Bagi Mendisiplin Lagi Pemain Malaysia Kim Pan Gon Kuatkuasa Larangan Main Telefon
March 24, 2022 Tiada istilah sambil lewa ketika berada di kem skuad kebangsaan. Tuntutan negara sangat penting dan perlu disulami dengan disiplin yang tinggi.
Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menyenaraikan beberapa larangan bagi mendisiplin pemain-pemain negara selain mahu mengekalkan fokus pasukan sepanjang tempoh kem latihan ketika ini.
Perkara ini disahkan oleh pemain sayap negara, Faisal Halim. Katanya, setiap kesalahan akan dikenakan denda dan sehingga kini setiap pemain dapat mematuhinya dengan baik.
Sebenarnya dalam senarai itu banyaklah, contoh kalau kita salah pakai kasut waktu pergi latihan…dia punya denda dalam RM150.
“Kalau hari perlawanan pula kita tak boleh main telefon. Itulah yang saya boleh bagi, tapi tak boleh kongsi banyak.
“Mungkin ada yang pertama kali, pada saya sebenarnya di Malaysia (pasukan dalam liga tempatan) pun sebelum ini pernah ada. Contoh, salah pakai kasut, (belanja makan) Starbucks dan lambat kena denda.
“Cuma sekarang lebih terperinci, macam dalam kem latihan ini masih normal lagi kita boleh main telefon, tapi di Singapura nanti akan berjalan peraturan (tak dibenarkan main telefon) itu.
“Memang ketat, tapi sebagai pemain kena terima. Kita berada dalam kem kebangsaan bukan peringkat sekolah ke, MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) ke…sekarang tugasan bersama negara,” katanya ketika ditemui ketika ditemui Arena Metro pada sesi latihan sebelah pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura pagi esok bagi untuk menentang Filipina dan Singapura dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Rabu dan Sabtu ini sebelum turun sekali lagi bertemu kelab negara itu, Albirex Niigata.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/03/bagi-mendisiplin-lagi-pemain-malaysia.html