Bahasa Kebangsaan Baru


 ABDULLAHJONES     Kami dah malas sebenarnya bercakap fasal peri pentingnya penduduk sesebuah negara itu mendaulatkan bahasa yang telah diputuskan sebagai bahasa kebangsaan.

Pertamanya adalah kerana, dari mana pun kamu datang, apabila membicarakan hal tersebut kamu akan dilihat sebagai seorang yang kuat berahi perkaumannya.

Kamu akan dilihat sebagai seorang yang mementingkan bangsa kamu sendiri sambil tidak mahu belajar bergaul dan menghormati bangsa lain dalam negara yang kononnya terkenal berbilang bangsa ini.

Dan tentunya yang paling malang apabila memang begitulah yang berlaku kepada sesiapa yang kuat menjerit memperjuangkan bahasa kebangsaan kita.

Pejuang bahasa Melayu giat mempertahankan bahasa kebangsaan hanya kerana ini - pada mereka - adalah negara Melayu. Semua orang perlu menghormatinya dengan tunduk berbahasa dalam lidah nenek moyang mereka.

Tidak ada keinginan untuk menjadikan semua warganegara ini tenang berbicara tanpa syak wasangka.

Apa yang mereka mahu ialah keesaan di atas bahasa Melayu itu sebagai lambang kekuasaan satu bangsa ke atas bangsa yang lain.

Sementara bangsa-bangsa lain pula enggan berbahasa Melayu kerana mereka berasakan, dengan berbahasa Melayu mereka seakan mengakui bahawa ini adalah sebuah negara milik orang Melayu semata-mata.

Kononnya bahasa ilmu dunia Secara tidak langsung mereka akan dianggap pendatang yang selamanya tidak akan diiktiraf sebagai rakyat jelata yang memiliki hak yang sepatutnya.

Setelah merdeka enam puluh tahun, setelah datuk nenek kamu - yang entah datang dari mana - menjadikan negara ini buah hati belahan jiwa masing-masing, kamu masih takut dan berasakan kamu bukan sebahagian daripada isinya?

Memang bodoh yang tidak boleh diajar kamu iini semuanya apabila takut dengan bahasa sesuatu bangsa. Juga bodoh yang sama jatuh kepada kamu yang berjuang hanya kerana ini bahasa nenek moyang kamu.

Kita jadi negara cacamarba. Lihat saja papan tanda di sekeliling kita dan akan kamu dapati semuanya berlumba-lumba untuk menjadi lebih tinggi daripada yang lain.

Yang Melayu dengan bahasa Melayu alaf barunya dan bodoh, si Cina pula meletakkan bahasa mereka di atas segala bahasa yang ada.

Manakala bahasa Inggeris diagungkan kerana telah diajar bahawa ini ia adalah bahasa ilmu dunia.
Digunakan di sana sini bahasa mandarin kerana ia didakwa sebagai bahasa perniagaan yang paling banyak digunakan di dunia.

Sambil itu diselitkan sepatah dua perkataan bahasa kebangsaan sebagai hadiah kecil untuk mengambil hati jika pun tidak untuk mengaburi mata.

Semua mahu menonjolkan diri masing-masing dan langsung tidak ada yang mahu memberi laluan demi kelangsungan damai negara.

Kerana itu kami berikrar untuk tidak lagi menulis fasal pentingnya kita semua disatukan dalam bahasa yang sama dan mungkin - jika kita semua berlembut hati bersetuju - negara ini akan lebih bahagia.

Memang suka berkelahi Atau dengan bersatunya kita dengan bahasa yang sama, sekurang-kurangnya apabila kita saling bermaki-makian semua akan faham apa yang dimarahkan.

Yang menteri pun sama bengapnya. Hanya kerana bencikan pimpinan lalu, ditukarnya nama tempat budak-budak belajar dengan nama berasal Inggeris. Tergesa dalam semua hal.

Jika sekalipun ingin memadam sejarah, pergi tanya orang pandai bahasa. Minta cadangan daripada mereka akan nama baru yang lebih berjiwa bangsa.

Ini tidak, mentang-mentang awak sekolah di Durham, awak hilang kecintaan kepada bahasa negara sendiri.

Ini belum lagi kita bercakap fasal ahli politik yang tergagap-gagap apabila berbahasa kebangsaan. Dah tahu diri itu mahu mewakili rakyat, dah tahu diri itu akan berdepan dengan orang banyak, pergilah belajar bercakap dengan betul.

Masuk kelas supaya nanti apabila bercakap tak adalah seperti anak tekak awak itu berbulu atau tertelan anak bulu-bulu.

Tapi itulah, seperti yang kami katakan tadi, kami sudah malas untuk menulis akan mustahaknya semua lapisan masyarakat bercakap dan faham bahasa kebangsaan.

Kerana apa, kamu bertanya?
Jawabnya, adalah kerana kamu semua jenis suka berkelahi menaikkan bangsa sendiri. Suka memaki-maki sesama sendiri di media sosial.

Sepatutnya apabila semua orang faham akan satu bahasa maka pertengkaran kamu semua itu akan menjadi lebih memberangsangkan.

Ianya akan jadi sangat-sangat menarik, dan mana tahu dalam pertelingkah kamu itu nanti akan terbit kosa kata baru.

Ini tentu saja akan memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa kebangsaan kita ini, yakni bahasa yang hari ini hanya digunakan oleh para 'pariah'.

Lihat saja Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru berlalu tempoh hari.

Bahasa elak mudarat Ia dipenuhi oleh orang Melayu. Tidak nampak bangsa lain yang datang sekurang-kurangnya untuk bersantai-santai apatah lagi untuk membeli-belah.

Yang kamu lihat hanyalah kumpulan pariah membaca yang datang. Lebih malang lagi ialah apabila diadakan pesta buku dalam bahasa lain, 'pariah' ini jugalah akan berbodong-bondong ke pesta berkenaan hanya untuk kelihatan muhibbah, tidak hanya mengagungkan bahasa sendiri.

Mereka mahu dilihat terbuka menerima apa saja yang elok.

'Pariah' berbahasa Melayu ini juga akan ke pesta apa saja - Songkran, Thaipusam atau apa saja - demi untuk perpaduan dan mereka gembira melakukannya.

Si 'pariah' memang begitu. Kerjanya adalah memuaskan orang walaupun seharian mereka dihina dan diperlekeh.

Sementara mereka mereka yang di kasta tinggi, yang geli berbahasa kebangsaan, dibunuh mati sekalipun tidak mahu mereka dilihat berbual bicara dalam bahasa kebangsaan.

Kerana itu juga seperti yang kami ulang-ulang, tidaklah lagi ingin kami menulis perihal pentingnya semua orang berkumpul dalam satu bahasa bagi mengelak kemudaratan.

Dan kami menyarankan agar kerajaan segera menukar bahasa kebangsaan kita daripada bahasa Melayu kepada satu bahasa yang difikirkan boleh menaikkan mertabat negara ini di dunia.
Kami mencadangkan agar kerajaan menjadikan bahasa binatang sebagai bahasa kebangsaan kerana pada pendapat kami, ianya adalah bahasa yang sangat sesuai dengan negara kita sekarang ini - jika persidangan parlimen diambil kira sebagai penanda aras.

*ABDULLAHJONES ialah pelukis, penulis dan penyair yang pernah tinggal di Langley Moor, Durham untuk beberapa ketika.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/bahasa-kebangsaan-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Mpocc Dalam Bahasa Mandarin Hina Bahasa Kebangsaan

Program Mpocc Dalam Bahasa Mandarin Hina Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mempersoalkan apa motif Kementerian Industri Utama menganjurkan program dalam bahasa Mandarin Serentak itu Ketua Penerangannya Nasrul Ali Hasan Abdul Latif menggesa menterinya Teresa Kok memb...
Goodday Susu Kurma Edisi Baru

Goodday Susu Kurma Edisi Baru

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1641 hits
Hai Eh Goodday ada keluarkan susu Susu apa Tentulah susu kurma Skrg ni pun dah ada beberapa pilihan susu kurma pelbagai jenama Yang saya kenal masa mula mula dulu Farm Fresh tu la Hatt tu sebijik rasa susu segar dicampur kurma Now kita cuba...
Ahmad Yakob Dan Husam Boleh Buka Dimensi Baru Politik Kelantan

Ahmad Yakob Dan Husam Boleh Buka Dimensi Baru Politik Kelantan

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 410 hits
ULASANAhmad dan Husam berpakat untuk majukanKelantan PERJUMPAAN secara tidak sengaja antara Husam Musa dengan Ahmad Yakob di satu majlis di Kota Bharu pagi semalam mungkin bukan satu peristiwa besar Pertemuan mereka berdua bukan pertama kal...
Cantik Macam Lisa Puteri Aishah Jadi Ahli Baru Blackpink

Cantik Macam Lisa Puteri Aishah Jadi Ahli Baru Blackpink

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1267 hits
Cantik Macam Lisa Puteri Aishah Jadi Ahli Baru BlackPink Pelakon Puteri Aishah binti Sulaiman atau lebih dikenali dengan nama Puteri Aishah mula dikenali selepas program Dewi Remaja 2014 2015 Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan telah ...
Apa Yang Baru Dari Honda Beat Esp Cbs Intip Ulasannya Berikut Ini

Apa Yang Baru Dari Honda Beat Esp Cbs Intip Ulasannya Berikut Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 238 hits
Beat menjadi salah satu motor skutik Honda yang cukup menjadi incaran banyak orang tidak heran jika penjualannya setiap waktu terus Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Untung Rugi Ppsmi Diberi Nyawa Baru

Untung Rugi Ppsmi Diberi Nyawa Baru

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 287 hits
TINJAUAN Ada banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi memastikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar berjaya ditingkatkan
Baru Saja Merilis Buku Cinta Penelope Ungkap Dirinya Mengidap Kanker Stadium 3 Karena Kebiasaan Masa Lalu

Baru Saja Merilis Buku Cinta Penelope Ungkap Dirinya Mengidap Kanker Stadium 3 Karena Kebiasaan Masa Lalu

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 257 hits
Pelantun lagu Keong Racun ini mengaku penyakit yang diidapnya kini akibat kebiasaan masa lalunya yang buruk Petik hikmahnya
Bersama Istri Sandiaga Tiba Di Tps 002 Kebayoran Baru

Bersama Istri Sandiaga Tiba Di Tps 002 Kebayoran Baru

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 216 hits
Pantauan di lapangan Sandiaga Uno beserta keluarga tiba di TPS pada pukul 07 35 WIB Sandiaga langsung diarahkan petugas ke pintu masuk TPS Saat ini Sandiaga tengah menunggu giliran untuk dipanggil panitia pemungutan suara
Dinasti Baru Dari Kerala

Dinasti Baru Dari Kerala

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 294 hits
Selama ini ingatkan yang tak suka sistem feudel Rupanya dia minat nak jadi Rajah juga Dulu pun Raja Raja Melayu dari Sumatera Sulawesi dll tempat Akhirnya orang Kerala ada hati rupanya Bukan sebab penyokong dan pengikut dah lama dewakan dia...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord