Bagaimana Saya Mula Berniaga Selepas Berhenti Kerja


 Akibat toksik di tempat bekerja 12 tahun lalu, saya nekad berhenti kerja. Baik daripada rakan sekerja lelaki dan juga 2 bos lelaki. Walaupun ketika itu, jarak di tempat kerja tu depan rumah je. Tak sanggup bila bermain dengan mental dan fizikal. Masalah di tempat kerja dan di tambah pula dengan masalah baby yang asyik menangis 24 jam. Allahuakbar! masa tu betul-betul ujian. 









Kisah mengenai anak saya, boleh di baca pada baby sawan tangis . 


Jujurnya, suami memang tidak izinkan saya berhenti kerja ketika itu. Saya cakap kepada suami, "tolong percayakan saya!" Sebelum saya berhenti kerja, 5 bulan gaji saya tidak usik. Dari sini saya gunakan sedikit sebagai modal perniagaan. 


Pastikan ada perancangan sebelum berhenti kerja

Sebelum saya berhenti kerja, memang sudah mempunyai perancangan sendiri untuk berbisnes. Suami pun tidak tahu perancangan sebenar saya. Masa ni, saya hanya ikutkan kata hati sahaja. Tiada strategi, apatah lagi ilmu dalam perniagaan. 


Sebelum berhenti kerja, 2 bulan sebelumnya saya sudah membuat pinjaman daripada AEON Credit sebanyak RM 3,000.00 untuk pusingan modal perniagaan. 




Rezeki Baby 

Belum lagi berhenti kerja, saya sudah aktif berniaga secara online. Masya allah, tabarakallah. Rezeki anak sulung. Lancar rezeki saya dalam perniagaan ketika itu. Boleh dikatakan, setiap hari ada tempahan daripada pelanggan sekitar Kuantan. Siang saya bekerja, dan pada malam hari pula pergi menghantar pesanan kepada pelanggan. 




Kedai online 

Masa tu, whatsapp dan call tak putus masuk . Pelanggan yang datang semuanya dari blog peribadi saya. Bayangkan macam mana saya tidak menang tangan membalas whatsapp. Sehinggakan bos saya ( melayu lelaki )  di tempat kerja pun dah menjeling kepada saya, setiap kali phone saya berbunyi setiap kali masuk panggilan. Walaupun ketika rehat, saya berehat di ruangan yang disediakan. Ini lah menjadi punca utama juga untuk saya berhenti kerja segera. 


Balik kerja, bawa laptop dan singgah rumah mak untuk buat blog peribadi. Maklumlah, baby asyik nak melekat je masa ni. Jadi, mak dan adik-beradik yang pujuk baby untuk beri masa saya untuk buat blog. 


Usaha bersungguh-sungguh. Sampaikan menangis juga lah nak create blog sebelum berjaya tu. 


Tanya suami yang berkelulusan IT, dia tidak tahu hal-hal berkaitan create website dan blog. Langsung saya usaha sendiri dengan airmata berpandukan GOOGLE. Blog saya berwarna warni ketika itu ( 2012 dengan menggunakan domain nurimanqhaisara dot com ) , namun alhamdulillah. Masih ada yang menghubungi saya untuk dapatkan produk yang dijual oleh saya. 






Produk 

Antara produk yang saya jual ketika itu adalah produk kesihatan seperti supplemen. Iaitu Aura White, Maixara dan Sabun Vitamin ACE.


Bagi produk Aura White saya jadi agen. Jadi agen perlukan modal sebanyak RM 900 untuk dapatkan harga agen bagi 10 jar. Di jual pula pada harga RM 150. 


Disebabkan jualan saya meningkat dalam masa sebulan, stokis  pujuk rayu untuk menjadi agen lain juga. Maka, saya pun terikut juga menjadi agen pada 6 bulan seterusnya. Produk seterusnya, saya jadi agen Maixara. Yang ni, permintaan kurang. Menyesal pula masa tu sebab modal lambat pusing. 


P/S: Maaf, gambar ini sahaja yang ada dalam simpanan. Lain-lain tidak ada, sebab masa tu saya berfikiran cetek. Langsung tak ambil gambar untuk setiap bisnes sebagai bukti dan kenangan.


Di tindas oleh stokis

Selepas kejadian, saya dah serik dengar cakap stokis.  Dan menjadi dropship sahaja bagi produk SNE. Masa ni, saya beli sekotak sahaja dan jual secara loose. Memandangkan ada segelintir pengguna yang kurang berkemampuan ketika itu. 


Jualan SNE saya dah banyak point masa tu selain sekotak sebagai modal dan yang lainnya adalah jualan sebagai dropship, tapi entah lah macam mana. Saya rasa di tipu oleh stokis. Katanya, point saya bulan semasa tu dibawa ke bulan seterusnya atas arahan pihak atas. Saya pun pelik, rasakan ada berlaku penipuan di situ. Sepatutnya, point bulan semasa tidak boleh di bawa pada bulan seterusnya seperti biasa.


Apa yang saya sedar di tipu ialah bulan kedua tu, stokis senyap sahaja. Point-point saya lenyap begitu sahaja. Sedih kan? buat sales bagai nak rak.




Berjaga-jaga 

Selepas ditindas begitu sahaja oleh stokis. Saya nekad untuk tidak lagi menjadi mana-mana agen. Terus saya block stokis tersebut di Facebook mahupun di Whatsapp. Sakit hati punya pasal. 


Kemudian, saya berniaga sendiri. Jadi agen vitamin C Pharma Pahang. Ketika ini saya mempunyai pemborong tetap dari Sabah. Alhamdulillah., dah tak kena paksa untuk jadi agen lain dah sebab Stokis vitamin C ni baik.  Di gabungkan dengan menjual Kolagen rumpai laut ketika itu. 




Produk Jualan berubah-ubah
Sempat menjual vitamin C pahang Pharma  hampir 2 tahun sahaja. Kemudian, harga melambung naik. Saya teruskan bisnes dengan menjadi penjual sabun homemade. Perniagaan ini hanya 6 bulan bertahan, sebab persaingan sengit. 


Apa yang menariknya, saya menjual sabun muka jerawat dan sabun bidara. Masya Allah, tabarakallah. Sabun yang mendapat permintaan tinggi adalah sabun bidara yang saya buat sendiri. Ramai yang peroleh kebaikannya. 


Kemudian, mengandung anak ke-3 saya menjual roti dan biskut raya. Boleh tahan sambutan jualannya, kerana saya membawa sampel biskut raya dan roti ke sekolah anak. Saya sponsor roti-roti semasa jamuan sekolah tadika anak. Syukur! dari sini dapat jualannya. Pada ketika ini, offline sahaja perniagaan roti dan biskut raya. 


Tak lupa juga, sambutan menggalakkan daripada jiran tetangga. Setiap hari dijual roti panas sebanyak 2 kilo tepung. 


Bila lahirkan anak nombor 3, saya berhenti menjual kerana kelasakan anak lelaki. Habis dipijak roti saya dan ada satu hari kakinya terkena oven. Suami pun dah tidak izinkan saya menjual lagi.




2016 

Rasa sunyi sebab tiada apa nak dibuat, maka saya teruskan menulis di blog. Aktif menulis dan menjadi blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9). 


Sebelum menjadi ahli Kbba9, saya menulis secara misteri di blog dengan menggunakan nama ehbelogaku dot com. 


Seterusnya, saya tidak berasa puas apabila menulis untuk diri sendiri, terus serius menjadi Ghostwriter. 


Berbekalkan pengalaman saya sebagai peniaga suatu masa dahulu, jadi saya boleh related dengan klien-klien yang mengupah saya selaku penulis upahan mereka. 


Jadi Ghostwriter ni serasi dengan diri, kini sudah 4 tahun bergelar penulis upahan di belakang tabir. Ok lah tu. Ada pendapatan tetap. Boleh bantu suami juga, ada simpanan bulanan, dapat memberi mak dan abah duit bulanan. 



Pesan saya bagi sesiapa yang mahu jadi Ghostwriter :

1. Cari circle Ghostwriter. Berkawan dengan semua Ghostwriter. Jangan sesekali sombong.


2. Sertai mana-mana kelas penulisan untuk dapatkan ilmu. 


3. Buang ego, sila upgrade skill jika mahu pergi lebih jauh dalam industri. Walaupun kita mempunyai kelulusan daripada mana-mana IPTA sekalipun. Wajib upgrade skill dalam penulisan. 


4. Hindari toksik di media sosial. Ini kerana sikap toksik akan mematahkan semangat anda untuk jadi kreatif dan berkarya. 


5. Rajin buat personal branding di mana-mana media sosial yang anda aktif. 


Nak jadi Ghostwriter mesti minat menulis bagi pihak klien, ini syarat utama. Bukan semata-mata kerana wang ringgit. 


Sesiapa nak tahu bagaimana kerja-kerja seorang ghostwriter, boleh dapatkan buku Unseen Writer sekarang di > Unseen Writer 




























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2024/05/bagaimana-saya-mula-berniaga-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Berhenti Kerja Sebagai Promotor Pada Hari Pertama Dakwa Ibu Tidak Benarkan Ambil Pengangkutan Awam

Remaja Berhenti Kerja Sebagai Promotor Pada Hari Pertama Dakwa Ibu Tidak Benarkan Ambil Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 212 hits
Seorang majikan yang frustrasi NA Dyla baru baru ini mengambil ke Facebook untuk berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp antara beliau dan pekerja baharu yang diambil bekerja Dalam pertukaran WhatsApp tersebut Dyla pertama tama memberi...
Ayah Kaki Cemburu Sampai Umi Terpaksa Berhenti Kerja Dan Duduk Rumah Je Jenuh Kami Paksa Umi Bercerai Tapi

Ayah Kaki Cemburu Sampai Umi Terpaksa Berhenti Kerja Dan Duduk Rumah Je Jenuh Kami Paksa Umi Bercerai Tapi

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 149 hits
Perkahwinan merupakan ibadah yang paling panjang buat suami isteri maka pastilah ia dipenuhi dengan ujian dari yang Maha Pencipta Kalau tidak dipenuhi dengan kesabaran pasti ramai yang akan tersungkur di tengah jalan dan menemui titik pence...
Berhenti Tengok Selepas 10 Minit Super Rich In Korea Dikritik Penonton Tapi Kenapa

Berhenti Tengok Selepas 10 Minit Super Rich In Korea Dikritik Penonton Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 169 hits
Netflix telah mengeluarkan rancangan hiburan terbaru mereka iaitu Super Rich In Korea Artikel Berkaitan Super Rich In Korea merupakan rancangan yang mempamerkan kemewahan hidup beberapa individu terkaya di negara itu Namun rata rata penonto...
Mijan Terapi Cara Kerja Di Indebrain Impian Emas

Mijan Terapi Cara Kerja Di Indebrain Impian Emas

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 214 hits
Pagi tadi Mama Yan dan suami hantar Mijan ke Terapi Cara Kerja di Indebrain Theraphy Centre yang terletak di Taman Impian Emas Sesi kedua untuk bulan Mei 2024 Kami sampai sebelum pukul 9 Terapi mula pukul 9 30 pagi Jadi sempatla bawa Mijan ...
Satgas Beberkan Bukti Uu Cipta Kerja Berpihak Pada Umkm Dan Pekerja

Satgas Beberkan Bukti Uu Cipta Kerja Berpihak Pada Umkm Dan Pekerja

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 188 hits
Dimas Oky Nugroho mengatakan UU Cipta Kerja saat ini sedang dalam tahap perbaikan
Iwk Terbit Teater Selami Kerja Kotor Pengorbanan Laksana Rawatan Kumbahan

Iwk Terbit Teater Selami Kerja Kotor Pengorbanan Laksana Rawatan Kumbahan

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 191 hits
Ketua Komunikasi Korporat IWK Wan Esuriyanti Wan Ahmad bersama penyanyi dan pelakon yang menjayakan teater Najis Jadi Teman di IWK Eco Park Pantai Dalam 22 Jun depan KUALA LUMPUR Orang ramai berpeluang menyaksikan teater amal terbitan Indah...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut