Bahan Dan Aktiviti Kempen Antidadah Di Sekolah


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Bahan dan Aktiviti Sempena Kempen Antidadah di peringkat sekolah. Dalam perkongsian ini, kami ingin berkongsi bahan-bahan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sempena Hari Antidadah Kebangsaan di sekolah. Guru terlibat yang merupakan penyelaras dalam pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) boleh menjadikan perkongsian ini sebagai sumber rujukan.
Dengan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, negara kita juga terkesan dengan pandemik itu. Pelbagai langkah-langkah pencegahan telah dilakukan bagi mengatasi penularan Covid-19.  Selain daripada isu pandemik ini, negara kita masih lagi mempunyai masalah sosial yang mengancam keamanan negara seperti penyalahgunaan dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan telah menjalankan pelbagai kaedah untuk mencegah penyalahgunaan dadah sejak tahun 1983.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam usaha memperkasakan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah. Ia perlu dipandang serius terutamanya penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.
Bagi membenteras permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar terutamanya penyalahgunaan dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan banyak langkah pencegahan dan strategi. Antaranya strategi yang dilaksanakan ialah Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah.
Melalui program ini, penglibatan pihak sekolah dan ibu bapa amat penting dalam memupuk semangat dan nilai murni dalam diri pelajar sekolah bagi mengelakkan diri mereka daripada terjerumus dalam najis dadah ini.
Objektif PPDa Melahirkan generasi muda yang bebas daripada najis dadah Menyediakan pelbagai kaedah dan inisiatif dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Dapatkan “Bahan PPDa Peringkat Sekolah” di sini
Anda boleh dapatkan bahan berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) disini. Guru penyelaras PPDa boleh menjadikan bahan yang dikongsikan sebagai sumber rujukan dan panduan dalam melaksanakan program di sekolah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’, ‘PPT’ dan ‘JPEG’
Download : Link Download dibawah
Buku Maklumat Dadah 2019 Buku Program PPDa Carta Organisasi Dadah Surat Jemputan AADK Aktiviti-aktiviti Hari Antidadah di Peringkat Sekolah Pihak sekolah terutamanya penyelaras program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) perlu merancang aktiviti-aktiviti sempena Kempen Antidadah di peringkat sekolah. Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah bagi memberikan kesan positif dan kesedaran kepada diri murid. Selain itu, program PPDa ini juga bertujuan untuk menanam sikap bencikan dadah di dalam diri murid agar mereka tidak terjerumus di dalam kancah najis dadah ini.
Berikut adalah contoh aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan pada Hari Antidadah di peringkat sekolah:-
Bacaan ikrar antidadah Semua pelajar membaca ikrar antidadah yang akan diketuai oleh Ketua Pengawas. Nyayian lagu antidadah Tayangan video berkaitan antidadah Guru penyalaras mencari video tentang dadah dan kesan pengambilan dadah. Video-video akan dipaparkan kepada semua pelajar di dalam dewan ataupun di perhimpunan. Lazimnya, aktiviti ini akan dilaksanakan selama 30 minit hingga 40 minit. Pastikan video adalah menarik untuk mengelakkan murid berasa bosan dan membuat bising. Pertandingan mewarna poster Antidadah  Poster akan diedarkan ke setiap kelas mengikut kategori Tahap 1 iaitu terdiri daripada Tahun 1, 2 dan 3. Manakala Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6. Murid akan mewarna poster di dalam kelas dan akan dipantau oleh guru yang mengajar mata pelajaran ketika itu Bagi tahap 1, mereka akan menggunakan pensel warna manakala bagi murid tahap 2 pula, mereka akan mewarna menggunakan krayon atau oil pastel. Kebiasaannya, masa yang diperuntukan bagi aktiviti ini selama 1 jam 30 minit bagi kedua-dua tahap. Kuiz antidadah Guru akan menyediakan soalan kuiz berkaitan dadah mengikut kategori Tahap 1 dan Tahap 2. Tiga pelajar yang mendapat markah tertinggi setiap kelas akan mendapat hadiah Manfaat bersama Akhir kata, diharap artikel berkaitan Bahan dan Aktiviti Antidadah peringkat sekolah ini dapat memberikan banyak manfaat dan panduan kepada guru penyalaras program untuk melaksanakan PPDa. Teruskan melayari laman web kami Sistem Guru Online untuk info-info berkaitan pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya.
Bahan dan Aktiviti Kempen Antidadah di Sekolah
FatinNadia Saaidon


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/04/bahan-dan-aktiviti-kempen-antidadah-di-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Mohon Kerajaan Perketat Sop Di Sekolah

Ibu Bapa Mohon Kerajaan Perketat Sop Di Sekolah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA Para ibu bapa meminta kerajaan memperketatkan Prosedur Operasi Standard di sekolah sekolah menjelang pembukaan semula sekolah menengah secara bersemuka bermula hari ini Seorang penjaga Awasi Mohamad 54 berkata SOP yang ketat s...
Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah Ibu Ayah Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah

Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah Ibu Ayah Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 336 hits
Kisah rumah tangga suami curang kerap kali terjadi dalam masyarakat hari ini Lebih menyedihkan baru sahaja bergelar pasangan halal namun sudah berani melakukan hubungan terlarang dengan budak bawah umur Hendak ditangisi ia sudahpun terjadi ...
Sekolah Di Jawa Tengah Laksanakan Pembelajaran Tatap Muka Wajib Lapor Tiap Hari

Sekolah Di Jawa Tengah Laksanakan Pembelajaran Tatap Muka Wajib Lapor Tiap Hari

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 264 hits
Menurutnya persiapan uji coba PTM sudah dilakukan secara matang dan dirinya juga telah memerintahkan kepala dinas pendidikan dan kebudayaan serta cabang dinas untuk mengeceknya
Bupati Jember Targetkan Uji Coba Sekolah Tatap Mula Setelah Idul Fitri 2021

Bupati Jember Targetkan Uji Coba Sekolah Tatap Mula Setelah Idul Fitri 2021

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 368 hits
Bupati Jember Hendy Siswanto Hendy uji coba sekolah tatap muka bisa dilangsungkan sekitar pertengahan Mei 2021
Kpm Tutup Sekolah Jika Ramai Guru Dikuarantin Radzi Jidin

Kpm Tutup Sekolah Jika Ramai Guru Dikuarantin Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 618 hits
Radzi Jidin menyerahkan replika kunci kepada Anuar Ahmad Pengetua Sekolah Menengah Tasek Gelugor TASEK GELUGOR Sebarang keputusan Kementerian Pendidikan berkaitan penutupan sekolah dibuat berdasarkan penelitian mendalam daripada segi operas...
Simulasi Ptm Dimulai Besok Gubernur Ganjar Wajibkan Sekolah Laporan Tiap Hari

Simulasi Ptm Dimulai Besok Gubernur Ganjar Wajibkan Sekolah Laporan Tiap Hari

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 287 hits
Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo mengatakan persiapan uji coba PTM sudah dilakukan jauh jauh hari Pihaknya juga telah memerintahkan kepala dinas pendidikan dan kebudayaan serta cabang dinas untuk mengecek persiapan itu
Beaconhouse Malaysia Menangani Masalah Mental Dan Emosi Kanak Kanak Semasa Fasa Peralihan Ke Sekolah

Beaconhouse Malaysia Menangani Masalah Mental Dan Emosi Kanak Kanak Semasa Fasa Peralihan Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 494 hits
hai semua Beaconhouse Malaysia Pemerhatian Yang Lebih Dan Kerjasama Ibu Bapa Dan Guru Untuk Menangani Masalah Mental Dan Emosi Kanak Kanak Semasa Fasa Peralihan Ke Sekolah Selain persediaan fizikal mental dan emosi kanak kanak perlu kita am...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Toyyibpay

Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah

Pencuri Rumah Imam

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Untuk Jiwa Yang Dikelilingi Racun