Bagaimana Pengkid Berubah Kembali Gadis Berkahwin



Ain (kiri) jelir lidah, pengkid. Dan Ain (kanan sekali) sebagai isteri.


SIAPA sangka daripada kecil berperwatakan ‘pengkid’, seorang gadis akhirnya terbuka pintu hati untuk berubah menjadi wanita cantik selepas bertemu lelaki yang kini sah menjadi suaminya.Bagi Ain Nurhasmiza Hizamuddin, 21, persahabatan sehingga ke jinjang pelamin bersama Kamal Shahizad Sayran, 22, yang dikahwininya pada 25 Januari lalu ternyata menjadi penghijrahan terbesar dalam hidupnya.Kisah ini dikongsikan sendiri Ain menerusi ciapan foto di Twitter miliknya, @aszhole_ yang mendapat lebih 11,000 perkongsian dan 16,000 tanda suka daripada warga net sejak dikongsikan, Rabu lalu.

Ain ketika dihubungi Harian Metro, berkata dia suka berpakaian seperti lelaki sejak dari zaman kanak-kanak.

“Tapi saya bukanlah lesbian dan masih lagi ’lurus’! Saya memang nampak 'boyish' sejak kecil, malah keluarga dan rakan memang sudah tidak boleh buat apa-apa.“Cakaplah apa pun, saya tetap dengan pendirian dan selesa berpakaian seperti lelaki,” katanya.

Bagaimanapun, selepas bertemu dan mulai rapat dengan Kamal sekitar enam tahun lalu, gadis berasal dari Sungai Buloh, Selangor ini mula melakukan perubahan terhadap dirinya.Ain berkata, setiap hari lelaki terbabit yang kini suaminya akan memuji dirinya akan lebih cantik kalau bertudung.

“Setiap hari dia akan cakap ‘lawa kalau kau pakai tudung, buanglah 'cap' (topi) kau sebab kau pakai tudung lagi okey’.“Dia juga tidak pernah sekali menghakimi pemakaian saya walaupun ketika itu saya baru berjinak-jinak berpakaian seperti wanita tulen,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu berbeza jika melakukan perubahan di depan rakan kerana pasti akan menjadi bahan ketawa mereka.Sejak daripada itu, Ain mengakui mula terfikir mungkin sudah tiba masanya untuk berubah, tambahan pula dia kasihankan suami yang sentiasa menjadi bahan jelingan pelik masyarakat setiap kali mereka berdua keluar bersama.Malah, rakan suami juga sering menyindir seolah-olah seorang ‘pengkid’ tidak sesuai bercinta dengan lelaki.

“Saya tahu dia mahu saya berubah tapi (dia) tidak pernah memaksa. Alhamdulillah, saya dikelilingi insan yang sangat menyokong.“Walaupun mereka masih menjadikan kami sebagai ‘bahan’, tapi saya tahu sikit sebanyak mereka gembira dengan perubahan ini,” katanya.

Ain mengakui sejak berubah, suaminya tidak pernah memuat naik kata-kata penghargaan di media sosial tapi jauh dalam sudut hati, pasti berbangga kerana berjaya mengubah isteri menjadi wanita sejati.“Walaupun sekarang ini hari-hari dia ‘menghadap’ saya tetapi pujian dan teguran dia mencipta magis istimewa buat saya,” katanya. (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa hukum wanita menyerupai lelaki (pengkid) atau lelaki menyerupai wanita (pondan atau maknyah)?
Sedikit Penjelasan..
1. Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki.

Begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan.. Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.

2. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. 

Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

3. Pengkid agak berbeza dengan tomboy, kerana tomboy hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek. Sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal.

4. Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. 

Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

Keputusan Fatwa Kerajaan Negeri Perak:

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

SUMBER: Oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

Wallahu 'aklam!

Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). 
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/09/bagaimana-pengkid-berubah-kembali-gadis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Cinta Sejati 039 Pengkid 039 Berubah Gadis Cantik

Demi Cinta Sejati 039 Pengkid 039 Berubah Gadis Cantik

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 449 hits
SIAPA sangka daripada kecil berperwatakan pengkid seorang gadis akhirnya terbuka pintu hati untuk berubah menjadi wanita cantik selepas bertemu lelaki yang kini sah menjadi suaminya Bagi Ain Nurhasmiza Hizamuddin 21 persahabatan sehingga ke...
Dia Kata Kalau Rambut Panjang Mesti Cantik Gadis Ala Pengkid Di Ubah Rakan Baik Sampai Jadi Suri Hati

Dia Kata Kalau Rambut Panjang Mesti Cantik Gadis Ala Pengkid Di Ubah Rakan Baik Sampai Jadi Suri Hati

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 375 hits
FOTO transformasi seorang wanita bersama seorang lelaki sehingga mereka disatukan sebagai suami isteri menjadi tular di Twitter Gambar perkongsian Ain Hurhasmiza Hizamuddin yang dimuatnaik sejak Rabu lalu mendapat 9 100 ulang kicau dan 13 3...
Tni Polri Pastikan Kondisi Jayapura Kembali Kondusif

Tni Polri Pastikan Kondisi Jayapura Kembali Kondusif

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 286 hits
Untuk itu Jhosua mengungkapkan TNI dan Polri dengan didukung oleh seluruh elemen masyarakat berupaya mengamankan Jayapura Alhasil kini kegiatan masyarakat berangsur pulih
Tol Cipularang Kembali Makan Korban Ini 5 Kemungkinan Penyebab Kenapa Sering Ada Kecelakaan Di Sana

Tol Cipularang Kembali Makan Korban Ini 5 Kemungkinan Penyebab Kenapa Sering Ada Kecelakaan Di Sana

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 279 hits
Baru aja ada kecelakaan beruntun yang libatkan 21 kendaraan dengan 9 korban meninggal Sedih banget
Kembali Dihujat Warganet Gara Gara Unggahan Foto Di Instagram Bibi Membela

Kembali Dihujat Warganet Gara Gara Unggahan Foto Di Instagram Bibi Membela

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 285 hits
Vanessa Angel kembali menjadi perbincangan warganet Hal ini terkait unggahan terbarunya di media sosial
Bio Life Astaxanthin 6mg Your Ever Young Skin Guard Kulit Kembali Muda Selepas 2 Bulan

Bio Life Astaxanthin 6mg Your Ever Young Skin Guard Kulit Kembali Muda Selepas 2 Bulan

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 653 hits
Hi semua Saya ada post gambar Astaxanthin di facebook minggu lepas Ramai pulak yang macam berminat dengan produk tu Saya baru je makan tu Tak sampai seminggu lagi Sebelum ni pernah juga Nampak produk Bio life tu kat Watsons Tapi yang 4 mg Y...
Pemalam Downthemall Kembali Untuk Firefox

Pemalam Downthemall Kembali Untuk Firefox

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 232 hits
DownThemAll merupakan salah satu pemalam yang popular suatu ketika dahulu dimana ia memudahkan pengguna untuk memuat turun sejumlah fail daripada sesuatu laman web dengan mudah dan pantas Walaubagaimanapun sejak Firefox 57 disebabkan peruba...
Spesifikasi Oneplus 7t Pro Pula Tertriris Edisi Mclaren Kembali

Spesifikasi Oneplus 7t Pro Pula Tertriris Edisi Mclaren Kembali

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 153 hits
Minggu lepas spesifikasi OnePlus 7T telah tertiris Ia dikatakan akan dijana Snapdragon 855 Plus mempunyai rekaan kamera bulat dan lensa lain dan juga skrin 2K 90Hz Terkini spesifikasi OnePlus 7T Pro pula yang tertiris OP7TPro OP7TPro ML E 6...
Kekasih Idris Khan Gadis Maghribi Memang Hot

Kekasih Idris Khan Gadis Maghribi Memang Hot

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 679 hits
Ramai Teruja Melihat Kekasih Idris Khan Yang Merupakan Seorang Gadis Magribi Memang CANTIK Sangat Memang hot Semoga dipermudahkan urusan buat kedua pasangan ini Selamat menuju ke gerbang perkahwinan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill