Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As


 
Mesyuarat khas menteri ekonomi Asean pada 10 April ini bincangkan implikasi lebih meluas tarif Amerika Syarikat ke atas aliran perdagangan dan pelaburan serantau dan kestabilan makroekonomi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Atas kapasiti Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025, di bawah tonggak komuniti ekonomi Asean (AEC), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz akan mempengerusikan mesyuarat khas menteri ekonomi Asean pada 10 April.
“Mesyuarat tersebut dijangka membincangkan implikasi lebih meluas akibat daripada langkah-langkah tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas aliran perdagangan dan pelaburan serantau dan kestabilan makroekonomi.
“Serta tindak balas diselaras Asean untuk menegakkan kepentingan ekonomi rantau ini dan komitmen yang telah lama wujud terhadap sistem perdagangan yang terbuka, adil dan berasaskan peraturan,” kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) menerusi satu kenyataan.
Selepas itu, pemimpin Asean akan bermesyuarat untuk membincangkan hala tuju negara anggota Asean serta menangani dan mengurangkan potensi gangguan terhadap perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan pelaburan rentas sempadan.
Ini bagi memastikan Asean terus menjadi hab yang stabil, berdaya saing dan menarik untuk perdagangan dan pelaburan global, kata Miti.
Negara anggota wilayah Indo-Cina Asean paling teruk terjejas oleh tarif tersebut, dengan Kemboja dikenakan tarif asas dan timbal balik berjumlah 49%, diikuti Laos (48%), (Vietnam 46%), dan Myanmar (44%).
Manakala, Thailand dikenakan tarif 36%, Indonesia 32%, Brunei dan Malaysia kedua-duanya pada 24%, Filipina 17% dan Singapura pada tarif asas 10%.
Menurut dokumen dari Rumah Putih bertarikh 2 April, tarif 10% ke atas semua negara akan berkuat kuasa pada 5 April 2025, manakala tarif timbal balik individu yang lebih tinggi ke atas negara yang AS mempunyai defisit perdagangan terbesar akan berkuat kuasa pada 9 April ini.
Semua negara lain akan terus tertakluk kepada asas dasar tarif 10% asal, kata dokumen itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/mesyuarat-khas-menteri-ekonomi-asean.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mahu Kesepakatan Bincang Tarif Perdagangan Asean As Pm Anwar

Malaysia Mahu Kesepakatan Bincang Tarif Perdagangan Asean As Pm Anwar

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 179 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah membuat panggilan telefon selaku Pengerusi ASEAN kepada pemimpin empat negara iaitu Brunei Indonesia Filipina dan Singapura pada 4 April 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR...
Tarif Trump Pm Anwar Akan Pengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Pegawai Tertinggi

Tarif Trump Pm Anwar Akan Pengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Pegawai Tertinggi

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 184 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Malaysia akan terjejas dengan tarif timbal balik AS tetapi menegaskan kadar itu lebih rendah daripada yang dikenakan kepada kebanyakan negara jiran Malaysia seperti Thailand dan Indonesia KA...
Pm Anwar Bincang Isu Tarif Dengan Pm New Zealand

Pm Anwar Bincang Isu Tarif Dengan Pm New Zealand

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 171 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari New Zealand Christopher Luxon pada 10 April 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 10 Apr Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi menerima pang...
Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Isu Tarif As Bantuan Kemanusiaan Kepada Myanmar

Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Isu Tarif As Bantuan Kemanusiaan Kepada Myanmar

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 247 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana Putrajaya pada 6 April 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 6 Apr Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden ...
Tarif As Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Ekonomi Pm Anwar

Tarif As Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Ekonomi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 170 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perutusan khas menerusi Facebook pada 6 April 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 6 Apr Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan terje...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 358 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan Pelaburan Asean 2025 bersempena Mesyuarat Menteri Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Ke 12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8 April 2025 Foto Facebook Anwar Ibr...
Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 235 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan menghantar pegawai ke Washington bagi memulakan rundingan dengan Amerika Syarikat berkenaan tarif balas sebanyak 24 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia Memetik l...
As Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas Malaysia Amp Negara Asean Lain Bermula 9 April

As Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas Malaysia Amp Negara Asean Lain Bermula 9 April

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 232 hits
Baru baru ini Amerika Syarikat telah mengambil langkah drastik dalam dasar perdagangannya dengan mengenakan tarif import tinggi ke atas beberapa negara ASEAN termasuklah Malaysia Memetik laporan The Edge bermula 9 April ini barangan dari Ma...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Ucapan Istemewa Kepada Babab Net

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning