Bagaimana Orang Kenamaan Habiskan Masa Dalam Jel


 
Pada tahun 1977, menteri besar Selangor ketika itu Harun Idris dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah. Hakim yang menjatuhkan hukuman adalah Almarhum Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah yang masih berada di jawatan sebagai hakim besar.
Menerusi penghakimannya dalam kes rayuan antara pendakwa raya lawan bekas menteri besar Selangor itu baginda menyebutkan begini:
“Saya ulangi apa yang saya katakan sebelum ini…undang-undang tidak pilih kasih. Adalah mustahil untuk mengabaikan hakikat bahawa di mata berjuta rakyat negara ini, anda adalah seorang patriot dan pemimpin. Anda mempunyai setiap peluang untuk mencapai tahap pencapaian tertinggi, namun anda membenarkan ketamakan merosakkan anda. Tidak dapat difahami bagaimana seorang dalam kedudukan kamu tidak dapat menggunakan hati nurani, menerima rasuah. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja mengkhianati kepentingan parti anda, yang mana anda pertahankan, tetapi juga sumpah jawatan yang anda ambil dan laksanakan di hadapan raja berdaulat, dan yang paling utama adalah undang-undang di mana anda adalah hambanya.”
Harun bukanlah satu-satunya orang kenamaan dipenjarakan kerana jenayah jijik rasuah. Selepas beliau ada banyak lagi orang ternama yang dihumbankan ke dalam jel. Dan selalu kita membayangkan, bagaimanakah tokoh-tokoh yang seperti kata Sultan Azlan adalah ikon untuk penyokongnya menghabiskan masa mereka di dalam penjara ini?
Sesungguhnya kita tidak tahu. Meskipun ada khabar angin, cerita-ceriti dan juga pengakuan berbaur gosip daripada bekas banduan bahawa konon pesalah rasuah ternama diberi muka dan mendapat layanan istimewa di dalam jel.
Barangkali, satu-satunya rujukan yang boleh disandarkan adalah Harun sendiri. Beliau menerbitkan catatan diari ketika berada di dalam penjara antara tahun 1977 hingga 1981. Setelah dijatuhkan hukuman penjara oleh Sultan Azlan (yang belum naik takhta sebagai Sultan Perak lagi sewaktu itu), beliau juga telah diampunkan oleh Yang di-pertuan Agong iaitu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kemudiannya. Selepas dibebaskan Umno kekal mengangkatnya, di mana Harun dipilih sebagai naib presiden, kedudukan ketiga dalam tingkat posisi Umno pada tahun 1981.
Akan tetapi apakah pemerian terperinci Harun di dalam jel? Dalam satu temu ramah dengan Rosnah Majid yang diterbitkan pada tahun 1985, dalam bentuk buku, yang bertajuk ‘Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh’, Harun menceritakan jadual hariannya di mana beliau berkongsi sel dengan Abu Mansor.
Pagi Harun bermula seawal 5 pagi, dan selepas sembahyang subuh beliau akan bersenam selama kira-kira 40 minit. Sarapan dihantar ke bilik di mana dia diberikan secawan teh, dan sekeping roti bersapu marjerin. Banduan biasa bagaimanapun diberikan bubur kanji dan kopi.
Beliau kemudian akan bertugas sebagai mandur hospital di dalam penjara (ketika itu Penjara Pudu) dan menjamah makan tengah hari pada 10.30 iaitu nasi dengan kari daging atau ayam. Akan tetapi Harun juga mengisahkan bagaimana beliau boleh ke kantin membeli makanan lain seperti susu, mi segera, rokok dan nasi lemak.
Tiga bulan pertama Harun berbaju putih dengan kolar merah, yang bertukar warna menjadi kolar hijau setelah melepasi bulan ketiga. Setelah setahun, bajunya kekal putih namun bertukar menjadi berkolar biru. Warna itu memberi indikasi keizinan untuk banduan diberi peluang lebih bebas seperti bermain pingpong, ke perpustakaan, ke woksyop bertukang kayu atau menjahit.
Beliau tidak beroleh katil empuk sebaliknya pangkin dengan tilam nipis, bantal bersarung, dengan cadar dan selimut yang menurutnya gatal. Di hari ada pelawat, mereka akan beroleh keistimewaan untuk menjamah nasi minyak, aiskrim, sekeping kek, pulut durian, nasi beriani dan macam-macam lagi yang lazat.
Pelawat-pelawat Harun bukanlah calang, menteri dan mufti misalnya turun ke penjara menziarahinya. Bukan itu sahaja, beliau turut dikunjungi atlet dan ahli sukan terkemuka seperti Mokhtar Dahari dan Dollah Ali. Di dalam diarinya yang diterbitkan sebagai ‘Diari dari Penjara: 1977-1981’ Harun nampaknya masih boleh mengikuti pergolakan politik di luar menerusi surat khabar dan berita disampaikan oleh pelawat-pelawatnya yang amat kerap. Beliau bahkan mengekalkan interaksi dengan penyokong setianya.
Selain dikunjungi Daim Zainuddin dan isteri; Harun juga dilawati Ibrahim Ali yang baru pulang menemui Imam Khomeini di Tehran pada tahun 1979. Dalam satu catatan lain, Harun memberitahu King Ghaz atau Ghazali Shafie, orang kuat Umno telah datang berjanji untuk ‘memujuk Sultan Pahang’ membebaskannya.
Sesekali di dalam diari beliau itu kita akan membaca Harun mengeluh mengenai hubungan dengan isterinya yang dirujuk sebagai ‘mama’ dan penegasan beliau bahawa dirinya tetap tidak bersalah, dan yang bersalah adalah orang lain. Dalam banyak coretan, beliau menyatakan ‘mereka terus menzalimi saya’.
Saya tidak begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh orang kenamaan sepertinya di dalam penjara ekoran kesalahan rasuah itu. Yang saya tertarik ialah suasana di dalam Penjara Pudu tersebut di mana Harun ikut dikurung bersekali dengan banduan atau penjenayah terkemuka, Botak Chin.
Diari Harun memberikan gambaran imaginatif tentang keadaan Penjara Pudu, sebuah penjara paling digeruni di Malaysia suatu masa lalu.
Bagaimanakah banduan mandi? Menurut Harun, mereka dibenar mandi sekali sehari sahaja dengan lima koleh air yang diambil pada waktu malam. Tiga koleh untuk bersabun, dua koleh air untuk membilas badan. Kawasan mandi adalah lapangan berbumbung sepanjang 40 kaki di mana 30 orang mandi serentak dalam keadaan bertelanjang bulat.
Tandas akan kekurangan air sekiranya penjara dikunjungi ‘budak-budak Henry Gurney’ (sekolah pemulihan akhlak di Melaka) yang akan menjadikan jamban busuk, dan bersepah dengan najis.
Adakah banduan bebas ketika dirawat? Dalam banyak coretan Harun, peluang atau kesempatan dirawat di hospital luar akan memberikan mereka ruang untuk ‘bernafas’. Dan sebolehnya banduan akan mencari jalan untuk menetap di hospital sahaja. Mereka selalu kemurungan bila dihantar semula ke penjara.
Adakah banduan berhibur? Harun ada menceritakan terdapatnya pertandingan menyanyi antara banduan lelaki dan wanita di mana beliau diberi kerusi bahagian hadapan VIP untuk menonton. Dalam banyak keadaan Harun ada menulis yang beliau kerap dibenarkan menonton televisyen.
Bagaimanakah suasana apabila terdapatnya hukuman mati dijalankan? Harun menjelaskan bilik beliau berdekatan dengan bilik pengasingan dan bilik hukum di mana banduan yang akan menjalani hukuman gantung harus melepasi kamarnya terlebih dahulu.
Pada satu masa, ketika hukuman gantung dijalankan terhadap dua orang lelaki yang menembak mati ketua polis Perak, banduan berbuat bising sejak pukul 4 pagi di mana ‘mereka yang akan digantung menjerit, menyanyi dan bertepuk tangan, dan ada yang menyanyi lagu memuja perjuangan komunis’. Adakah bekalan dadah di dalam penjara? Benar atau tidak Harun agak sering menurunkan kisah mengenai warden penjara tertangkap kerana membekalkan banduan aneka dadah dan ganja.
Ketika bulan puasa Harun akan menonton Musabaqah al-Quran dan dalam satu catatan lain selepas berinteraksi dengan pelawatnya, Harun diberitahu qari yang datang bertanding ‘bersikap keterlaluan, minum arak, dan melakukan gangguan seksual terhadap pekerja hotel’. Makanan untuk berbuka puasa menurut Harun sangat jelek, ‘makanan yang dibekalkan di penjara semakin teruk, walaupun tukang masak terdiri pekerja Melayu namun mereka tidak langsung memikirkan kami banduan Muslim sedang berpuasa’.
Harun ada menyatakan dia menangis ketika Hari Raya. Satu hal yang kerap berlaku ialah pertubuhan kebajikan Kristian sering datang melawat ‘dan membawa makanan ke dalam penjara’ seperti aiskrim dan epal. Menurut Harun, ‘pertubuhan kebajikan Islam tidak pernah datang melawat, jauh sekali membawa makanan’.
Pada satu ketika, penjara menemukan dua bilah pisau diperbuat daripada tin Milo serta serbuk rempah di dalam bilik tahanan yang menunggu hukuman gantung termasuk senjata dijumpai di bilik Botak Chin. Akibatnya penjenayah terkenal itu dihantar ke bilik pengasingan.
Ada catatan-catatan ‘ganas’ lain seperti kisah seorang pondan cantik yang dipenjara kerana memiliki tiga tiub heroin, dan kata Harun, ‘malam ini berpestalah setiap banduan lelaki gersang’. Beliau juga menulis perihal lelaki yang dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda khalwat di Mahkamah Syariah di mana kedua-dua isteri dan kekasihnya enggan membayarkan denda.
Membaca diari bekas menteri besar Selangor yang dipenjarakan atas kesalahan rasuah ini melongokan sekali. Akan tetapi ia memberikan gambaran hidup seharian di dalam Penjara Pudu yang kini telah roboh dan hanya tinggal dinding hadapan berdekatan Bukit Bintang.
Perkhidmatan dan layanan penjara hari ini tentu berbeza di zaman Harun lama dahulu. Akan tetapi, satu hal yang mungkin boleh dijadikan hujah berdasarkan diari penjara Harun itu ialah banduan kenamaan memang beroleh perhatian, dipermudahkan serba-serbi, diberi hak melawat yang banyak dan selalu; dan seperti dikarang oleh Harun, juga sentiasa dijanjikan dengan berita pengampunan.
Yang membuatkan dirinya semacam menagih janji itu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/bagaimana-orang-kenamaan-habiskan-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Habiskan Bahan Bahan Sebelum Ghayer Buat Je Overnight Oat Senang Nak Makan Masa Mo

Jom Habiskan Bahan Bahan Sebelum Ghayer Buat Je Overnight Oat Senang Nak Makan Masa Mo

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 82 hits
Buat Overnight Oat untuk Sahur Nikmati Makanan Sihat dengan Mudah Selalu terbaca pesan tentang habiskan bahan bahan sebelum ghayer Jadi apa kata kita buat Overnight Oat Ini hidangan yang sesuai untuk waktu moreh dan sahur Mama Ina kongsikan...
Kobi Education Spill 7 Cara Atur Waktu Belajar Ielts Pas Masa Ramadan

Kobi Education Spill 7 Cara Atur Waktu Belajar Ielts Pas Masa Ramadan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 78 hits
Kobi Education salah satu tempat belajar IELTS membagikan tujuh strategi efektif untuk membantu kamu mengatur waktu belajar selama Ramadan Seperti yang kamu ketahui kalau menyesuaikan jadwal belajar dengan ritme puasa bukanlah hal yang muda...
Terpalit Kontroversi Gelar Lee Minho Suami Malas Atas Pentas Park Bom Bakal Ambil Masa Berehat

Terpalit Kontroversi Gelar Lee Minho Suami Malas Atas Pentas Park Bom Bakal Ambil Masa Berehat

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 97 hits
Selepas terpalit beberapa kontroversi akhirnya Park Bom bakal berehat seketika dari aktiviti hiburan Artikel Berkaitan Menurut media Park Bom bersama anggota 2NE1 yang lain telah pulang ke Korea melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon...
Keretakan Melebar Bersatu Tiada Masa Depan

Keretakan Melebar Bersatu Tiada Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 94 hits
Ameer AbdullahWujud persoalan berkait masa depan Bersatu yang didakwa gagal menyelesaikan kemelut dalaman parti Tidak dapat dinafikan Bersatu kini berpecah kepada dua kem yang masing masing berusaha keras menguasai kepimpinan parti Wujud da...
Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 82 hits
Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Hanoi jam 7 10 malam waktu tempatan pada 25 Februari 2025 Foto Pejabat Perdana Menteri HANOI 25 Feb Perdana Menteri Datuk Seri A...
Krisis Kesihatan Bakal Jejaskan Sistem Penyampaian Dalam Jangka Masa Panjang

Krisis Kesihatan Bakal Jejaskan Sistem Penyampaian Dalam Jangka Masa Panjang

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 98 hits
Laporan media menyatakan bahawa gaji jururawat di Malaysia hanya RM1 800 jauh lebih rendah berbanding negara negara jiran seperti Brunei dan Singapura PENDAPAT 25 Feb Malaysia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin meruncing berikutan ...
Lupakan Buffering Masa Untuk Internet Laju Dengan Time Fibre Home

Lupakan Buffering Masa Untuk Internet Laju Dengan Time Fibre Home

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 113 hits
Time Internet Internet Terpantas Paling Stabil di Malaysia Bayangkan tengah syok layan drama kegemaran di Viu plot makin mendebarkan tapi tiba tiba loading buffering skrin beku Frust Rasa nak baling remote Jangan risau ada untuk selesaikan ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung