Ahmad Yakob Dan Husam Boleh Buka Dimensi Baru Politik Kelantan


ULASAN

Ahmad dan Husam berpakat untuk majukan
Kelantan.PERJUMPAAN secara tidak sengaja antara Husam Musa dengan Ahmad Yakob di satu majlis di Kota Bharu pagi semalam mungkin bukan satu peristiwa besar.

Pertemuan mereka berdua bukan pertama kali dan baharu. Bahkan sebelum ini mereka pernah duduk sebumbung, bermesyuarat bersama merancang untuk kemajuan Kelantan.

Ketika itu Husam sebagai Exco kanan kerajaan Kelantan manakala Ahmad sebagai Timbalan Menteri Besar. Mereka adalah pembantu Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi pemikir kepada kerajaan "Membangun Bersama Islam" di Kelantan.

Justeru pertemuan mereka berdua pagi semalam tidak pelik. Malahan pertemuan itu seharusnya berlaku sejak beberapa bulan lalu lagi, sebaik usai pilihan raya umum. Selepas selesai pilihan raya, sesudah rakyat Kelantan telah membuat pilihan mereka, mereka seharusnya mula menghulurkan salam, bermaaf-maafan, untuk bergerak ke depan tanpa prejudis antara satu sama lain?

Dalam pilihan raya lalu mereka bertembung dan berlawan antara satu sama lain. Perkara itu wajar dan itulah budaya dalam berpolitik apabila sudah tidak berada di bawah satu bendera lagi. Tetapi nawaitu dan maksud tetap sama untuk mendapat kuasa bagi membela negeri dan rakyat. Tiada maksud lain.

Husam dan Salahuddin serius bincang untuk
pembangnan rakyat, khas mengenai Kada.Sebaiknya sesudah selesai pilihan raya sebagai menempati kehendak sistem demokrasi, proses menentukan parti memerintah Kelantan, mereka wajar duduk bersama.

Dan hari ini kedua mereka bertemu. Pertemuan itu memberi ruang baik untuk mencari ruang menjalinkan kerjasama secara tidak langsung demi Kelantan. Suka atau tidak kedua mereka adalah pemimpin utama Kelantan hari ini. Mereka adalah orang tua di Kelantan.

Ahmad Yakob kekal sebagai MB, meneruskan kerja-kerja yang dipuasaki daripada Nik Aziz,  manakala Husam pula baru diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pertanian Kemubu (Kada), sebuah lembaga atau institusi pembangunan ekonomi cukup besar dan gah di Kelantan. Menerusi Kada itu Husam boleh membantu dan bekerjasama dengan kerajaan Kelantan bagi kemajuan Kelantan.

Di bawah Kada terdapat 458,000 nyawa dimana ia merupakan 1/4 daripada keseluruhan penduduk Kelantan. Dan dengan kedudukan kawasan Kada menjadi jelapang padi kedua terbesar negara meliputi kawasan seluas 26,833 hektar dan penyumbang kepada pendapatan padi dan beras untuk Kelantan dan negara, maka ia perlu diolah dan dibangunkan secara bersama dengan baik. Kada juga

Secara peribadi saya sangat senang hati dengan pertemuan mereka berdua semalam. Apa lagi membaca kenyataan atau respons Husam berhubung pertemuan itu dan cadangan kerajaan Persekutuan untuk melantik wakil negeri sebagai ahli lembaga Kada.

Kata Husam beliau tidak kekok untuk selalu hadir dalam majlis dan duduk sepentas bersama Menteri Besar, bahkan bersedia untuk bekerjasama demi Kelantan. Sementara dalam satu majlis lain Husam mengumumkan yang kerajaan Persekutuan mencadangkan seorang wakil negeri untuk dilantik menjadi ahli lembaga Kada.

Untuk tujuan itu katanya, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Salahuddin Ayub sudah memberi isyarat itu kepadanya dan beliau bersetuju.

"Saya telah berbincang dengan Salahuddin dan pihaknya telah mencadangkan agar dilantik wakil kerajaan negeri dalam Kada," kata Husam. Minggu lalu Husam selepas beberapa hari dilantik menjadi Pengerusi Kada, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Salahuddin di Putrajaya dan berbincang beberapa perkara berkaitan pertanian di Kelantan khasnya yang dipertanggungjawab di bawah Kada.

Dan paling menggembirakan seperti mana dilaporkan, Husam memberi tahu kerajaan Persekutuan bersedia untuk melantik sama wakil kerajaan negeri institusi yang dipengerusinya itu. Katanya beliau sudah berbincang dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bagi melantik wakil kerajaan negeri dalam lembaga Kada. Cadangan ini adalah julung kali sejak Kada di tubuh lebih 47 tahun lampau.

Semua pihak seharusnya menyambut baik dan gembira langkah kerajaan Persekutuan untuk menjalini kerjasama demi rakyat.  Sesungguhnya sikap dan pendekatan politik diambil Husam dan Salahuddin itu sudah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan. Mereka yang faham politik dan memanfaatkan politik untuk kepentingan umum pasti akan mengalu-alukan langkah diambil oleh Husam itu dan tidak sesekali cuba memprejudisnya.

Kelantan akan menuju kemajuan sekiranya kombinasi dua kuasa berlaku, kerajaan negeri dibawah Pas dan kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan yang bersikap terbuka, profesional berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini. Perubahan dan perkembangan ini seharusnya dimanfaat sebaik mungkin oleh kerajaan Kelantan.

Satu contoh jelas ialah dalam pengagihan royalti petroleum di Kelantan yang dinafikan sebelum ini. Kerana sikap kerajaan PH akhirnya royalti yang diperjuangkan oleh Kelantan sudah dapat dinikmati. Dan jangan lupa insan yang menggerakkan perjuangan untuk mendapat royalti ialah Husam. Dalam bulan ini juga (April) Kelantan akan menerima bayaran royalti.

Berhubung kemurahan kerajaan Persekutuan tadi, dalam masa sama hendaknya pihak kerajaan negeri tidak beralasan untuk menerima cadangan itu bagi menghantarkan wakilnya berada dalam lembaga Kada. Banyak faedah yang dapat dikutip nanti sekiranya kerajaan sedia menerima pelantikan itu. Sebaik-baiknya Ahmad Yakob selaku MB sendiri dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

Khabarnya untuk tujuan itu Husam bersama Salahuddin akan mengunjungi Ahmad Yakob dalam masa terdekat bagi membincang lebih lanjut berhubungan cadangan itu dan juga mencari segenap ruang dan peluang yang ada bagi menyatukan aset yang dimiliki kedua pihak negeri - persekutuan demi Kelantan.

Sekiranya ini menjadi kenyataan, kerjasama dan bantu membantu itu boleh diperluaskan ke dalam berbagai skop dan aspek lagi. Saya yakin dengan adanya semangat berpolitik secara bijaksana dan "mahabbah" ini akan menyerlahkan politik dimensi baru di Kelantan. Mungkin bertolak dari permulaan ini, wakil kerajaan negeri bukan sahaja hanya ada dalam agensi persekutuan seperti Kada itu sahaja, tetapi agensi-agensi lain juga termasuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), dan lain-lain. [wm.kl.10:16 am 16/04/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/04/ahmad-yakob-dan-husam-boleh-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Buka Landskap Politik Baru Demi Tolak Agenda Peribadi Ph

Umno Pas Buka Landskap Politik Baru Demi Tolak Agenda Peribadi Ph

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR 22 April Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata roadshow antara PAS dan UMNO telah dijalankan di seluruh negara dan ia menjadi noktah yang serius kepada perpecahan lampau dengan langkah sistematik unt...
Harap Husam Bawa Dimensi Baru Dalam Kada

Harap Husam Bawa Dimensi Baru Dalam Kada

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 493 hits
CATATAN Salahuddin menyerahkan watikah pelantikankepada Husam diperhatikan Mohd Sallehhuddin DI Ibu Pejabat Lembaga Pertanian Kemubu di Lundang Kota Bharu pagi semalam berlangsung peristiwa yang mungkin tidak memberi apa apa erti kepada mer...
Husam Langgar Pantang Buka Pintu Buat Kerajaan Kelantan

Husam Langgar Pantang Buka Pintu Buat Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 422 hits
N Faizal Ghazali Tidak seperti amalan lazim sekian lama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu hari ini bersetuju melantik seorang wakil kerajaan negeri sebagai anggota lembaga pengarah agensi kerajaan persekutuan itu meskipun berbeza parti Peng...
Husam Jadi Tetamu Kehormat Mb Kelantan

Husam Jadi Tetamu Kehormat Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 356 hits
Faizal Ghazali Selepas sekian lama terpinggir daripada kerajaan Kelantan Naib Presiden Amanah Husam Musa hari ini tampil berkongsi pentas sebagai tetamu kehormat bersama Menteri Besar Ahmad Yakob Hadir memenuhi jemputan penganjur majlis pel...
Rameli Akhirnya Buka Mulut Dakwa Jadi Mangsa Politik Melampau

Rameli Akhirnya Buka Mulut Dakwa Jadi Mangsa Politik Melampau

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 353 hits
Diterbitkan Hari ini 8 55 pagiKira kira sebulan setengah selepas dikaitkan dengan penyelesaian saman Presiden PAS Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Rameli Musa akhirnya membuka mulut Menjawab soalan Malaysiakini sec...
Yang Naik Lif Muda Sado Mak Ayah Bawak Stroller Kena Tunggu Lama Baru Boleh Naik

Yang Naik Lif Muda Sado Mak Ayah Bawak Stroller Kena Tunggu Lama Baru Boleh Naik

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 544 hits
Dengan adanya lif di mana mana bangunan memang memudahkan Namun kurang keprihatinan membuatkan sesetengah ibu bapa yang membawa bayi dan anak menggunakan stroller terpaksa menunggu lama hingga kadang kala mengambil jalan pintas menggunakan ...
Tak Boleh Politik Pak Pandir Memerintah Negara Abdul Hadi

Tak Boleh Politik Pak Pandir Memerintah Negara Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 362 hits
Video Tak boleh politik Pak Pandir memerintah negara Abdul HadiVideo Abdul Hadi bersyukur sambutan hangat permuafakatan BN Pas
Hadi Takkan Bayar Clare Rm1 4 Juta Ahmad Yakob

Hadi Takkan Bayar Clare Rm1 4 Juta Ahmad Yakob

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 292 hits
Ahmad Yakob pertahan Hadi dari dakwaan membayar Clare bagi menyelesaikan saman PAS Foto Free Malaysia Today PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membawa kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100