Hassan Karim Jawab Mb Kedah Tun Razak Prof Ungku Aziz Juga Bukan Anak Orang Miskin




admin5 June 2023


















Saya membaca laporan media Malaysiakini 5 Jun 2023 yang bertajuk, “Ending poverty: Sanusi accuses PM of “using” the poor, says he’s all talk”Laporan Malaysiakini itu memetik ucapan Sanusi, Menteri Besar Kedah itu dalam satu ceramah Perikatan Nasional di Tanjong Karang, Selangor semalam Ahad 04 Jun 2023.
Menurut Sanusi, Anwar tidak tahu tentang kemiskinan kerana Anwar bukan dari keluarga miskin dan Anwar bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebuah sekolah elit.
Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah tentu maklum bahawa di Kedah terdapat ramai pesawah padi. Adakah Sanusi sudah lupa bahawa antara tindakan awal Anwar sebagai Perdana Menteri ialah berbincang dengan Tan Sri Syed Mokhtar, tuan punya syarikat Bernas yang memiliki AP mengimport beras supaya memulangkan sebahagian daripada keuntungannya bernilai RM100 juta untuk membantu pesawah-pesawah miskin?
Adakah Sanusi mengetahui bahawa ketika di bawah pentadbiran Kerajaan Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa sebaik sahaja Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, antara ucapan awalnya yang penting di Parlimen ialah menegur dengan ikhlas belanjawan negara kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
Saya berada di dalam Parlimen ketika itu dan saya menyaksikan bahawa Anwar tidak setuju tindakan kerajaan memotong subsidi kepada petani, pesawah dan nelayan miskin.
Anwar berharap subsidi kepada rakyat golongan miskin di kekalkan. Anwar mencadangkan Kementerian Kewangan supaya menyusun semula kadar bayaran kepada syarikat-syarikat besar berkaitan GST.
YAB Sanusi sebagai seorang pemimpin tentu bersetuju dengan saya bahawa tak semestinya kita pernah hidup miskin barulah kita tahu erti kemiskinan. Saya bagi beberapa contoh klasik untuk menyokong andaian saya ini.
Pertama, saya sebut nama Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz. Ungku Aziz semasa hidupnya bukan anak orang miskin. Profesor Ungku Aziz berasal dari golongan bangsawan Johor dan amat dekat dengan keluarga di Istana Johor.
Tetapi Ungku Aziz amat arif tentang kemiskinan rakyat di Malaysia, khususnya kemiskinan orang Melayu.Sepanjang hidupnya Prof. Ungku Aziz memperjuangkan nasib orang miskin.
Contoh kedua, ialah Profesor Syed Husin Ali, rakan satu kem di Penjara Kamunting, Taiping bersama-sama Anwar Ibrahim apabila mereka ditahan di bawah ISA pada tahun 1974 kerana menyokong perjuangan rakyat miskin di Baling, Kedah.
Prof. Dr. Syed Husin Ali, seorang Profesor Sosiologi dan Antropoligi dari Universiti Malaya bukan dari keluarga yang miskin di Batu Pahhat, Johor. Syed Husin mempunyai darah keturunan dari kesultanan Siak di Sumatera sana.
Tetapi sepanjang hayatnya dia mengkaji tentang kemiskinan, menulis tentang isu kemiskinan dan selama enam tahun terkurung di Penjara ISA kerana membela rakyat miskin.
YAB Sanusi mengkritik Anwar Ibrahim dan mendakwa Anwar tidak tahu hal rakyat miskin kerana Anwar bersekolah di MCKK. Saya ingin bertanya Sanusi, seorang pemimpin PAS dan Perikatan Nasional.
Apa dosanya Anwar bersekolah di MCKK Kuala Kangsar? Sekolah MCKK itu adaah untuk pelajar-pelajar Melayu yang terbaik. Saya tahu hal itu kerana anak sulung saya juga pernah belajar di sana kerana mendapat kelulusan terbaik semasa peperiksaan darjah enam UPSR.
Tetapi saya bagi contoh lain, bukan anak saya. Tahukah YAB Sanusi bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua juga pernah belajar di MCKK.
Tun Abd Razak bukan anak orang miskin. Tun Abd Razak adalah seorang anak bangsawan dari Pahang. Tetapi lihat apa yang dia telah buat tentang memperjuangkan nasib orang miskin.
Siapakah Perdana Menteri yang membuka beribu-ribu hektar tanah di seluruh negara di bawah rancangan tanah Felda untuk dikurniakan kepada rakyat miskin Melayu? Tentulah jawapannya ialah Tun Abd Razak yang bersekolah di MCKK dulunya dan bukan dari keluarga miskin.
Mungkin YAB Sanusi perlu ingat Tun Abd Razak yang diberi gelaran bapa pembangunan Malaysia adalah pemimpin yang mengasaskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuan utamanya ialah untuk membasmi kemiskinan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Jadi, apabila YAB Sanusi telah faham semua ini sekarang, eloklah bersederhana dalam ucapan. Adalah lebih molek dan elok kesudahannya jika Sanusi selaku Menteri Besar Kedah menghulurkan tangan persahabatan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengetuai kerajaan Persekutuan.
Sepatutnya kita (termasuk YAB Sanusi) bersyukur dan terus berdoa kepada Allah supaya Perdana Menteri kita sekarang terus tabah dan istiqamah dalam memperjuangkan nasib rakyat miskin.
Sejak Anwar Ibrahim masih muda-muda lagi, baru sahaja berumur dua puluhan, tetapi Anwar Ibrahim telah memperjuangkan isu kemiskinan rakyat sehingga beliau terpenjara selama dua tahun di bawah ISA.
Jangan lupa fakta itu wahai Sanusi.
Maka, sekurang-kurangnya, hormatilah Perdana Menteri kita sekarang. Saya rasa itulah yang disuruh oleh ajaran agama supaya kita jalinkan silatulrahim.
Oleh
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Merangkap
Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
berkenaan Kos Sara Hidup, Pertanian dan Keusahawanan
05 Jun 2023 (Isnin)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/hassan-karim-jawab-mb-kedah-tun-razak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Dicanangkan Gelaran Tun Bukan Tan Sri Keluarga Nik Abdul Aziz

Kami Dicanangkan Gelaran Tun Bukan Tan Sri Keluarga Nik Abdul Aziz

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 282 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Keluarga Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui terkejut dengan gelaran Tan Sri yang diterima bekas Menteri Besar Kelantan itu Cucu Allahyarham Nik Nur Humaira berkata sebel...
Potret Azka Anak Deddy Corbuzier Ultah Ke 17 Tubuhnya Yang Makin Kekar Bikin Salfok

Potret Azka Anak Deddy Corbuzier Ultah Ke 17 Tubuhnya Yang Makin Kekar Bikin Salfok

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 250 hits
Azkanio Nikola Corbuzier atau Azka berulang tahun hari ini Putra dari Deddy Corbuzier ini berulang tahun yang ke 17 Azka mendapat kejutan istimewa dari keluarga tercinta Salah satu yang mencuri perhatian yakni tubuh Azka yang tampak makin k...
Mayat Anak Saudara Dalam Mesin Basuh

Mayat Anak Saudara Dalam Mesin Basuh

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 229 hits
AgensiPRINCE Grey Mondero mati dan disumbat dalam mesin basuh FOTO AgensiManila Kanak kanak lelaki Filipina ditemukan maut di dalam mesin basuh di rumahnya selepas dipercayai didera bapa saudaranya Prince Grey Mondero 4 sebelum ini dilapork...
Genap Berusia 11 Tahun 8 Potret Transformasi Mikhayla Anak Nia Ramadhani Yang Cantik

Genap Berusia 11 Tahun 8 Potret Transformasi Mikhayla Anak Nia Ramadhani Yang Cantik

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 184 hits
Anak pertama Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie Mikhayla Zalindra Bakrie sudah genap berusia 11 tahun Ia tumbuh menjadi anak yang cantik dan memesona Sederet potret transformasi sang buah hati dibagikan Nia di laman instagramnya Intip beberapa f...
Hiburan Ibu Baru Sebulan Cerai Anak Pelakon Sensasi Didakwa Bercinta Pula Dengan Bapa Tiri

Hiburan Ibu Baru Sebulan Cerai Anak Pelakon Sensasi Didakwa Bercinta Pula Dengan Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 303 hits
Sedia maklum pelakon sensasi Indonesia baru saja bercerai dengan suaminya Antonio Dedola sebulan yang lalu tetapi satu khabar angin yang menular baru baru ini sememangnya membuatkan ramai tertanya Khabar angin tersebut mengatakan anak perem...
Jelang Usia 6 Tahun Ini Deretan Foto Terbaru Brie Anak Acha Septriasa Di Australia

Jelang Usia 6 Tahun Ini Deretan Foto Terbaru Brie Anak Acha Septriasa Di Australia

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 141 hits
Bridgia Kalina Kharisma atau Brie putri dari Acha Septriasa kini tumbuh besar Tak terasa usianya akan menginjak 6 tahun pada September mendatang Acha yang kini tinggal di Australia menyekolahkan sang anak di Negeri Kangguru Intip yuk potret...
Cantik 5 Potret Terbaru Sabrina Anak Donna Agnesia Dan Darius Kini Jadi Anak Gadis

Cantik 5 Potret Terbaru Sabrina Anak Donna Agnesia Dan Darius Kini Jadi Anak Gadis

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 177 hits
Sabrina anak bungsu pasangan Donna Agnesia dan Darius Sinathrya kini tumbuh menjadi anak remaja Sabrina kini telah menginjak usia 12 tahun Penampilan Sabrina mencuri perhatian Tak hanya cantik Sabrina ramai disebut begitu mirip dengan sang ...
Kalau Ada Anak Bawah 7 Tahun Elakkanlah Pakaikan Barang Kemas Walau Emas Korea

Kalau Ada Anak Bawah 7 Tahun Elakkanlah Pakaikan Barang Kemas Walau Emas Korea

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 247 hits
SEJAK Ahad lepas kecoh tentang rakaman video tular memaparkan seorang wanita yang mencuri rantai leher kanak kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh Stadium Seksyen 13 Shah Alam Kebetulan si perakam adalah ibu saudara kanak kanak berken...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak

Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib