu jadinya bila kita dah terlebih makan kerana berselera dengan aroma daun sup. Hehe maaflah, bukan niat nak buat gempak atau misleading article. Aku cuma terlintas ilham ini dan berhajat membuat jokes je. Harapnya sampai lah jokes nya ye..or else mamy syiok sendiri je la duk gelak sorang sorang. huhuCara mudah tanam dan memperbanyakkan pokok daun sup di rumah,cara tanam dan memperbanyakkan daun sup,cara tanam daun sup,cara mudah tanam daun sup,cara tanam pokok daun sup,daun sup dalam pasu,tanam dan memperbanyakkan daun suBahaya Daun Sup Yang Selama Ini Orang Tak Ambil Kisahp,chinese parsley plant,tanam daun sup dari anak pokok,alihkan daun sup,cara tanam daun sup dari akar,daun sup anak pokok,daun sup pokok, daun sup,daun sup pokok,cara pisahkan pokok daun sup,cara banyakkan daun sup,anak pokok daun sup,tanam daun sup
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2024/02/bahaya-daun-sup-yang-selama-ini-orang.html