Bagaimana Virus Corona Menyebar Dan Cara Atasi
Covid-19 | Bagaimana Virus Corona Menyebar Dan Cara Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti
Virus Corona atau Covid-19 merebak dengan mudah melalui sentuhan permukaan yang tercemar. Apabila seseorang yang sihat, bersentuhan dengan permukaan atau individu yang dijangkiti virus ini, dalam tempoh yang sangat singkat, individu yang sihat tadi akan terkena virus tersebut....
Sebab itu, salah satu cara untuk mengelakkan diri dari terkena virus corona ini adalah dengan melakukan 'Social Distance' iaitu mengurangkan atau menghentikan terus sebarang aktiviti luar rumah sehingga ada beberapa buah negara mengenakan 'Lockdown' pada rakyat mereka.
Apabila seseorang itu telah dijangkiti corona, penghidap akan mengalami demam dan batuk kering dan akhirnya sistem pernafasan terganggu.
Pergerakan Corona ini pertama tama sekali masuk melalui hidung menjangkiti ke kerongkong dan penghidap mula merasa sakit tekak selama 3/4 waktu dalam seharian.
Virus ini kemudian akan bercampur dgn cecair hidung dan terus ke paru paru menghasilkan Pneumonia (paru paru menjadi lembab sehingga sukar bernafas) selama 5 hari.
Dari Pneumonia ini timbul lah demam panas, batuk kering dan sesak nafas. Ia akan menyumbat saluran pernafasan dan penghidap akan merasa seakan lemas sehingga mampu membawa maut.
Apabila penghidap corona ini batuk, virus akan tersebar dan jatuh ke atas permukaan, permukaan tersebut akan tersemar dengan virus corona, apabila orang lain menyentuh permukaan yang tercemar itu, maka virus tersebut akan berpindah ke dalam tubuh penyentuh
Golongan yg mudah menerima risiko serangan Covid19. 1. Umur 60 ke atas2. Pesakit Jantung bermasalah 10.5%3. Obesiti 7.5%4. Kronik pernafasan 6.3%5. Darah tinggi 6%6. Cancer 5.6%7. Penyakit2 biasa 0.9%
8. Perokok
Bagaimana Cara Menghentikan Penyebaran Virus Corona atau Covid-19
China yang merupakan negara pertama yang menyebarkan virus Corona ini, berjaya mengurangkan penyebaran virus Corona ini secara mendadak. Ini kerana 2 perkara utama yang dilakukan oleh rakyat dan kerajaan China iaitu :1. Lockdown2. Menambah fasiliti hospital dan Meningkatkan tenaga perawatan.
Cara China Menghentikan Penyebaran Virus Corona
Bagaimana dengan hanya 2 perkara utama di atas mampu mengurangkan penyebaran virus Corona di China, tonton video dibawah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/03/bagaimana-virus-corona-menyebar-dan-Cara-Mengelakkan-Dari-dijangkiti-covid19.html