Bagaimana Rule Of Law Di Perkotak Katik Di Negara Ini




Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia pada 6 September 2020 di Batu Gajah

Darjat Tidak Mengatasi Perlembagaan & Undang-undang Negara

Adalah tidak adil kepada banduan-banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan sedang menjalani hukuman itu di penjara. Undang-undang adalah sama untuk setiap orang warga negara. Perlembagaan tidak memberi kelebihan kepada mana-mana orang mengatasi orang lain. Kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan adalah dua prinsip Rukun Negara yang harus dijunjung oleh setiap warga Malaysia tanpa sebarang perbezaan darjat.

Seseorang yang telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah perlu akur. Tidak boleh menggunakan kuasa dan pengaruh untuk tidak dipenjarakan. Tidak ada alasan untuk mengenepikan hukuman dengan alasan rayuan dan sebagainya. Tidak boleh menggunakan darjatnya untuk melarikan diri daripada menjalani hukuman. Ini adalah tidak adil kepada orang-orang yang akur dan menjalani hukuman penjara.

Ramai warga Malaysia menanyakan tentang kedudukan mantan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih tidak dipenjarakan walapun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman dengan sejelas-jelasnya. Rakyat tidak faham bagaimakah seorang yang sepatutnya menjadi banduan tetapi berada diluar malah turun berkempen di Pilihanraya Kecil Slim?Adakah undang-undang negara sudah menjadi  berat sebelah kerana  memberi kelebihan kepada wakil rakyat kerajaan? Adakah kerajaan Perikatan Nasional menggunakan pengaruhnya secara mutlak dalam soal kehakiman?

Bolehkah mantan Perdana Menteri itu bertanding dalam Pilihanraya Umum jika Parlimen dibubarkan sekarang? Jika tidak, bagaimanakah beliau boleh menikmati kelebihan-kelebihan lain mengatasi banduan-banduan yang menjalani hukuman di penjara.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. Janganlah kita rosakkan sistem perundangan negara kita. Biarlah undang-undang negara berlaku adil kepada setiap warga Malaysia. Biarlah hakim-hakim kita menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas dan saksama tanpa mengira darjat orang yang dituduh.

Persoalannya, bolehkah seorang yang dijatuhkan hukuman penjara kerana mencuri ikan di pasar, berada diluar penjara dengan alasan-alasan tertentu? Bolehkah dia secara senang-lenang duduk di warung kopi dan hidup seperti biasa? Inilah antara perkara-perkara yang melintasi minda rakyat biasa yang kurang arif tentang undang-undang. Saya tidak tahu, bagaimanakah kerajaan Perikatan Nasional akan menjawab persoalan-persoalan ini. Yang keruh, harus dijernihkan sebelum nasi menjadi bubur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/bagaimana-rule-of-law-di-perkotak-katik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairuddin S Offence Uphold Rule Of Law

Khairuddin S Offence Uphold Rule Of Law

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 224 hits
The Rukun Negara provides a set of aspirations and values that we as Malaysians should adhere to It can give guidance on how we deal with the relationship between individuals in our society and the relationship between individuals and the S...
Kedudukan Ahli Dewan Negara Tak Ikut Sop Covid 19

Kedudukan Ahli Dewan Negara Tak Ikut Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 305 hits
Yang Dipertua Dewan Negara ke 18 Tan Sri Rais Yatim berucap selepas mengangkat sumpah pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 Dewan Negara di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Sesi persidangan Dewan N...
Kerajaan Pn Selamatkan Negara Daripada Ph

Kerajaan Pn Selamatkan Negara Daripada Ph

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Pencapaian Perikatan Nasional dalam masa enam bulan menunjukkan perbezaan berbanding Pakatan Harapan yang apabila Menteri mereka disoal dalam Parlimen asyik menyalahkan kerajaan terdahulu dari itu Presiden PAS Dato Seri Tuan Gu...
Genap 6 Bulan Pimpin Negara Kesusahan Rakyat Jadi Prinsip Utama Pm

Genap 6 Bulan Pimpin Negara Kesusahan Rakyat Jadi Prinsip Utama Pm

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 338 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersedia melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tambahan dan inisiatif inisiatif lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi kekangan ekonomi sekiranya ada keperluan dan kewangan negara mengizinkan P...
Umno Memang Tak Hantar Calon Ydp Dewan Negara Tapi Malaysiakini Sengaja Mainkan Isu Ini

Umno Memang Tak Hantar Calon Ydp Dewan Negara Tapi Malaysiakini Sengaja Mainkan Isu Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 575 hits
Umno membuat keputusan untuk tidak menghantar calon bagi jawatan Yang di Pertua Dewan Negara yang kini dimenangi oleh Dr Rais Yatim mengalahkan calon pilihan PH Yusmadi Menurut sumber memang ada yang ingin mencalonkan wakil Umno untuk diund...
Kertas Siasatan Khairuddin Akan Diserah Pada Peguam Negara Dalam Masa Terdekat

Kertas Siasatan Khairuddin Akan Diserah Pada Peguam Negara Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 350 hits
nbsp KUALA LUMPUR Polis akan menyerahkan kertas siasatan melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkaitan kes ingkar kuarantin wajib pada bulan lalu ke pejabat Peguam Negara Timbalan Pengara...
Sultan Selangor Presiden Fam Bincang Isu Bola Sepak Negara

Sultan Selangor Presiden Fam Bincang Isu Bola Sepak Negara

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 363 hits
SHAH ALAM 2 SEPT Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia di Istana Bukit Kayangan Shah Alam hari ini Dalam pertemuan itu Datuk Hamidin Mohd ...
Sidang Dewan Negara Bermula Hari Ini

Sidang Dewan Negara Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Ke 2 Penggal Ke 3 Parlimen Ke 14 Dewan Negara akan bersidang hari ini hingga 23 September depan dengan hari pertama tertumpu kepada pelantikan speaker Dewan Negara ke 18 Pelantikan itu bagi menggantikan SA Vigneswaran...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man