Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia


BAGAIMANA SYAITAN MENGGODA MANUSIA?


Maka kita lihat bagaimana Syaitan menggoda manusia. 
Kata seorang ulama, "Allah tidak perintahkan suatu perintah melainkan syaitan akan wujudkan dua lorong. Dua gangguan. Sama ada satu kelompok yang cuai dan satu kelompok lagi yang melampau. Dan syaitan tak peduli mana satu yang menang. Kerana kedua dua ini sebenarnya kalah."

DALAM SEMBAHYANG
Contoh mudah. Bila Allah mewajibkan kita berwudhu. Satu kaum, abaikan. Tak wudhu tak solat. Satu kaum lagi berwudhu tapi sampai membazir sampai timbul was was. 
Patut basuh muka 3 kali. Dia sampai 30 kali. Akhirnya dia terus binasa dengan was was wudhunya. Ia melampau! Ini pulak cuai. Syaitan suka kedua duanya. Ini fitnah pada agama. Ini sudah mengikut nafsunya. 
Kerana itu kita kena tahu, godaan syaitan bukan suruh kita jangan sembahyang je. Ada keadaan syaitan suruh kita sembahyang. Suruh ambil wudhu. Tapi dia suruh kita melampau sampai kita jemu dalam agama. 

DALAM MENGELUARKAN HARTA
Dan bila Allah wajibkan keluar zakat dan sedekah. Ada satu kaum melampau keluarkan semua harta sampai dia papa kedana. Ada satu kaum terlalu mengambil mudah. Tak nak keluar zakat, jangan kata sedekah. 
Allah kata dalam Quran, "Sifat orang beriman itu bersederhana, dalam memberi dalam menyimpan."
Allah sebut, "Jangan kamu beri semua harta kamu, nanti kamu akan menyesal."
Allah berfirman, "Tidakkah mereka bimbang, mereka meninggalkan zuriat² mereka yang lemah sesudah mereka mati." - tidak tinggal harta benda pada keluarga. 
Ada orang semua harta dia bagi ke anak. Ada orang dia tak nak bagi, cari sendirilah. 
Lalu Allah menempelak yang kata demikian. "Tak takutkah kamu tinggal zuriat yang takde harta."
Islam ambil jalan tengah. Sebab tu Nabi saw kata, "Sebaik baik sedekah setelah kita melepaskan keperluan keluarga kita."
Kata Nabi saw lagi, "Satu Dinar yang di sedekahkan kepada keluarganya lebih baik."
Syaitan akan mewujudkan golongan melampau dan golongan cuai. 

DALAM MENGHORMATI GURU
Kita ambil contoh seterusnya dalam bab menghormati guru. 
Ada kelompok yang taksub pada guru melampau lampau. Tapi kita kena faham makna taksub. Bukan makna seorang tu melazimi tok gurunya, kita panggil taksub. 
Taksub tu lain

Bila Imam As Syafie melazimi gurunya Imam Malik puluhan tahun bila Imam Zufar melazimi Imam Abu Hanifah 19 tahun. Abu Yusuf melazimi Imam Abu Hanifah 20 tahun. Sekian ulama lazimi guru mereka sampai mati. 
Itu bukan taksub

Itu memberi maksud mereka menyintai, menyayangi dan mereka tahu ini adalah guru yang mempunyai keahlian. 
Kita tak boleh, seorang bila belajar dengan satu Ustaz, namanya taksub. Bukan! Ini bukan namanya taksub. 

JANGAN SALAH FAHAM MAKNA TAKSUB 
Taksub bermaksud bila gurunya tidak benar pun dia tetap ikuti. 
Ada satu kelompok yang taksub pada gurunya sehingga gurunya menghalalkan mengharamkan sesuka hati. Akhirnya lahirlah kelompok sesat. 
Atas nama seorang guru, mereka ini wujudkan perkara pelik dalam agama. Tinggal solat tinggal puasa atas nama makrifat, atas nama hakikat. 
Ada satu kelompok pula, tak pernah peduli ulama tak hormat ulama. Bagi dia takde orang alim. Dia kutuk semua

Dua kelompok ini menjadi mainan syaitan. Dua kelompok ini tidak ubah seperti anjing yang menjadi mainan tuannya. 


Dalam Menghormati Ulama, jangan melampau. Yang dia salah pun kita bela. Dan jangan pula tak beri haknya sebagai orang alim. Tak peduli ulama cakap apa. Dia ikut dia je. 

DALAM MENUNTUT ILMU DAN BERAMAL
Jangan jadi kelompok yang nak belajar je. Tapi tak nak beramal. Jangan pula jadi kelompok yang nak beramal je tapi tak nak belajar. 
Kita nak belajar dan beramal. Kita taknak jadi macam y a hudi. Ilmu banyak tapi amal takde. Kita juga taknk jadi macam Kristian, amal banyak tapi ilmu takde. 
Kita nak jadi pertengahan. Bersederhana. Ada waktu kita takut ada waktu kita gembira

Hanzalah, bila duduk dengan Nabi, Nabi cerita tentang neraka. Datang rasa takut. Waktumana Hanzalah pulang kerumah, dia bertemu dengan anaknya, isterinya. Dia mula lupa tentang neraka, syurga

Maka Hanzalah dapati ini cara yang salah. Dia kata, dirinya seorang munafik. Di ulang perkataan itu sehingga di dengari Abu Bakar As Siddiq.  
Lalu Abu Bakar As Siddiq bertanya, "Kenapa kamu berkata begitu? Kamu sahabat yang hebat."
Lalu kata Hanzalah, "Aku waktu berada dalam majlis ilmu, bila Rasulullah cakap tentang syurga, tentang neraka aku seperti membayangkannya. Lalu datang kerinduan, datang ketakutan, datang kelapangan. 
Tetapi bila aku pulang ke rumah bertemu dengan anak isteriku. Semua itu aku lupa. Maka aku munafik."
Lalu kata Abu Bakar, "Kalau begitu, aku juga munafik." Aku juga macam ni. 

Kita tanya Nabi saw. Lalu apa jawab Nabi saw

Kata Nabi saw, "Wahai Hanzalah, demikian setiap perkara ada masanya. Ada masanya. 
Iman ini ada masa dia naik begitu tinggi. Ada waktu dia sederhana, ada keinginan hawa nafsu sebagai manusia. 
Ada waktu di naik tinggi seperti sifat malaikat. Waktu ketikamana kita takde lagi selera makan, selera tidur kerana ingatkan kematian. Ada waktu lapar, makan, minum, gurau senda."
Maka kata Nabi, "Demikian iman adakala memuncak, adakala menurun. Demikian sifat diri dalam menyesuaikan mengikut situasi.'
Ertinya bukan Nabi mengajar sahabat menangis, menangis, menangis. Ada waktu bergurau senda. Islam itu sederhana. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya



Sebab tu bila kita ibadat dengan ibadat sepatutnya, kita akan rasa kelapangan. Tapi bila kita ibadat dengan cara melampau kita akan tertekan. Atau bila kita mengambil mudah, hati kita akan rasa kosong

Yang tak sembahyang, yang tak puasa. Yang tak tutup aurat. Tuan² jangan ingat dia gembira. Hatinya kosong. Dia tercari cari sesuatu. 
Dia seperti orang yang kehilangan suatu perkara yang berharga dan dia cuba mengabaikannya untuk satu tempoh. Tapi dia tak boleh membohongi fitrahnya bahawa dia sedang mencari sesuatu. 
Manakala yang melampau pula, kita tahu mereka tak boleh mendustakan fitrah mereka. Mereka juga nak bebas dari belenggu kesukaran yang mereka cipta sendiri. 


Agama mengajar kita berperingkat peringkat. Jangan terlalu ghuluw (melampau), kita akan binasa. Jangan terlalu mengambil mudah. Kita akan. Kecewa. 
Demikian sifat pertengahan. 



La TahzanTokku Pasir Gudang
___


Nasihat Ustaz

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/02/bagaimana-syaitan-menggoda-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Perbandingan Saiz Sebenar Binaan Dengan Saiz Manusia Ini Terlihat Sangat Mengejutkan

10 Perbandingan Saiz Sebenar Binaan Dengan Saiz Manusia Ini Terlihat Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 157 hits
Saiz sebenar objek ini akan mengejutkan anda Dua orang duduk di Menara Jam Diraja Mekah menara jam tertinggi di duniaThe real size of the pyramids of EgyptSagrada Familia ialah sebuah gereja yang belum siap di daerah Eixample di Barcelona C...
Hiburan Terlalu Bergantung Pada Teknologi Wanita Anggap Guna Ai Chatgpt Buat Manusia Makin Lembab Jadi Malas B Doh Slow

Hiburan Terlalu Bergantung Pada Teknologi Wanita Anggap Guna Ai Chatgpt Buat Manusia Makin Lembab Jadi Malas B Doh Slow

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 527 hits
Seperti diketahui ramai sejak penggunaan AI semakin berleluasa di kalangan manusia boleh dikatakan ia bukanlah lagi pilihan tetapi keperluan dalam kehidupan moden kini Susulan cekap dan optimumkan proses AI sekaligus memberi kelebihan kompe...
Terengganu 34 Ketulan Dipercayai Rangka Manusia Ditemukan Di Pantai Batu Buruk 2

Terengganu 34 Ketulan Dipercayai Rangka Manusia Ditemukan Di Pantai Batu Buruk 2

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 108 hits
Nazdy Harunam hmetro com myFOTO daripada FB menunjukkan lokasi penemuan rangka dipercayai rangka manusia di Pantai Batu Burok 2 semalam Kuala Terengganu Sebanyak 34 ketulan dan serpihan tulang dipercayai tulang manusia ditemukan di tepi Pan...
Jejantas Penuh Najis Manusia

Jejantas Penuh Najis Manusia

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 91 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan tangga jejantas dipenuhi najis manusia InstagramJAKARTA Penduduk di bandar Depok wilayah Jawa Barat Indonesia dibelenggu pemandangan menjijikkan apabila jejantas yang mereka gunakan dipenuhi najis manusia lapo...
Apa Manfaat Vape Ni Jangan Biarkan Manusia Bertuhankan Duit Merosakkan Masyarakat

Apa Manfaat Vape Ni Jangan Biarkan Manusia Bertuhankan Duit Merosakkan Masyarakat

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 116 hits
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil NanostixAstro AwaniShahabudeen berkata mengharamkan seluruh industri vape di Malaysia adalah satu langkah yang tidak adil kepada pengeluar tempatan Foto NanostixKUALA ...
Manusia Pecahbelahkan Melayu Cakap Soal Melayu

Manusia Pecahbelahkan Melayu Cakap Soal Melayu

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 92 hits
Siapa ni yang bercakap soal ni Ooo Orang yang paling banyak Melayu rupanya Tahun 80an disebabkan Mahathir kepada Ku Li dalam pemilihan UMNO maka lahirlah parti 46 Tahun 90an pula sebab marahkan DS Anwar yang tak mahu selamatkan anaknya Maha...
Syaitan Dah Mulakan Meroboh Tembok

Syaitan Dah Mulakan Meroboh Tembok

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 174 hits
SUDAH MELAMPAUUU SYAITAN NI IBLIS DAN SYAITAN DAH MULA MEROBOHKAN TEMBOK MANA NABI KHIDHIR TAK NAMPAK BAYANG LAGI NI ASRI SEDIA BERTEMPUUUUUR PEMUDA PAS KECAM PEMUDA DAPBIADAP HINDU NI INGATKAN MENTERI AGAMAMENTERI AGAMA TENGAH RANGKA TEMBO...
Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Intellectual Property Protecting Ideas

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cipta Raya Sifu M Nasir Cetak Sejarah

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming

Mee Kari

Mb Kelantan Diberitahu Dari Layan Fitnah Podcast Baik Selesai Isu Tanah

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Support System Bukan Dari Sudut Duit Tapi Dari Sudut Motivasi Inspirasi