Bagaimana Seorang Coach Dapat Bantu Anda Selesaikan Masalah Bisnes Dan Kehidupan




Perjalanan hidup sentiasa di penuhi dengan aktiviti selesaikan masalah. Samada masalah yang memang kita sendiri mahu selesaikan. Atau masalah yang kita dipaksa untuk selesaikan.
Itulah yang berlaku berulang-ulang.
Dengan latihan demi latihan. Paksa keupayaan akal keluar dari zon selesa. Akal kita berkembang. Makin lama makin bijak dan berpengalaman.
Banyak masalah yang dahulunya sukar, sekarang dah jadi sangat mudah. Malah, bukan lagi satu masalah.
Jadi macam tu bukan disebabkan masalah itu bertukar dari susah jadi senang. Masalah tu tetap sama saja. 
Yang berubah adalah kita sendiri. Keupayaan akal kita yang dahulu lemah, sekarang kuat.
Jadi. Kalau nak masalah makin lama makin mudah. Anda perlu pastikan akal makin lama makin kuat. Itu saja caranya.
Upah orang selesaikan masalahAda satu lagi cara mudah untuk selesaikan masalah tanpa perlu kuatkan akal. Tak perlu selesaikan sendiri.
Anda hanya perlu ada duit.
Bayar kepada mereka yang akalnya kuat. Biarkan mereka yang ada pengalaman, ada kemahiran, ada ilmu dan lain-lain yang diperlukan untuk selesaikan masalah anda.
Zaman dahulu macam itulah. 
Anda ada kemahiran tertentu yang dapat selesaikan masalah orang. Orang bayar untuk dapatkan khidmat atau barang yang anda jual.
Kemudian, ada orang yang lebih bijak. 
Dia pergi cari apa masalah orang ramai. Lepas tu, dia pergi cari individu yang boleh selesaikan masalah tersebut. Dia upah individu itu selesaikan masalah orang ramai.
Orang ramai gembira sebab masalah selesai. Individu itu lega sebab dapat upah atas kemahirannya. Orang bijak itu bahagia sebab untung besar. Dia guna duit untuk buat duit.
Orang yang bijak itu sekarang dinamakan taukeh.
Masa mula berniaga dahulu, saya tak ada duit. Saya juga tak ada kemahiran untuk selesaikan masalah orang.
Apa yang saya buat ketika itu adalah cari orang yang ada duit. Kemudian cari orang yang boleh selesaikan masalah orang ramai. 
Pergi ambi duit dari kawan, bayar kepada tenaga mahir yang pergi selesaikan masalah orang ramai.
Keuntungan dari semua urusan itu saya bahagikan antara kawan yang bagi duit tadi dengan saya sendiri.
Macam tu pun boleh juga!
Yang pastinya, semua melibatkan proses selesaikan masalah. Kena pakai akal. Perlu bersabar. Cari jalan dan bukan cari alasan.
Selesaikan masalah perniagaanSaya hanya kenal perkataan business coach ni bila dah lama berniaga. Sebelum itu tak pernah dengar pun.
Perkataan coach tu paling ketara muncul sejak saya ada akaun di media sosial terutamanya facebook di awal dahlu. 
Kalau tak silap, orang pertama yang saya jumpa pakai gelaran coach didepannya adalah Coach Bahar. Saya tak tahu dia masih aktif atau tidak. Kalau cari kat google anda boleh jumpa nama tu.
Selepas itu muncul lebih banyak nama-nama coach dalam berbagai industri. Masing-masing letak perkataan coach di depan nama mereka. Ada juga yang letakkan nama 'sifu'. Itu mungkin lebih hebat.
Bila buat sedikit pencarian dalam internet, saya dapati di Eropah dan Amerika sana, kebanyakan usahawan akan dapatkan bantuan dari business coach.
Orang barat dah lama pakai business coach untuk bantu mereka selesaikan masalah perniagaan.
Masalah paling asas dalam perniagaan adalah, memecahkan kebuntuan dalam mencari jalan untuk pastikan perniagaan berkembang. Bagaimana nak buat supaya kerja semakin lama semakin berkurangan, dalam masa yang sama hasilnya makin bertambah.
Itu formula asas yang semua orang berniaga nak capai.
Untuk dapatkan bimbingan ke arah itu, saya ambil khidmat satu syarikat bernama Action Coach untuk bantu boss di salah satu syarikat yang saya ada. Banyak duit saya belanjakan untuk itu. Hampir RM30 ribu saya bayar kepada business coach dari syarikat itu.
Tapi tak berapa nak nampak hasilnya. Saya tak tahu samada salah coach atau salah orang yang di-coach tu.
Dipendekkan cerita, akhirnya saya sendiri pergi masuk kelas untuk belajar macam mana nak jadi seorang coach yang berkelayakan. Kursus tu di anjurkan oleh Corporate Coach Academy (CCA). Harganya boleh tahan. Saya belanjakan belasan ribu juga untuk kursus itu.
Pengasas syarikat CCA itu ialah Dr. Michael Heah. Dia antara orang awal yang mula perkenalkan konsep coaching ni kat negara kita. Itu yang saya diberitahu.
Dalam kelas yang saya hadir itu ada pelajar dari Malaysia, Indonesia, Belgium dan Sweden kalau tak silap saya. Memang Dr Michael Heah punya kelas terkenal sehingga ke peringkat antara bangsa. Alhamdulillah saya berkesempatan dapatkan sijil pengiktirafan sebagai seorang coach dari akademi yang beliau tubuhkan.
Cara coach selesaikan masalahApa yang saya belajar dari kursus tersebut tentang cara untuk selesaikan masalah?
Ada pendekatan yang berbeza digunakan oleh seorang coach yang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah. Ianya sangat berkesan terutamanya untuk seorang taukeh atau usahawan yang mahu maju ke depan.
Pendekatan coach mudah saja.
Berikan tumpuan kepada keadaan semasa. Apa yang anda ada, apa yang tak ada. Bagaimana nak gunakan semua itu untuk pergi kepada keadaan atau destinasi yang anda mahu.
Saya ulang lagi konsepnya. Ada 2 perkara penting,
Nak pergi mana atau nak jadi macam mana?Apa yang anda ada sekarang?Jika anda jumpa coach, itulah yang diberikan tumpuan. Pusing kot manapun, seorang coach yang berpengalaman akan bantu anda untuk sentiasa jelas terhadap apa yang anda ada atau tak ada sekarang.
Bila kesemua itu dah jelas terang lagi bersuluh. Fokus pula kepada usaha bagaimana nak gunakan semua itu untuk dapatkan apa yang anda mahu. Ringkas saja.
Memang formulanya sangat ringkas.
Tapi untuk amalkan konsep coach sangatlah sukar. Coach yang tak terlatih akan mudah lupa diri lalu lebih banyak nak cerita tentang dirinya sendiri.
Coach yang tak terlatih juga akan cuba pengaruhi orang yang dia nak bantu untuk jadi macam dirinya sendiri. Sedangkan pengalaman coach sudah tentu tak sama dengan pengalaman coachee.
Akhirnya coach hanya akan syok sendiri dan coachee buat keputusan bukan berdasarkan kesesuaian untuk dirinya. Tetapi lebih sesuai untuk coach tadi sahaja. Lebih teruk adalah bila coach ada produk untuk up-sell .. memang lari terus matlamat coach.
Coach akan jadi salesman untuk lariskan produknya sahaja.
Untuk elakkan semua itu, kursus yang saya ambil di CCA tu sediakan latihan praktikal yang sangat banyak. Selain dari kelas teori, semua pelajar perlu habiskan tempoh masa tertentu bertindak samada sebagai coach atau coachee, buat latihan selesaikan masalah secara real.
Kalau anda lihat asas selesaikan masalah dengan cara coaching di atas, tentu anda sedar bahawa, perkara paling penting yang anda perlu ada untuk membolehkan seorang coach bantu adalah, masalah yang anda mahu selesaikan.
Ini lah yang paling sukar bila saya cuba bantu para usahawan.
Mereka kebanyakannya samada rasa tak ada masalah. Atau tahu ada masalah, tapi tidak bersedia untuk hadapi dan selesaikannya. Berpusing-pusing cuba mengelak dari selesaikan masalah itu sampai akhirnya saya sendiri jadi pening.
Jika anda nak saya bantu selesaikan masalah, anda perlu bersedia untuk jawab soalan secara jujur dan berterus terang tanpa selindung. Kalau saya tanya soalan pedih, jangan marah. Bukan bertujuan nak jatuhkan air muka anda. tapi nak tahu kedudukan sebenar sahaja.
Semua maklumat itu bertujuan untuk berikan kesedaran kepada anda sendiri untuk berpijak di bumi nyata. Bila ada kesedaran dan tahu kedudukan, perancangan untuk ke destinasi adalah jauh lebih realistik. Itu sahaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/12/bagaimana-seorang-coach-dapat-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Buat Lebih 37 000 Pembedahan Plastik Percuma Untuk Bantu Bayi Kanak Kanak Alami Masalah Bibir Sumbing

Doktor Buat Lebih 37 000 Pembedahan Plastik Percuma Untuk Bantu Bayi Kanak Kanak Alami Masalah Bibir Sumbing

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 224 hits
Doktor buat lebih 37 000 pembedahan plastik percuma untuk bantu bayi kanak kanak alami masalah bibir sumbingSeorang pakar bedah plastik India dipuji sebagai wira selepas menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk melakukan lebih 37 000 pr...
Isu Penerokaan Haram Kerajaan Selangor Selesaikan Masalah Hampir 40 Tahun Dalam 7 Bulan

Isu Penerokaan Haram Kerajaan Selangor Selesaikan Masalah Hampir 40 Tahun Dalam 7 Bulan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 214 hits
Masalah penerokaan tanah kerajaan secara haram selama 40 tahun oleh penduduk di Bestari Jaya telah diselesaikan dalam tempoh 7 bulan oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari Menurut Amirudin isu Ladang Tennamaram ya...
Cara Selesaikan Masalah Akaun Paypal Limited Access

Cara Selesaikan Masalah Akaun Paypal Limited Access

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 248 hits
Cara Selesaikan Masalah Akaun PayPal Limited Access Masalah akaun PayPal aku dikenakan akaun limited access bermula pada bulan Jun 2021 apabila pihak PayPal ada hantar e mail notifikasi yang aku telah melakukan pembayaran kepada individu be...
Salah Bantu Liverpool Benam Everton

Salah Bantu Liverpool Benam Everton

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 149 hits
Liverpool Mohamed Salah menjaringkan dua gol buat Liverpool untuk memalukan bekas pengurus mereka Rafael Benitez selepas menumpaskan Everton 4 1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi New Straits Times Press Bhd Klik sini u
Ronaldo Bantu United Kalahkan Arsenal Spurs Turut Menang

Ronaldo Bantu United Kalahkan Arsenal Spurs Turut Menang

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 135 hits
Manchester Cristiano Ronaldo berjaya melepasi 800 jaringan buat kelab dan negaranya selepas meledak dua gol ketika Manchester United mengalahkan Arsenal 3 2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi New Straits Times Press Bhd
Potret Tampan Sang Asisten Ajudan Presiden Sosok Yang Bantu Jokowi Kenakan Helm

Potret Tampan Sang Asisten Ajudan Presiden Sosok Yang Bantu Jokowi Kenakan Helm

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 314 hits
Sempat viral aksi Presiden Joko Widodo yang meresmikan Sirkuit Mandalika di Lombok Nusa Tenggara Barat Jumat Saat dirinya telah duduk di motor Kawasaki W175 berwarna hijau dengan kelir putih itu ada sang asisten ajudan yang membantu mengena...
Import Ayam Hentikan Eksport Ikan Bantu Stabil Harga Pm

Import Ayam Hentikan Eksport Ikan Bantu Stabil Harga Pm

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 176 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanyakan sesuatu kepada peniaga ayam ketika mengadakan tinjauan harga barang di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya hari ini GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN akan mengambil langkah untuk mendapa...
Medac Jangan Buang Masa Bantu Usahawan Segera Noh

Medac Jangan Buang Masa Bantu Usahawan Segera Noh

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 180 hits
MEDAC jangan buang masa bantu usahawan segera Noh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memastikan bantuan kepada golongan usahawan yang terjejas disalurkan secepat mungkin Saya mahu semua warga MEDAC dan agensi memastikan pros...
Sokongan Padu Umno Penting Untuk Selesaikan Isu Rakyat Ismail Sabri

Sokongan Padu Umno Penting Untuk Selesaikan Isu Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 194 hits
BERA Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu terus mendapat sokongan parti sebagai Perdana Menteri untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat Beliau berkata walaupun kes Covid 19 semakin m...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Realiti Bila Ada Anak Kecil

Love Please Don T Let Me Go Angelina Jordan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner