Bagi Projek Kat Anak Ke Tun



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Telekom Malaysia Berhad (Telekom) mengeluarkan surat untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom Sdn Bhd (Opcom) bagi pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.
Surat berkenaan dikeluarkan kepada Kementerian Kewangan pada 15 September 2003, yang mana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala anak ketiganya, Datuk Seri Mukhriz adalah Pengarah Opcom.
Menerusi pembelaan terhadap saman difailkan Dr Mahathir, Perdana Menteri berkata, Telekom adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mana Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikan MKD kuasa untuk menolak keputusan lembaga dan pemegang saham lain.
Beliau berkata, MKD pada masa itu berada di bawah kawalan dan arahan Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Katanya, Kementerian Kewangan pada 7 Oktober 2003 mengeluarkan surat untuk meluluskan permohonan Telekom untuk rundingan terus berkenaan.
"Selepas itu, rundingan terus yang berkaitan antara Telekom dan Opcom berlaku antara Oktober dan November 2003.
"Melalui satu surat award bertarikh 17 November 2003 kontrak fiber optik itu, Telekom melantik Opcom sebagai kontraktor bagi pembekalan kabel fiber optik dan perkhidmatan kejuruteraan dengan jumlah kontrak RM214.2 juta.
"Pada Jun 2004, Opcom menyerahkan hak milik, faedah dan kepentingannya dalam jumlah kontrak itu kepada Opcom Holdings Sdn Bhd yang kini dikenali sebagai Opcom Holdings Berhad.
"Pengeluaran surat Telekom bertarikh 15 September 2003, surat Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 dan rundingan bagi kontrak fiber optik itu berlaku di bawah kawalan, arahan dan bidang kuasa plaintif (Dr Mahathir) ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan," katanya menerusi pembelaan itu yang difailkan firma guaman, Tetuan Thomas Philip, semalam.
Tuntutan saman difailkan Dr Mahathir di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu, dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.
Dr Mahathir mengemukakan saman fitnah itu dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Pelaksanaan Sebuah Idealisme' pada Mac lalu.
Dr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.
Beliau turut mendakwa kenyataan Presiden PKR itu adalah tuduhan berat yang membawa impak besar terhadap dirinya yang membawa maksud kononnya bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu adalah seorang yang bersifat perkauman.
Selain itu, Anwar berkata, Opcom Cables Sdn Bhd (Opcom Cables) pada 14 Mei 2018 diberikan Kontrak Rakan Unifi bernilai RM11.157 juta oleh Telekom, yang mana ketika itu tiga pengarah syarikat berkenaan ialah anak sulung dan kedua Dr Mahathir iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani serta isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria.
"Kontrak Rakan Unifi adalah untuk pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi serta tempoh kontrak itu adalah 18 bulan bermula 2 Julai 2018 hingga 31 Disember 2019.
"Kontrak Rakan Unifi diberikan kepada Opcom Cables empat hari selepas plaintif mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 10 Mei 2018," katanya.
Anwar berkata, tindakan saman itu bertujuan melemahkan Kerajaan Persekutuan dan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri, selain mewujudkan perpecahan kaum memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diadakan dalam masa terdekat.
"Plaintif baru-baru ini membuat banyak serangan umum yang tidak berasas terhadap Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh defendan.
"Ia semata-mata untuk melemahkan dan menjejaskan kredibiliti mereka yang berkaitan memandangkan PRN di negeri terbabit yang akan datang.
"Ini terbukti dengan sijil perakuan segera bertarikh 3 Mei 2023 difailkan plaintif yang menyatakan bahawa tindakan ini (saman) mesti dilupuskan secepat mungkin memandangkan PRN akan datang," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/bagi-projek-kat-anak-ke-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hassan Karim Jawab Mb Kedah Tun Razak Prof Ungku Aziz Juga Bukan Anak Orang Miskin

Hassan Karim Jawab Mb Kedah Tun Razak Prof Ungku Aziz Juga Bukan Anak Orang Miskin

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 159 hits
3Saya membaca laporan media Malaysiakini 5 Jun 2023 yang bertajuk Ending poverty Sanusi accuses PM of using the poor says he s all talk Laporan Malaysiakini itu memetik ucapan Sanusi Menteri Besar Kedah itu dalam satu ceramah Perikatan Nasi...
Sprm Teliti Isu Telekom Minta Runding Terus Dengan Syarikat Anak Tun M

Sprm Teliti Isu Telekom Minta Runding Terus Dengan Syarikat Anak Tun M

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 177 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com mySerdang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan meneliti isu Telekom Malaysia Berhad mengeluarkan surat untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom Sdn Bhd bagi pembekalan kab...
Cukup Bukti Kontrak Opcom Rm234 4 Juta Kepada Anak Tun M Saman Rm1

Cukup Bukti Kontrak Opcom Rm234 4 Juta Kepada Anak Tun M Saman Rm1

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 163 hits
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam anwar berkata beliau bersedia untuk membuktikan dakwaan di mahkamah dengan pembelaan justifikasi yang antara lain dengan pendedahan pemberian kontrak gentian opt...
Meragam Demam Tarik Telinga Petanda Anak Nak Tumbuh Gigi Cuba Cara Ini Untuk Legakan Sakit Gusi Anak

Meragam Demam Tarik Telinga Petanda Anak Nak Tumbuh Gigi Cuba Cara Ini Untuk Legakan Sakit Gusi Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 147 hits
Situasi nak tumbuh gigi antara situasi yang sangat sakit dan tidak selesa buat bayi anda Perubahan perubahan pada emosi dan fizikal anak akan jelas terlihat antaranya air liur meleleh menangis mengigit demam dan banyak lagi Ibu ayah kena se...
Akhirnya Dapat Juga Anak Perempuan Setelah Dapat 6 Anak Lelaki Ibu Ini Kongsi Tip Berguna

Akhirnya Dapat Juga Anak Perempuan Setelah Dapat 6 Anak Lelaki Ibu Ini Kongsi Tip Berguna

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 194 hits
Apabila sesebuah keluarga mempunyai zuriat lelaki pasti cita cita mereka juga inginkan anak perempuan Tapi bukan senang untuk dapatkan seperti yang kita impikan Selain berdoa kita juga harus berusaha untuk mendapatkanya Begitu juga yang ber...
Makan Berkira Vacation Berkira Selesakan Anak Isteri Dr Say Kongsi Tip Nak Hidup Bahagia

Makan Berkira Vacation Berkira Selesakan Anak Isteri Dr Say Kongsi Tip Nak Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 211 hits
Jangan terlalu berkira dalam semua hal lebih lebih dengan anak isteri dan keluarga Inilah yang cuba dikongsikan oleh selebriti media sosial Dr Say Shazril Menerusi Instagramnya doktor selebriti ini menasihati agar jangan terlampau menghamba...
Hiburan 3 Bulan Tak Jumpa Anak Hafidz Roshdi Lega Dapat Lepas Rindu Bayangkan Rindu Seorang Abah Macam Mana

Hiburan 3 Bulan Tak Jumpa Anak Hafidz Roshdi Lega Dapat Lepas Rindu Bayangkan Rindu Seorang Abah Macam Mana

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 215 hits
Pelakon meluahkan rasa lega apabila akhirnya dapat bertemu dengan anak anaknya Humairah dan Umar selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa Menerusi hantaran di laman Instagram Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi dilihat meluangkan masa bersam...
Daging Mai Mana Bekas Suami Dari Neraka Kirim Daging Babi Untuk Anak Anak Makan

Daging Mai Mana Bekas Suami Dari Neraka Kirim Daging Babi Untuk Anak Anak Makan

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 192 hits
8216 Daging mai mana 8217 bekas suami dari 8216 neraka 8217 kirim daging babi untuk anak anak makan Sebagai umat Islam kita seharusnya memastikan daging yang dimakan adalah betul betul halal dan tidak ada perasaan waswas Sekiranya ada peras...
Metamask Security Warning

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti