Bagaimana Proses Lelong Kereta Yang Ditarik Bank


Setelah tempoh 21 hari Jadual Kelima tamat, bank perlu menjual kereta yang ditarik balik untuk mendapatkan kembali "kos dan modal"nya. Pada zaman sekarang, bank akan membuat lelongan awam untuk kereta kereta yang telah ditarik balik selalunya bertempat di stor simpanan kereta yang menjadi panel bank siap dengan pelelong berlesen dengan "tukul kayu"nya.

Gambar hiasan

Dulu, bank cuma perlu iklankan di surat khabar untuk "menjemput" orang ramai untuk memasukkan tender untuk membeli kereta tersebut dan kereta akan dijual kepada "pembida" yang tertinggi.

Cara yang sebegini tidak boleh lari dari ekploitasi dan manipulasi "orang dalam" kerana ada dealer yang "kam cheng" dengan pegawai, kerani atau bos akan "potong" harga orang lain asalkan harga sama atau lebih dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Bukanlah semuanya macam tu tapi yang penting bagi pihak bank semua prosedur perlu dipatuhi dari segi penjualan dan harga dengan dokumen yang lengkap supaya tidak menimbulkan masalah tuntutan balas dari Penyewa dikemudian hari.

Kalau harga tawaran orang ramai kurang dari harga dalam Jadual Kelima, Penyewa harus dimaklumkan tentang "harga" baru yang lebih rendah dan Penyewa diberi peluang untuk memperkenalkan individu yang boleh membeli kereta dengan harga tersebut secara TUNAI. Begitulah seterusnya sampai kereta boleh dijual.

Oleh itu, penjualan secara lelongan awam serba sedikit boleh "menghilangkan" keraguan tentang manipulasi harga walaupun kemungkinan "pakatan sulit" diantara pembida pembida "tegar" masih boleh berlaku.

Ini adalah kerana yang datang untuk membida biasanya adalah wakil wakil atau pemilik pemilik syarikat kereta terpakai dan individu individu yang yang "regular" pada setiap lelongan awam dan mereka mengenali antara satu sama lain walaupun bakal "berlawan" di medan lelongan.

Ada juga individu individu yang datang membida untuk diri sendiri dan individu individu begini selalunya akan menjadi "mangsa buli" oleh geng geng yang dah "season" dengan "pakatan" yang tidak memerlukan perancangan secara lisan.

Cukup dengan jelingan manja, naikkan kening, urut misai, garu kepala dan macam macam lagi isyarat masing masing dengan taktik "Tidak Berminat Move" atau "Potong Mamat Tu Move" atau "Up Harga Sampai Mamat Tu Kena Bayar Lebih Move" dan lain lain "Move" yang memberi kelebihan kepada pembida yang berkepentingan.

Walau apa pun, lelongan awam masih dianggap sebagai yang paling "telus" sebab "permainan" dalam lelongan awam sukar dielakkan seperti juga lelongan rumah tak berbayar.

Menurut prosedur, acara lelongan akan di iklankan di suratkhabar tempatan biasanya 14 hari dari tarikh lelongan dan Penyewa akan dimaklumkan juga tentang perkara ini seperti yang diperuntukan di Seksyen 18 (4)(a) dibawah.


Jikalau penjualan bukan melalui lelongan, Bank perlu juga memberi pilihan kepada Penyewa untuk membeli kereta tersebut jika harganya adalah lebih rendah dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Dengan keperluan memberi Notis, Iklan dan "tempoh bertenang" yang agak lama, biasanya status tunggakan akaun akan mencecah 5 bulan atau lebih sebab kadang kadang Bank perlu menunggu kereta kereta tarik yang lain yang belum "habis edah" atau "cukup umur" untuk dilelong supaya boleh dibuat sekali gus bagi menjimatkan masa dan kos.

Seperti yang telah ditunjukkan diatas, ada tiga (3) kemungkinan yang akan berlaku pada hari lelongan iaitu:
Jumlah lelongan melebihi jumlah hutang;Jumlah lelongan kurang dari jumlah hutang: danTiada bidaan diterima atau kereta tak laku.
Dan anda boleh lihat sendiri langkah langkah yang diambil untuk ketiga tiga situasi tersebut.

LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL

Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak.

Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran.

Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan.

Untuk ulangkaji tentang proses "Surat Loyar" dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Boleh rujuk pihak bank.

Setelah proses "ding dong" sana sini selesai, dianggarkan "umur" tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team "CSI" masih berjalan untuk langkah seterusnya jika perlu.

Pada tahap tunggakan tujuh bulan, Bank sudah boleh membuat perancangan untuk mengambil tindakan undang undang yang sesuai.

NASIB PENJAMIN

Sekarang kita sampai kepada bab penjamin. Biarlah gambar yang berbicara:


Walau bagaimanapun, dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) ada beberapa peruntukan bagi Penjamin.

Saya cuma boleh beri "terjemahan bebas" sebab ayat undang undang ini selalunya berpintal pintal supaya memberi ruang untuk Tuan Tuan Loyar membuat interpretasi masing masing dan berhujah untuk mendapat keputusan yang memihak kepada mereka.

Antara intipati Seksyen Seksyen yang ditunjukkan diatas adalah seperti berikut:

1. Penjamin adalah terikat dengan Perjanjian Sewa Beli melainkan dalam keadaan keadaan yang tertentu.

2. Tanggungjawab Penjamin masih berterusan walaupun kereta telah ditarik balik tidak kira samada kereta sudah diserahkan balik atau tidak melainkan Bank dan Penyewa ada membuat perjanjian yang baru.

3. Tanggungjawab Penjamin tidak boleh melebihi tanggungjawab Penyewa dengan apa yang diperuntukan dalam Perjanjian Sewa Beli.

4. Seseorang Penjamin yang menunaikan tanggungjawabnya dan telah membayar apa jua bayaran kepada Pemilik iaitu Bank berhak untuk menuntut balik apa yang telah dibayarnya.

5. Hak Penjamin terhadap Pemilik/Bank – Penjamin boleh melepaskan dirinya pada bila bila masa dari tanggungan jaminan hutang dengan membayar hutang Penyewa kepada Bank.

6. Apabila bayaran hutang dibuat, Penjamin berhak untuk:
(a) Menyaman Penyewa atas nama Pemilik/Bank atas pelanggaran Perjanjian Sewa Beli oleh Penyewa tertakluk kepada Penjamin memperuntukan pampasan atas apa jua kos dan perbelanjaan tindakan tersebut atau menyaman atas nama Penjamin sendiri jika dia mengambil pemindahan hakmilik secara sah melalui undang undang keatas Perjanjian Sewa Beli tersebut.(b) Mendesak untuk mengambilalih apa jua cagaran dan sekuriti yang telah diambil oleh Pemilik/Bank keatas Penyewa untuk memastikan Penyewa menunaikan tanggungjawabnya.
7. Penjamin jika ada apa jua tuntutan yang dibuat oleh Pemilik/Bank keatasnya mempunyai hak untuk "melepaskan" dirinya dari tuntutan balas yang dibuat oleh Penyewa terhadap Pemilik/Penyewa.

8. Hak Penjamin terhadap Penyewa – Penjamin berhak untuk diberi gantirugi atau pampasan oleh Penyewa terhadap tindakan Pemilik/Bank atau jaminan yang diberi.

9. Penjamin berhak untuk memaksa Penyewa untuk membayar ansuran bulanan yang termaktub dalam Perjanjian Sewa Beli setiap kali tempoh bayarannya sampai dan untuk tujuan ini Penjamin boleh memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mendapatkan Perintah tersebut.

Berbelit belit ayat. Tak tahulah pula ada ke tidak Penjamin yang melaksanakan haknya seperti yang diperuntukan.

Biasanya payah sikit sebab lazimnya Penjamin agak rapat dengan Penyewa seperti Suami atau Isteri dan kawan kawan atau kenalan.

Jadi, samada Penjamin tidak tahu pun hak mereka atau tidak "sampai hati" untuk "menyakiti" atau "menyinggung" perasaan Penyewa atas dasar percaya atau takut dituduh tidak percaya kepada keupayaan Penyewa untuk bertanggungjawab.

Dalam kebanyakan kes, tak boleh percaya pun. Ramai Penjamin yang kena tindakan kebankrapan.

Kalau nak saman balik Penyewa untuk bayaran yang dibayar oleh Penjamin, harapan untuk dapat balik duit pun susahlah jugak tapi bukanlah sesuatu yang mustahil.

Dari segi logik akal, kalau Bank saman pun dia tak peduli, apatah lagi kawan kawan, adik beradik, suami atau isteri atau bekas suami dan bekas isteri melainkan jumlahnya banyak yang boleh membawa kepada kebankrapan atau yang berbaloi untuk dilakukan.

Kalau jumlah yang kecil, lebih kepada membazir masa dan wang. Tuan Loyar pun mungkin malas nak layan. Itulah nasib si Penjamin.

Lagi parah kalau kereta kena "piang" atau dijual "tangan atas tangan" hingga hilang entah kemana.

Bila ada "urusniaga" jenis "sambung bayar" yang juga berisiko untuk hilang kalau tak kena gaya, Penjamin juga yang kena "share" tanggungan.

Kalau setakat "share" status kat Facebook takpelah jugak ini kena pikul "biawak hidup".

Jadi, selesailah sudah siri Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Sewa Beli khususnya untuk kereta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Adakah Anda Tetap Salah Jika Terlanggar Belakang Kereta Depan Yang Cuai?Hubungi 4PM Jika Hutang Bank Sedang Meratah Anda!
sumber: chbda



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/08/proses-lelong-kereta-di-tarik-bank.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Serba Boleh Ardell Aryana Tukar Cat Kereta Suami Dalam Masa 5 Hari

Wanita Serba Boleh Ardell Aryana Tukar Cat Kereta Suami Dalam Masa 5 Hari

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 374 hits
Isu diskriminasi jantina semakin jauh dipersoalkan Kejutan yang dilakukan pelakon Ardell Aryana buat suami tersayang dengan menukar warna cat kereta sendiri benar benar menunjukkan wanita juga boleh melakukan kerja kerja lelaki Terpana juga...
Anak 4 Tahun Meninggal Dalam Kereta Sebab Bapa Terlupa

Anak 4 Tahun Meninggal Dalam Kereta Sebab Bapa Terlupa

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 1257 hits
Sg Petani 13 Ogos 2020Kejadian berlaku di kilang Adabi Sg Lalang Sg Petani Kedah malam tadi Menurut sumber seorang lelaki bekerja sebagai pemandu lori kilang berkenaan terlupa bahawa anak perempuannya yang berada di kerusi belakang kereta s...
Sungaipetani Kanak Kanak Perempuan Empat Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Sungaipetani Kanak Kanak Perempuan Empat Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 666 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas hampir 10 jam tertinggal di dalam kereta bapanya di Bukit Makmur Sungai Lalang Sungai Petani semalam Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata ...
Ini Sebab Kenapa Anak Muda Jadikan Volkswagen Golf Gti Kereta Idaman

Ini Sebab Kenapa Anak Muda Jadikan Volkswagen Golf Gti Kereta Idaman

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 597 hits
Mesti ramai dekat luar sana yang meminati dengan kereta Volkswagen termasuklah Ohmedia sendiri tambah lagi Golf Gti yang merupakan model paling hot dikalangan anak muda dan Volkswagen yang terlaris dekat Malaysia Pergh Kereta tu memang idam...
Elak Tertinggal Anak Dalam Kereta Guna Fungsi Child Reminder Dalam Waze

Elak Tertinggal Anak Dalam Kereta Guna Fungsi Child Reminder Dalam Waze

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 424 hits
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita kanak kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kereta bapanya Difahamkan yang mangsa berada dalam kereta itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan Takziah Iday uca...
Tedia Polis Wanita Jadi Wira Selamatkan Warga Emas Daripada Digilis Kereta Api Selepas Kerusi Roda Tersekat Di Landasan

Tedia Polis Wanita Jadi Wira Selamatkan Warga Emas Daripada Digilis Kereta Api Selepas Kerusi Roda Tersekat Di Landasan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 410 hits
Polis wanita jadi wira selamatkan warga emas daripada digilis kereta api selepas kerusi roda tersekat di landasanSeorang warga emas nyaris maut gara gara kerusi rodanya tersekat di landasan kereta api sebelum dia diselamatkan seorang pegawa...
Budak 4 Tahun Maut Tertinggalkan 10 Jam Dalam Kereta

Budak 4 Tahun Maut Tertinggalkan 10 Jam Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 399 hits
Budak 4 tahun maut tertinggalkan 10 jam dalam keretaSeorang kanak kanak perempuan meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja semalam Dalam kejadian yang berlaku di Bukit Makmur Sungai Lalang Sungai Petani pem...
Harga Terkini Aksesori Popular Kereta Proton

Harga Terkini Aksesori Popular Kereta Proton

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 405 hits
Sebenarnya kalau nak dicerita pasal aksesori sesebuah kereta pasti banyak yang nak ditambah atau ditukar Harganya ada yang murah dan ada yang sampai mencecah ribuan ringgit Tetapi itu semua adalah pilihan penguna Ada penguna yang beli keret...
Nak Balas Dendam Ke Penduduk Tak Puas Garaj Kereta Depan Rumah Pun Kena Roboh

Nak Balas Dendam Ke Penduduk Tak Puas Garaj Kereta Depan Rumah Pun Kena Roboh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 394 hits
Selepas daripada isu video viral daripada Asri Janggut kini MBSA semakin giat menjalankan operasi dengan mengambil tindakan segera meroboh dan menyita premis tidak berlesen sekitar Sungai Buloh Turut terkesan ialah beberapa gerai peniaga ke...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan