Bahaya Bila Ibu Melahirkan Overdue Boleh Sebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan


Bila seseorang wanita itu lewat bersalin dari tarikh jangkaan sudah tentulah merisaukan. Bakal ibu pasti susah hati dan tertanya-tanya bila dia akan melahirkan. Sebenarnya kelahiran ‘overdue’ biasa berlaku dan ia boleh mendatangkan bahaya. Paling teruk, kelewatan ini boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.
Sumber foto: www.freepik.com Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.

Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan servik si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
Sumber foto: www.freepik.com 3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Hamil Bayi Lelaki
5. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.

Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
Sumber foto: www.freepik.com 4. Bayi mati dalam kandungan.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Sumber: Majalah Pa&Ma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Bahaya Bila Ibu Melahirkan ‘Overdue’, Boleh Sebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-bila-ibu-melahirkan-overdue-boleh-sebabkan-kematian-bayi-dalam-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Anemia Ketika Hamil Bayi Pun Boleh Dapat Bila Dah Lahir

Bahaya Anemia Ketika Hamil Bayi Pun Boleh Dapat Bila Dah Lahir

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 210 hits
Ketika hamil banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu Salah satunya adalah anemia Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin Di dalam perkongsiannya di laman Facebo...
Pantang Lepas C Sec Susah Ke Pakar Ini Jelaskan Apa Boleh Ibu Buat Untuk Cepat Sembuh

Pantang Lepas C Sec Susah Ke Pakar Ini Jelaskan Apa Boleh Ibu Buat Untuk Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 185 hits
Kelahiran melalui pembedahan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding bersalin normal Oleh itu penjagaannya juga perlu diberi perhatian supaya luka cepat sembuh dan tidak terbuka semula Sumber foto www freepik com Memandangkan ...
Kutu Rambut Bila Si Anak Dijangkiti Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

Kutu Rambut Bila Si Anak Dijangkiti Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 155 hits
Masalah amat biasa terjadi pada Kanak kanak berusia 3 10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini Bila si anak dijangkiti kutu rambut ini tip mudah yang ibu bapa boleh buat Kutu rambut adalah serangga ...
Marah Marah Waktu Mengandung Ganggu Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan

Marah Marah Waktu Mengandung Ganggu Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 116 hits
Ketika seseorang wanita mengandung akan berlaku perubahan hormon yang mungkin menganggu emosinya Apabila keadaan ini berlaku tanpa sedar ibu hamil akan berubah menjadi lebih sensitif dan mudah marah marah Berdasarkan pemerhatian ibu hamil l...
Kontraktor Memandu Berbahaya Tidak Mengaku Salah Sebabkan Kematian Dua Beradik

Kontraktor Memandu Berbahaya Tidak Mengaku Salah Sebabkan Kematian Dua Beradik

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 196 hits
SUNGAI SIPUT Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua pelajar sekolah dalam kemalangan Jumaat lalu Tertuduh Lee Kin Peng 52 mengaku tidak ...
Apa Ibu Hamil Makan Pengaruhi Anak Dalam Kandungan Elak Makanan Segera

Apa Ibu Hamil Makan Pengaruhi Anak Dalam Kandungan Elak Makanan Segera

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 301 hits
Pemakanan memainkan peranan yang penting untuk perkembangan janin dalam kandungan Disebabkan itulah ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan segar sepanjang mengandung Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan elakkan sama s...
Tip Rangsang Bayi Merangkak Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan

Tip Rangsang Bayi Merangkak Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 120 hits
Apabila sampai waktunya bayi anda akan mula belajar untuk Buat mama dan papa ketahui tip rangsang bayi untuk Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza jangan terlalu memaksa mereka Ini merupakan antara fasa penting buat ke...
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagus Untuk Tumbesaran Bayi

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagus Untuk Tumbesaran Bayi

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 142 hits
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat Semasa mengandung bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan tetapi apa yang anda makan Secara umumnya wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalor...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik