Bahasa Badan Dalam Solat



Bahasa Badan Dalam Solat
Jika solat adalah perbincangan kita dengan Allah, ternyata perbincangan tersebut lebih banyak dilakukan dengan bahasa badan (body language) daripada dengan kata-kata. Sebab rukun fi'li (gerakan) dalam solat lebih banyak daripada rukun qauli (ucapan). 
Daripada 13 rukun solat, hanya lima rukun sahaja yang berbentuk ucapan iaitu takbiratul Ihram, al-Fatihah, Tasyahhud akhir, selawat kepada Nabi S.A.W dan salam penutup. Selain kelima rukun ini, semua bacaan dalam solat hukumnya sunat sahaja. 
Kebanyakan rukun solat berbentuk perbuatan seperti berdiri, rukuk, iktidal, sujud. Dan semua gerakan ini selalu berulang dalam setiap rakaat solat yang kita lakukan.
Hikmah mengapa solat lebih banyak gerakan daripada ucapan antaranya adalah agar ibadah ini boleh dilakukan oleh semua orang termasuk orang yang tidak fasih berbahasa Arab, bahkan yang bisu sekalipun. 
Tambahan pula, komunikasi yang dilakukan dengan seluruh anggota tubuh terbukti lebih berkesan daripada komunikasi yang dilakukan hanya dengan lidah sahaja.
Jadi, soalan yang anda tanyakan ini sungguh munasabah. Kita digalakkan bukan hanya mengetahui makna setiap bacaan yang kita ucapkan dalam solat, tapi juga memahami makna setiap gerakan yang kita lakukan dalam solat.
Memahami kedua-duanya menjadi salah satu cara untuk memperoleh khusyuk di dalam solat. Makna gerakan-gerakan dalam solat ini telah dibincangkan para ulama sejak lama. Saya hanya mampu menyebutkan sedikit daripadanya sahaja pada kesempatan yang sangat terhad ini. 
Imam Al-Syafii pernah ditanya: "Apa makna mengangkat tangan ketika rukuk?" Beliau menjawab: "Sama seperti mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, yakni (sebagai tanda) mengagungkan Allah." 
Beliau turut menjelaskan bahawa makna yang sama juga terdapat dalam ibadah mengangkat tangan apabila berlalu di hadapan Hajarul Aswad ketika tawaf, dan apabila berada di atas bukit Safa dan Marwah ketika Sai.
Apabila seseorang tengah berdiri dalam solat, hakikatnya ia tengah melakukan satu aktiviti penghormatan (takzim) kepada Allah. Pada saat itu kita mesti menghadirkan kebesaran Zat yang tengah kita hadapi dalam solat kita itu dengan kepala tertunduk. 
Allah S.W.T berfirman: Dan berdirilah untuk Allah (dalam solat) dengan penuh ketaatan (khusyuk). (al-Baqarah: 238)
Apabila melakukan rukuk, maka ia tengah tunduk merendah kepada Allah S.W.T. Pada saat itu disunatkan mengucap: "Subhana rabiyal azim (Maha Suci Tuhanku yang sangat agung)," sebagai pengiktirafan kita atas keagungan Allah, sekali gus menyedari kehinaan diri di hadapan-Nya.
Apabila sujud, kita meletakkan anggota tubuh kita yang paling tinggi dan mulia (yakni wajah) di tempat yang paling rendah dan hina (tanah tempat kita berpijak). Kita bersedia melakukan itu sambil mengakui ketinggian Allah S.W.T: "Subhana rabiyal a'la (Maha suci tuhanku yang paling tinggi)." 
Sujud menjadi kemuncak ibadah solat sebab ia menampilkan bentuk penghambaan dan ketundukan serendah-rendahnya kepada Allah yang tidak henti-henti mencurahkan nikmat kepada kita. Kita melakukannya dua kali untuk menunjukkan kerendahan maksima di hadapan-Nya.
Setiap kali kita merendahkan diri dengan sujud, semakin dekat diri kita kepada Allah yang Maha Tinggi. Rasulullah S.A.W bersabda: Seorang hamba sangat hampir dengan Tuhannya apabila ia sujud. Maka perbanyakanlah doa. (riwayat Muslim) 
Menurut Imam Al-Qaffal, sujud kedua adalah tanda syukur kita atas ijabah doa yang kita panjatkan di dalam sujud itu. Sebagaimana yang dilakukan oleh seseorang apabila permintaannya dikabulkan oleh raja. 
Demikianlah semoga penjelasan singkat ini bermanfaat untuk menambahkan lagi kualiti ibadah solat kita pada masa-masa yang akan datang. Amin ya rabbal álamin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://myblogsantai.blogspot.com/2023/10/bahasa-badan-dalam-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Malas Dan Jangan Melewatkan Solat Dengan Sengaja

Jangan Malas Dan Jangan Melewatkan Solat Dengan Sengaja

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 232 hits
Sengaja melewat lewatkan solat boleh membawa kepada meninggalkan solat sama sekali Ini sangat berbahaya bagi iman seseorang Firman Allah SWT Fawailul lilmu all nal ladz na hum an al tihim s h n Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang orang...
Puteri Sarah Bangga Syaikhul Jadi Imam Solat Semasa Graduasi

Puteri Sarah Bangga Syaikhul Jadi Imam Solat Semasa Graduasi

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 188 hits
Pelakon popular Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa bangga terhadap kedua dua anaknya Syaikhul Islam dan Sumayyah atas pencapaian mereka di sekolah Menerusi muat naik di InstaStory Puteri Sarah berkongsi beberapa foto dan video majlis gradua...
Badan Dah Macam Anak Dara Balik Tak Lepas Pandang Foto Song Joongki Katie Tular

Badan Dah Macam Anak Dara Balik Tak Lepas Pandang Foto Song Joongki Katie Tular

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 264 hits
Bukan senang nak lihat pasangan ini bersama ARTIKEL BERKAITAN Terbaru beberapa keping foto Song Joong ki bersama isterinya Katie Louis Saunders telah tular di serata laman komuniti Berdasarkan laporan itu pelakon berkenaan telah menghadiri ...
Kesan Kecederaan Seluruh Badan Dubur Ayyash Aulian

Kesan Kecederaan Seluruh Badan Dubur Ayyash Aulian

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 314 hits
Ayyash Aulian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pukul 5 20 petang hari ini Foto oleh WAT KAMAL ABAS KOSMO BAGAN SERAI Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera oleh teman lelaki ibunya deng...
Masuk Air Dalam Badan Banyak Kali Yana Samsudin Maklumkan Sedang Hamil Enam Bulan

Masuk Air Dalam Badan Banyak Kali Yana Samsudin Maklumkan Sedang Hamil Enam Bulan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 162 hits
Terbaru pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya sedang hamil enam bulan Berkongsi berita itu kepada umum ketika majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC Menurutnya tiada niat u...
Badan Saya Bergetar Wheein Mamamoo Dedah Pernah Takut Naik Pentas

Badan Saya Bergetar Wheein Mamamoo Dedah Pernah Takut Naik Pentas

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 150 hits
Eh apa jadi ni ARTIKEL BERKAITAN Pada 18 Oktober Wheein telah membuat penampilan di dalam rancangan Idol Bomi milik Bomi APINK Mereka yang telah mengenali sesama sendiri selama 7 tahun itu telah berkongsikan banyak memori serta pengalaman m...
Kelantan Macam Mana Nak Lawan Israel Solat Sunat Dua Rakaat Pun Lari

Kelantan Macam Mana Nak Lawan Israel Solat Sunat Dua Rakaat Pun Lari

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 191 hits
KOSMO Tangkap layar klip video seorang imam menegur jemaah di Masjid Muhammadi Kota Bharu PETALING JAYA Satu klip video yang dipercayai dirakam di sebuah masjid di Kelantan mendapat perhatian ramai apabila teguran imamnya menjentik hati jem...
Netizen Tegur Poster Filem Seram Guna Wanita Solat Jadi Hantu

Netizen Tegur Poster Filem Seram Guna Wanita Solat Jadi Hantu

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 320 hits
PETALING JAYA Pengguna media sosial menegur sikap produksi filem yang menghasilkan filem seram berunsurkan agama terutama sekali agama Islam
Bapa Dipenjara 12 Bulan Kerana Ugut Anak Solat Guna Pisau

Bapa Dipenjara 12 Bulan Kerana Ugut Anak Solat Guna Pisau

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 157 hits
Abdul Rahemang Taimingam hmetro com myARDI dihukum penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya FOTO Abdul Rahemang TaimingTawau Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Maji...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door

Do People Have To Reach A Certain Age Before They Actually Accuire Wisdom Or Is It Just A Gift By Nature

Tanda Tanda Slow Learner Pada Anak Sekolah Rendah