Bagaimana Overthinking Merosakkan Hidup


Bagaimana Overthinking Merosakkan Hidup Hi overthinker di luar sana. Aku harap korang sihat. Sentiasa bangun dan bersemangat melawan apa yang sedang berlegar di fikiran. 
Apa aku perasan semakin bertambah usia semakin kurang keyakinan diri semakin kuat perasaan overthinking tu singgah dalam otak. 
Sakit betul kalau terjebak. Awalnya sumpah aku tak perasan. Tapi lama-lama serius overthinking telah merosakkan hidup aku. 
Memikirkan suatu hal secara berlebihan dan terus menerus atau dalam istilah psikologi disebut overthinking. 
Overthinking atau berfikir secara berlebihan bukanlah penyakit mental tetapi boleh mendorong kepada penyakit mental. 
Lebih teruk andai tidak dikawal ia juga boleh mengganggu kesihatan fizikal seseorang. Antara penyakit mental yang disebabkan oleh overthinking adalah depressi dan Generalized Anxiety Disorder. 



Faktor utama mendorong aku menjadi overthinking ialah environment dan juga circle aku sekarang. Media sosial menjadi penyumbang terbesar kepada masalah overthinking. 
Nup, aku tak salahkan pun faktor-faktor tu sebab apa yang jadi adalah pilihan aku sendiri. Buat yang tak tahu, aku seorang suri rumah dan merupakan content creator untuk media sosial pada kebanyakkan masa. 
Aku pernah kongsikan Ciri-Ciri Seorang Perfectionist dan kenali 8 tanda yang ada pada diri anda. 
Dalam media sosial semua nampak indah belaka bukan? Hakikatnya bukan semua itu betul. Walaupun aku sedar hakikat itu tapi aku tak boleh lari dari perasaan ‘insecure’ tu. 
Tengok orang tu capai kejayaan, tengok orang tu ada progress, tengok orang tu berjaya turunkan berat badan macam senang je. Semua tu memberi kesan. 
Menulis blog jadi sebahagian cara aku merawat diri. Bak kata orang English, Writing as a theraphy. As for now memang mujarab untuk rawat diri. 
Cuma semenjak dua menjak ni bila nak rawat diri, nak menulis pun banyak betul perkara aku fikir. Sudahnya overthinking. Dah tu tak buat. Akhirnya aku tenggelam dalam perasaan sendiri. 
Selain menulis mendengar zikir di Youtube pun banyak membantu aku kawal emosi yang macam nak pergi berperang bila overthinking. 


Ciri-Ciri Orang Overthinking Dan Kenali 5 Tanda Yang Ada Pada Diri Anda
Semak sendiri ciri-ciri overthinking di bawah kalau kena dengan diri anda: 
1.Terlalu fikirkan masalah dan fikirkan perkara yang tak perlu. 
Ambil masa terlalu lama memikirkan masalah tanpa mencari jalan penyelesaian. Akhirnya terperangkap dalam perasaan sendiri dan diburukkan lagi dengan memikirkan perkara yang tak berkaitan. 


2.Berterusan fikir perkara negatif yang sama
Tidak memberi peluang kepada diri untuk berfikir dengan waras dan berterusan memikirkan perkara negatif yang sama. Bukan sahaja memberi kesan negatif kepada emosi malah cenderung untuk bahayakan keselamatan diri. 




3.Sering menyalahkan diri sendiri
Sering menyalahkan diri sendiri apabila terjadi sesuatu perkara yang tak di ingini. Sentiasa mencari alasan supaya diri dipertanggungjawabkan walaupun tiada sesiapa menyalahkan anda. 


4.Takut dan gagal buat keputusan 
Keyakinan diri hilang. Sering takut bila nak buat keputusan sebab fikirkan kesan yang buruk-buruk terjadi selepas keputusan di ambil. Seterusnya sampai sudah tak buat apa-apa keputusan. 


5.Hilang fokus dan sukar tidur
Paling teruk boleh akibatkan aktiviti harian dalam kehidupan terganggu. Hilang fokus, sering termenung dan sukar tidur di waktu malam. Asyik berfikir yang melampau beri kesan kepada kualiti hidup. 

Bahaya Dan Kesan Overthinking Terhadap Diri SendiriWalaupun tiada lagi kajian terperinci (kalau ada boleh kongsi dengan aku) yang menunjukkan peningkatan kes masalah kesihatan mental di Malaysia sedikit sebanyak berpunca daripada media sosial. 
Antara yang berlaku ialah overthinking, kemurungan dan kecelaruan yang mendatangkan kesan-kesan seperti: 
Mudah untuk membandingkan kehidupan sendiri dengan apa yang dipaparkan di media sosial. Sifat perbandingan ini menjadikan seseorang itu sedih dan kecewa, seterusnya hidup tertekan.
Berfikir secara berlebihan menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri, hilang semangat untuk teruskan hidup dan rasa seperti orang yang gagal. 
Overthinking boleh membunuh masa depan seseorang. Bermula dengan overthinking dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan sakit mental. 
Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 tahun, menderita pelbagai isu kesihatan mental. 
Sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2022 selepas penyakit jantung. 







Overthinking Menurut IslamBila aku teringat ceramah Ustazah Asma, aku boleh kaitkan overthinking dalam Islam. Lebih menarik overthinking dikalangan wanita dan isteri. 
Dalam ceramah Ustazah Asma, wanita memang dianugerahkan dengan dua sifat yang kalau tak dikawal bakal merosakkan hidup. Pertama, sifat sedih meratap, mengenang, kecewa dengan perkara yang sudah berlaku. 
Kedua ialah sifat bimbang. Bimbang perkara di masa yang bakal berlaku. Risau suami curang, risau anak-anak buat perkara tak elok. 
Dua-dua sifat ini memang bahaya. Jadi yang sebaiknya jika timbul perasaan bimbang haruslah dikawal dengan doa kepada Allah. 
Mohon bantuan (doa dan usaha) dan letak kepercayaan kepada Allah. Bersangka baik dengan Tuhan. Kita sebagai manusia memang banyak hadnya sebab kita makhluk lemah. Tapi Tuhan kita Maha Kaya Maha Pemurah. 


Kesimpulan
Begitulah sudut pandangan bagaimana overthinking merosakkan hidup kita. Bagi memastikan kesihatan mental terjaga, kita perlu kawal, sukat, tapis segalanya yang masuk ke dalam hidup kita. 
Hadkan masa dengan melayari media sosial dan pilih maklumat yang kita nak baca. Bukan sahaja selamat dari kesan overthinking malah bantu kita jadi lebih produktif. 




Sumber 
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/07/bagaimana-overthinking-merosakkan-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Pernah Single Terlalu Lama Hidup Saya Bosan Shila Amzah

Saya Tak Pernah Single Terlalu Lama Hidup Saya Bosan Shila Amzah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 186 hits
Penyanyi Shila Amzah memberitahu pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima kehadiran mana mana lelaki dalam hidupnya selepas dirinya bercerai Menurut laporan Harian Metro penyanyi berusia 32 tahun itu sudah mulai bosan hidup tanpa ...
Aina Abdul Terus Hidup Chord

Aina Abdul Terus Hidup Chord

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 1053 hits
D C m Bm BmBm C F m F mkau menyinggah hati ini Bmtak pernah ku menyangka F msekuat ini G m C debaran hangat ragamuF mKau Merubah SegalanyaF m BmTertanya Aku KalahBm F mBetapa Kuatnya Rasa G C C Biar Kau Tiada Disisi F m F Takkan Mati Jiwaku...
Saintis Temui Jawapan Kenapa Semut Tak Mampu Hidup Bersendirian

Saintis Temui Jawapan Kenapa Semut Tak Mampu Hidup Bersendirian

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 204 hits
Sekumpulan saintis di Shenzhen dan Kunming Wilayah Yunnan China telah mendapatkan jawapan akan kenapa serangga ini tidak mampu untuk hidup bersendirian melalui satu projek eksperimental Kapsyen Ratu ratu yang dikelilingi oleh semut pekerja ...
Mereka Bukan Nak Kisah Rakyat Boleh Hidup Atau Tidak Mereka Mereka Makan Rasuah Kuat

Mereka Bukan Nak Kisah Rakyat Boleh Hidup Atau Tidak Mereka Mereka Makan Rasuah Kuat

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 254 hits
Kenaikan elaun pengerusi pengarah FGV tak sensitif derita rakyat June 26 2022 Menurut notis Mesyuarat Agung Tahunan FGV Holdings Bhd baru baru ini elaun pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif dinaikkan mulai 24 Jun 2022 PETA...
Momen Terindah Dalam Hidup Pemuda 23 Tahun Terlalu Bahagia Kahwini Wanita 60 Tahun

Momen Terindah Dalam Hidup Pemuda 23 Tahun Terlalu Bahagia Kahwini Wanita 60 Tahun

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 210 hits
Melayari bahtera hidup berumah tangga dengan wanita yang jauh lebih berusia daripada lelaki bukanlah satu perkara mudah malah me nuntut seribu pengorbanan daripada kedua dua pihak Bagaimanapun bagi seorang pemuda berusia 23 tahun Muhamma
Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 227 hits
Saran gaji menteri dipotong takkan membantu selesaikan kos sara hidup rakyat MenteriFoto Mahdzir Khalid Utusan TVBaru baru ini Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan gaji barisan menteri kabinet dipotong sebanyak 20 peratus dengan kadar segera ba...
Kerap Pengs4n G4dis Terkejut Ada Masalah J4ntung Bapa Tolak Cara Implan Bateri Dan Pembed4han Hidup Macam Biasa

Kerap Pengs4n G4dis Terkejut Ada Masalah J4ntung Bapa Tolak Cara Implan Bateri Dan Pembed4han Hidup Macam Biasa

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 198 hits
SETIAP manusia di dunia ini pastinya diuji dengan pelbagai masalah berbeza Menerusi perkongsian oleh Nursufira Wan Ali 21 di TikTok yang menjadi tular dia menceritakan tentang peny4kit dihidapinya yang mana dia kerap pengs4n disebabkan j4nt...
Baju Pm Mewah Terpisah Realiti Hidup Rakyat Susah Fahmi Fadzil

Baju Pm Mewah Terpisah Realiti Hidup Rakyat Susah Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 198 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 26 2022 1 53 PMAhli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil membangkitkan selera Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memakai pakaian mahal pada masa ramai rakyat Malaysia biasa bergelut untuk memenuhi keperluan h...
Aplikasi Yakin Platform Individu Dapatkan Perkhidmatan Ppim Sumber Gaya Hidup Muslim Soyacincau 16 06 2022

Aplikasi Yakin Platform Individu Dapatkan Perkhidmatan Ppim Sumber Gaya Hidup Muslim Soyacincau 16 06 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 257 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd untuk membangunkan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Dato Sri Dr Adham Baba Menteri Sains Teknologi dan I...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil