Bagaimana Tanggungjawab Nafkah Seorang Suami


Sebenarnya, dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain termasuk ibubapanya. Urutan nafkah adalah seperti berikut;

a) Diri sendirib) Isteric) Anakd) Bapae) Ibuf) Cucug) Datukh) Saudarai) Ahli-ahli keluarga berikutnya

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu.” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). 
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini, di antara kesimpulan dari hadis ini ialah hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah)

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. 
Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya mengikut kemampuannya dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah


Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tak wajib melainkan bila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tak memiliki harta dan tak mempunyai sumber pendapatan. Kalau mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, taklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Kalau ada lebihan iaitu setelah ditolak keperluan diri dan isteri,  barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain

Merujuk kepada soalan di atas, tak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung sebab menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. 
Jika benar ibubapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun kalau dia mampu menampung mereka semua. Kalau tak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak

Wallahualam

Kredit : Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi. USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/03/bagaimana-tanggungjawab-nafkah-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menantu Lelaki Seorang Yang Baik Wanita Hamil 5 Bulan Maut Ditembak Suami Ibu Mertua Kongsi Cerita

Menantu Lelaki Seorang Yang Baik Wanita Hamil 5 Bulan Maut Ditembak Suami Ibu Mertua Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 285 hits
Seorang Lans Koperal menembak isterinya yang sedang hamil 5 bulan pada jarak dekat hingga meninggal dunia di tempat kejadian semalam Ketika ditemu ramah pemberita ibu Safsufarnisya memberitahu menantu lelakinya itu seorang yang sangat baik ...
Istilah Nusyuz Hanya Untuk Isteri Wujudkah Istilah Nusyuz Bagi Seorang Suami

Istilah Nusyuz Hanya Untuk Isteri Wujudkah Istilah Nusyuz Bagi Seorang Suami

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 187 hits
AssalamualaikumBismillahSelalu istilah nusyuz ini dikaitkan dengan wanita sahaja kan Tetapi adakah wujud istilah nusyuz bagi seorang suami Adakah nusyuz seorang suami sama seperti nusyuz seorang isteri Dalam artikle kali ini aku mahu kongsi...
Kasih Seorang Ayah Suami Kamu Perlu Menyayangi Kamu Jika Tidak Kamu

Kasih Seorang Ayah Suami Kamu Perlu Menyayangi Kamu Jika Tidak Kamu

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 184 hits
Kasih sayang seorang ayah yang tidak boleh dibeli dimana mana Penang ViralTular video seorang ayah yang sanggup mendukung anak perempuannya untuk meredah hujan sebelum akad nikah Netizen untuk suaminya jagalah isterimu sebagaimana ayahnya m...
Senarai Nafkah Wajib Suami Untuk Isteri Anak Anak

Senarai Nafkah Wajib Suami Untuk Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 540 hits
Di zaman moden ini ramai wanita sudah bekerja dan tidak lagi mengharapkan wang dari suami Namun begitu penting untuk kita faham bahawa dalam sesebuah rumahtangga nafkah adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh suami kepada isteri Ber...
Suami Buat Kejutan Menyamar Jadi Caller Elizad Menangis Terharu Walaupun Belum Ada Zuriat Lagi

Suami Buat Kejutan Menyamar Jadi Caller Elizad Menangis Terharu Walaupun Belum Ada Zuriat Lagi

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 314 hits
Pelakon pengacara dan penyampai radio iaitu Siti Elizad mendapat kejutan daripada suaminya Shamsul Baharin Abdul Rahman yang menyamar sebagai pemanggil untuk membuat ucapan sempena Hari Wanita Sedunia Menerusi video tersebut ucapan suami ke...
Bekas Suami Abby Abadi Nak Jadi Pelakon

Bekas Suami Abby Abadi Nak Jadi Pelakon

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 369 hits
Bekas suami Abby Abadi Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan bakal bergelar pelakon tidak lama lagi Menurut laporan mStar Online Farhan 26 sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan Abby Abadi tidak la...
Sebelum Ni Jodoh Sesat Netizen Dakwa Wajah Nad Zainal Lebih Seiras Dengan Suami Baru Berbanding Bekas Suami

Sebelum Ni Jodoh Sesat Netizen Dakwa Wajah Nad Zainal Lebih Seiras Dengan Suami Baru Berbanding Bekas Suami

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 245 hits
Baru baru ini pelakon Nad Zainal telah memuat naik hantaran gambar di laman Instagram memaparkan dirinya bersama suami baharu Ungku Ismail Menerusi hantaran tersebut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin dilihat mesra memeluk p...
Enam Jangan Buat Para Suami

Enam Jangan Buat Para Suami

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 184 hits
Ada sebuah naskhah lama dari Sunda yang bagus untuk direnung oleh semua lelaki baik lelaki itu doktor guru menteri lebai atau polis Naskhah ini juga baik untuk lelaki yang non polis non doktor non guru non menteri dan non lebai Naskhah Sund...
Suka Menyakiti Hati Suami Perkongsiaan Ts Musa Hassan Tentang Isteri Derhaka Raih Perhatian

Suka Menyakiti Hati Suami Perkongsiaan Ts Musa Hassan Tentang Isteri Derhaka Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 1700 hits
Sedia maklum sejak semalam tular video memaparkan satu rakaman video bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan bergaduh dengan isteri keduanya Susulan penularan video terbabit sudah menjadi viral ramai netizen membuat andaian sendi...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis