Bagaimana Nak Berhenti Menengking Anak 10 Cara Ini Mungkin Membantu Ibu


Ibu bapa mana yang tak pernah menengking anak? Rasanya kalau sudah bergelar ibu ayah, sekurang-kurangnya mesti ada sekali anda akan ‘tertengking’ anak walaupun dalam hati sudah berazam tak mahu lagi jerit dan tengking anak.
Sebenarnya semua ibu adalah hebat. Bukan mudah tugas membesarkan seorang anak cuma kadang kala sebagai insan biasa ibu juga pernah membuat silap.
Bagaimanapun seorang ibu akan seboleh mungkin memperbaiki dirinya supaya menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak. Biasanya lepas tengking atau marah anak, ibu akan menyesal atas keterlanjurannya. Kalau sudah terpukul anak, ada juga yang bukan sahaja rasa menyesal tetapi senyap-senyap menangis kerana rasa bersalah.
Untuk semua ibu yang berhati mulia, berusahalah untuk hilangkan rasa kesal dan bersalah selepas anda menengking anak kerana sebenarnya tidak ada ibu yang mahu berbuat demikian terhadap anak sendiri, tetapi kebanyakan ibu yang baik mesti akan melakukannya kerana mahu yang terbaik buat si anak.
Jika anda tanpa rela kerap menengking Si Manja, maka diharap beberapa tip ini dapat membantu diri anda.
1. Tanamkan azam untuk tidak marah anak bila bangun dari tidur
Sebelum tidur sentiasa sematkan dalam diri anda untuk menjadi ibu yang lebih baik hari esok berbanding hari ini. Sebaik bangun tidur, cakap pada diri sendiri yang hari ini anda nak jadi ibu yang paling baik dan tak marah anak. Permulaan yang baik di pagi hari akan mengurangkan risiko anda cepat ‘naik angin.’
2. Tanya diri sendiri, “Seronok ke terjerit-jerit kat anak depan orang lain”?
Ia memang agak memalukan diri sendiri kalau kita hilang kawalan diri dan naik angin depan orang lain. Bayangkan ada orang lain dalam bilik bersama anda dan anak, ini membantu meredakan kemarahan anda.
3. Tahu had sempadan anda
Tetapkan had sempadan pada diri sendiri supaya anda tidak menengking anak. Bila anda menghampiri garisan had itu cepat-cepat ingatkan diri sendiri dengan cara beredar dari situasi tersebut. Seminit dua ‘keluar’ dari zon marah membantu anda mengelakkan tingkah laku yang hanya akan membuatkan anda menyesal selepas itu.
4. Fikirkan persoalan ini, “Berbaloikah menjadi perengus dan pemarah?”
Kalau asyik marah dan menjerit saja, mesti kita rasa cepat letih. Jadi memang tak berbaloi kalau asyik nak marah anak-anak sahaja. Kalau anda boleh kawal marah sebelum ia muncul, sudah tentu anda boleh ‘selamatkan’ hari anda menjadi lebih tenang dan bermakna.

5. Minta bantuan suami
Menguruskan hal anak-anak bukan hanya tugas ibu sahaja. Jangan lupa libatkan sekali teman hidup anda! Beritahu suami anda supaya segera mengambil alih urusan anak-anak bila anda sudah bertukar menjadi ‘singa lapar’. Ia sangat membantu! Ibu yang sedang naik angin memang cenderung menengking dan mungkin naik tangan pada anak-anak. Buat juga perkara yang sama jika suami anda sedang marahkan anak-anak.
6. Penuhkan hari dengan perkara positif
Mulakan hari dengan solat dan doa. Sentiasa mohon kepada Tuhan agar memberikan anda kesabaran dan kekuatan untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak. Semoga perjalanan kita seharian membesarkan anak dipermudahkan oleh Allah SWT.
7. Bayangkan perkara buruk
Sentiasa bayangkan benda buruk kalau anda jenis ibu yang akan menjerit dan menengking anak bila marah. Risiko untuk anda hilang kawalan diri bila marah iaitu akan pukul anak sampai lembik atau tercedera. Memang minta dijauhkan. Bila fikir perkara buruk sudah tentu anda tak mahu jadi ibu yang kuat menengking.
8. Jadilah seperti guru dengan murid
Memang geram kalau kena ulang cakap perkara yang sama banyak kali. Tapi, sentiasa ingat yang anak anda adalah insan kecil yang sedang belajar tentang kehidupan dan menjadi insan yang baik satu hari nanti. Jadi jangan harapkan mereka boleh jadi sempurna dalam masa sehari dua. Bila anda anggap mereka sedang dalam proses belajar maka terasalah seperti seorang guru sedang mengajar anak murid dan bukan ibu yang keletihan berhadapan dengan anak yang nakal.
9. Dengar perkara yang menenangkan
Bila rasa marah, orang kata dengarlah bunyi-bunyian yang mampu memberi ketenangan seperti alunan muzik, zikir, bacaan al-Quran. Ia mampu memberikan magis kepada diri anda yang sedang menahan kemarahan.
10.Banyakkan berzikir & beristighfar
Bagi yang muslim, eloklah banyakkan berzikir dan beristighfar apabila anda rasa hendak marah dan menengking anak.
Paling penting, jangan hilang sabar dengan diri sendiri. Sama seperti anak anda, proses ini juga satu pengalaman belajar bagi diri anda.
The post Bagaimana Nak Berhenti Menengking Anak? 10 Cara Ini Mungkin Membantu Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bagaimana-nak-berhenti-menengking-anak-10-cara-ini-mungkin-membantu-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada 6 Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada 6 Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 396 hits
Anak asyik nak berdukung je 24 jam Nak buat kerja pun tak boleh Letak je terus nangis Sampaikan kerja rumah jadi terbengkalai luah Aini Mesti ramai yang mengalami masalah anak asyik nak berdukung setiap masa dan akan menangis setiap kali le...
Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 378 hits
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa pertuturan anak anak Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook sila klik type ka...
Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 355 hits
Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat Tapi anak susah nak buat malah tidak mengendahkannya Di mana silapnya Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanak...
Menyesal Nak Mati Bila Doktor Kata Susu Kultur Itu Penyebab Saluran Suara Anak Jadi Bengkak Ibu

Menyesal Nak Mati Bila Doktor Kata Susu Kultur Itu Penyebab Saluran Suara Anak Jadi Bengkak Ibu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 506 hits
Menyesal nak mati bila doktor kata susu kultur itu penyebab saluran suara anak jadi bengkak IbuSemalam seorang ibu meluahkan rasa kebimbanganya mengenai kesihatan anak perempuan beliau yang lemah selepas disahkan tidak sihat kerana minuman ...
Nak Anak Soleh Dengar Kata Ajak Anak Berjemaah Antara 13 Tip Cara Hidup Islam

Nak Anak Soleh Dengar Kata Ajak Anak Berjemaah Antara 13 Tip Cara Hidup Islam

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 436 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
Cara Mudah Buat Kacang Kuda Rangup Bersira Susah Nak Berhenti Mengunyah

Cara Mudah Buat Kacang Kuda Rangup Bersira Susah Nak Berhenti Mengunyah

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1127 hits
Penggemar kacang mesti sukakan resipi ni apa kata beralih arah pulak cuba resipi viral kacang kuda bersira ni kalau dulu suka buat rebus kan Nampak menarik rangup walaupun bersira Perkongsian dari Zana Mokhtar sangat berbaloi Selamat mencub...
Ibu Makan Pelbagai Makanan Sewaktu Menyusukan Anak Membantu Anak Menjadi Seorang Pemakan

Ibu Makan Pelbagai Makanan Sewaktu Menyusukan Anak Membantu Anak Menjadi Seorang Pemakan

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 337 hits
Adakah pemakanan ibu akan mempengaruhi susu yang dihasilkan Ya dan tidak Kenapa Menurut ibu yang menyusukan anak selalu terbeban dengan pantang larang dari orang tua Ini sebenarnya berlaku di kebanyakan negara Asia bukan Malaysia sahaja Min...
M4ti Kena Lenyek Mungkin Anak Kau Gadis Berhijab Dihentam Teruk Sebab Kutuk Ibu Bawa Motor Ini

M4ti Kena Lenyek Mungkin Anak Kau Gadis Berhijab Dihentam Teruk Sebab Kutuk Ibu Bawa Motor Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 327 hits
M4ti kena lenyek mungkin anak kau Gadis Berhijab Dihentam Teruk Sebab Kutuk Ibu Bawa Motor Ini M4ti kena lenyek mungkin anak kau Gadis Berhijab Dihentam Teruk Sebab Kutuk Ibu Bawa Motor Ini
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly