Bagaimana Misi Apollo 11 Pergi Ke Bulan Pada Tahun 1969


Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Lebih 50 tahun telah berlalu, buat pertama kalinya manusia menjejakkan kaki di permukaan Bulan. Misi Apollo 11 ini disertai Komander Neil Armstrong, Juruterbang Lunar Module Buzz Aldrin menjadi krew yang berjaya mendaratkan Lunar Module Eagle pada 20 Julai 1969. Neil Armstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki di Bulan manakala selepas 19 minit kemudian Aldrin pula menyertainya. 
Mereka menghabiskan masa selama 2 jam dan 39 minit diluar kapal angkasa mereka dan mengumpulkan 21.5 kilogram tanah dan komposisi dari Bulan kembali ke Bumi. Krew ketiga, Juruterbang Command Module Michael Collins pula menerbang Command Module 'Columbia' pada orbit Bulan selama dua krew lagi berada di permukaan Bulan. Neil Armstrong dan Aldrin menghabiskan masa selama 21 jam dan 36 minti di permukaan Bulan, di tapak yang dikenali sebagai Tranquility Base ketika mendarat sebelum kembali ke Bumi. 
JADI BAGAIMANA MISI APOLLO 11 INI PERGI KE BULAN?
Artikel kali ini akan menceritakan tentang PELANCARAN APOLLO 11 sehinggalah ke PENDARATAN MISI APOLLO 11 DI BUMI. Apa yang berlaku diantaranya akan dijelaskan berserta dengan gambar

MISI APOLLO 11
Kredit : NASA
Pada 20 Julai 1969, selepas 8 tahun Presiden John F. Kennedy mengumumkan tentang cita-citanya untuk "landing a man on the moon and returning him safely to the Earth," angkasawan NASA Neil Armstrong dan Buzz Aldrin berjaya memacakkan bendera Amerika Syarikat di permukaan bulan. 
Lima hari sebelum menjejakkan kaki di Bulan, pada pagi 16 Julai 1969, Komander Neil Armstrong, Juruterbang Command Module Michael Collins dan Juruterbang Lunar Module Edwin 'Buzz' Aldrin masih berada di Bumi. Mereka melakukan pemeriksaan terakhir dalam Command Module 'Columbia'. Columbia akan menjadi tempat tinggal mereka sepanjang perjalanan. 
Module ini berada di tempat paling atas pada roket Saturn V yang setinggi 111 meter. Salah satu roket paling berkuasa pernah terbang, Saturn V mempunyai tiga peringkat. Setiap perigkat akan membakar enjin sehingga habis bahan bakar dan kemudiannya berpisah daripada roket. Enjin pada peringkat berikutnya pula akan dinyalakan dan roket akan meneruskan perjalanan di angkasa. 
Eagle - Rumah bagi Armstrong dan Aldrin selama 21.5 jam di permukaan Bulan, direka untuk tidak kembali ke Bumi. Mempunyai dua bahagian 'descent stage' merupakan bahagian bawah yang bewarna emas dan hitam. Ia mengandungi enjin roket, bahan bakar, perkakas saintifik dan juga tangga untuk angkasawan membuat langkah pertama di permukaan Bulan

Bahagian perak dan hitam di bahagian atas dikenali sebagai 'ascent stage', merupakan bahagian paling penting untuk angkasawan. Ia merupakan bahagian tempat krew bertekanan dan tempat untuk krew keluar. Mempunyai komponen elektronik dan roket utama dan juga roket kecil yang diperlukan untuk dilancarkan dari permukaan Bulan dan kembali bergabung dengan Columbia. 

DETIK 00:00:00 : PELANCARAN APOLLO 11
Kredit : NASA
Untuk melawan tarikan graviti Bumi, NASA memerlukan roket yang 100 kali lebih berkuasa berbanding yang ada pada misi Mercury yang membawa angkasawan pertama Amerika Syarikat ke orbit pada tahun 1961. Roket Saturn V dengan tiga bahagian adalah sebesar kapal Navy Destroyer, dilengkapi dengan muatan 3.4 juta kilogram bahan bakar dan dapat melancarkan angkasawan Apollo 11 ke kelajuan 40,000 km/h. 
Untuk membekalkan kuasa, roket Saturn V dipenuhkan dengan 3.5 juta liter kerosin, oxygen cecair, dan hidrogen cecair. Michael Neufeld, jurucakap senior di bahagian sejarah angkasa dari Smithsonian National Air and Space Museum berkata bahawa proses pencucuhan (ignition) Saturn V merupakan antara proses yang menakutkan dalam misi Apollo 11

"Sekiranya Saturn V meletup berdekatan dengan tapak pelancaran, ia akan memiliki kuasa seperti senjata nuklear kecil," kata Neufeld. 
DETIK 02:44:16: SATU PUSINGAN ORBIT BUMI, KEMUDIAN TERUS KE BULAN 
Selepas proses pembakaran dan melepaskan dua daripada tiga enjin Saturn V, kapal angkasa ini memasuki orbit Bumi pada hampir 200 kilometer daripada permukaan. Selepas satu pusingan mengelilingi planet Bumi, roket J-2 dinyalakan, menghantar angkasawan Apollo keluar daripada orbit Bumi dan menuju ke Bulan. 
DETIK 03:24:03 : PENYUSUNAN SEMULA KAPAL ANGKASA
Kredit : Wikimedia

Seterusnya pula adalah proses yang rumit. Selain daripada roket dan enjin Saturn 5, Apollo 11 juga terdiri daripada tiga buah kapal; Lunar Module (LM) atau Eagle, digunakan untuk membawa dua angkasawan ke dan dari permukaan Bulan; Command Module (CM) atau Columbia, dimana ketiga-tiga angkawasan akan berada di sini sewaktu perjalanan, dan Service Module, yang membawa sistem sokongan dan sistem dorongan (propulsion). (Ketika Command Module bergabung dengan Service Module, ia dikenali sebagai CSM)
Untuk mendapatkan kapal dalam keadaan yang betul untuk mengorbit Bulan dan mendarat, CSM perlu dikeluarkan dari hujung roket pada tahap tiga, pusing 180 darjah dan bergabung dengan bahagian atas LM, dan semuanya berlaku ketika sedang bergerak dengan kelajuan hampir 30,000 km/h

Apabila telah siap digabungkan, kapal angkasa Apollo 11 dipisahkan dari Saturn V dan angkasawan Apollo 11 memulakan perjalanan selama 3 hari sejauh 380,000 kilometer diantara Bumi dan Bulan

DETIK 75:49:50 MASUK KE ORBIT BULAN 
Kredit : Bettmann Archive/Getty Images
Setelah dipisahkan dari Saturn V, kapal angkasa Apollo ini menggunakan enjin pada Service Module untuk proses pembetulan pertengahan jalan (mid-course corrections) dan juga maneuver kritikal ketika memasuki orbit graviti Bulan yang lemah. 
Langkah terakhir, dikenali sebagai  'lunar orbit insertion', berjalan dengan jayanya membawa angkasawan mengelilingi Bulan pada ketinggian kira-kira 100 kilometer dari permukaan. 
DETIK 100:39:53 PROSES MENDARAT DI BULAN 
Ketika pusingan ke dua kapal angkasa tersebut mengelilingi Bulan, Komander Misi Apollo 11, Armstrong dan juruterbang Lunar Module, Aldrin bergerak dari CSM ke LM untuk menyiapkan pelepasan, meninggalkan juruterbang Command Module, Michael Collins menanti dengan cemas dan mengelilingi Bulan pada orbitnya. 
Seterusnya pula adalah proses "menurunkan kuasa" oleh LM, yang dikatakan Nuefeld sebagai " bahagian paling bahaya dan kritikal dalam misi ini". Selepas berpisah daripada CSM, Armstrong dan Alrdin mengemudi LM yang seberat 14,500 kilogram itu selama 2 jam ke bahagian permukaan Bulan. 
Pada saat-saat akhir, dengan bahan bakar yang semakin habis, Armstrong mula menyedari bahawa program mendarat automatik pada komputer adalah untuk mereka mendarat di tengah-tengah kawah berbatu. 
Kemudiannya, Armstrong mengambil alih kawalan manual dan menggerakkan kapal angkasa ke bahagian depan dengan lebih cepat supaya ia boleh ke arah kawah yang lebih jelas diluarnya. 
DETIK 102:45:40 EAGLE TELAH MENDARAT  
Armstrong, bertindak dengan tenang walaupun penggera amaran menyala di kabin dan Pusat Kawalan mengumumkan bahan bakar hanya cukup untuk 30 saat sahaja. 
Berdiri bersebelahan dan melihat pada tingkat kecil berbentuk segitiga, Armstrong dan Aldrin mematikan enjin pada LM. "The Eagle has landed," Armstrong melaporkan pada Pusat Kawalan. 
DETIK 109:07:33 ARMSTRONG , ALDRIN DI BULAN 
Kredit : Time
Sebagai komander, Armstrong menjadi angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Ketika dia melangkah keluar dari tangga ke permukaan Bulan, Armstrong menyampaikan kata-kata ini, "That's one small step for a man, one giant leap for mankind.". Kemudiannya, Aldrin mengikut Armstrong menuruni anak tangga. 
Mereka berdua menghabiskan dua jam berikutnya dengan mengambil gambar, merakam pemandangan, kumpulkan batu dan spesimen tanah Bulan dan mengeluarkan perkakas untuk eksperimen saintifik yang mana akan ditinggalkan di Bulan selepas mereka kembali ke Bumi. Ia termasuklah seismograf untuk mengukur gempa Bulan (moonquakes) dan Laser Ranging Retroreflector untuk mengukur jarak tepat dari Bulan ke Bumi. 
DETIK 124:22:01 : WAKTU MAKAN, TIDUR DAN BERLEPAS DARI BULAN 
Kredit : NASA
Selepas makan dan beberapa jam tidur, sudah tiba masanya untuk Armstrong dan Aldrin menyertai Collins dan CSM di orbit Bulan. Neufeld turut mengatakan bahawa ini juga antara proses yang menakutkan. "Hanya ada satu sahaja enjin untuk berlepas dan ia perlu menyala. Ini sahaja cara untuk kembali ke Bumi dengan selamat." jelas Neufeld. 
Kebarangkalian untuk Armstrong dan Aldrin terdampar di Bulan adalah sangat tinggi sehinggakan Presiden Richard Nixon dan penulis ucapannya William Safire telah menyiapkan ucapan takziah, yang bermula dengan, "Fate has ordained that the men who went to the moon to explore in peace will stay on the moon to rest in peace.”
DETIK 128:03:00 KEMBALI BERSAMA COMMAND MODULE 

Syukur, enjin untuk berlepas menyala dengan baik dan Armstrong bersama Aldrin berlepas ke orbit Bulan dimana mereka perlu melakukan satu lagi proses yang rumit, bergabung dengan CSM dipertengahan perjalanan.  Akhirnya ketiga-tiga krew kembali bersatu di CSM dan membiarkan LM dilepaskan dan bersedia untuk pulang. 
DETIK 195:07:15 MASUK SEMULA KE ATMOSFERA BUMI 
Setelah menyalakan enjin untuk kali terakhir supaya masuk ke orbit Bumi, Service Module dilepaskan dan ketiga-tiga krew bersiap sedia untuk masuk ke bahagian Command Module yang berbentuk seperti kon

Proses ini akan menjadi ujian terakhir buat krew Apollo 11 dan ribuan jurutera dan mereka yang menjayakan projek ini. Kapsul Apollo 11 perlu memasuki atmosfera pada sudut yang sangat tepat. 
Apabila anda memasuki atmosfera pada kelajuan 38,000 km/h ia menghasilkan bola api," jelas Neufeld. "Sekiranya mereka masuk terlalu curam, suhu akan menjadi panas terlampau cepat dan kapal angkasa akan terbakar. Sekiranya mereka masuk  dengan sudut yang rendah, kapsul akan meninggalkan atmosfera seperti batu yang dibaling di kolam." 
Selepas pemadaman komunikasi selama tiga minit, Armstrong memberi isyarat berjaya masuk dan kapal yang menyelamat melihat payung terjun telah dilepaskan. 
DETIK 195:18:35 PENDARATAN DI AIR 
Kredit : NASA
Misi Apollo 11 berakhir tepat pada 8 hari, 3 jam, 18 minit dan 35 saat selepas pelancar dengan mendarat di Lautan Pasifik sekitar 800 batu nautika barat daya Hawaii dan 19 kilometer dari kapal penyelamat, USS Hornet. 
Ketiga-tiga astronaut muncul dari kapsul CM dan dengan memakai sut khas kerana bimbang mereka akan membawa kembali bakteria bulan yang toksik ke Bumi. Mereka seterusnya melalui kuarantin selasa 21 hari sebelum dibenarkan pulang bertemu keluarga. 
ADAKAH MANUSIA AKAN KE BULAN LAGI?
Ya, sudah lebih 50 tahun berlalu, adakah manusia akan kembali ke Bulan? Okay, sebenarnya NASA sendiri ada wujudkan satu program bernama Program Artemis. Dilancarkan pada tahun 2017 untuk manusia kembali ke Bulan, terutamanya di bahagian Kutub Selatan Bulan. Sekiranya berjaya, ia akan mejadi misi ke Bulan pertama sejak misi Apollo yang berakhir pada tahun 1972. Mengikut perancangan NASA misi pertama Artemis 1 adalah pada November 2021 manakala Misi pertama membawa krew adalah pada September 2023. 
SEKIAN
RUJUKAN :Apollo 11 Mission Overview | NASAHow did we get to the Moon? | Institute of Physics (iop.org)Apollo 11 - WikipediaApollo 11 Moon Landing Timeline: From Liftoff to Splashdown - HISTORY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/06/bagaimana-misi-apollo-11-pergi-ke-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Anak 6 Bulan 3 Tahun Tak Nampak Ibu Terus Menangis 5 Teknik Ni Berkesan

Ada Anak 6 Bulan 3 Tahun Tak Nampak Ibu Terus Menangis 5 Teknik Ni Berkesan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 351 hits
Kalau ibu ayah ada anak dalam lingkungan umur 6 bulan ke 3 tahun sebaiknya anda ambil tahu pasal separation anxiety ni Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari memang mencabar emosi bila anak asyik nak melekat dengan kita sampaikan tak boleh nak ber...
Video Manja Dengan Mama Sebelum Pergi Wanita Sebak Anak 10 Bulan Dijemput Ilahi

Video Manja Dengan Mama Sebelum Pergi Wanita Sebak Anak 10 Bulan Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 359 hits
Kehadiran cahaya mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri Detik kehadiran insan kecil ini juga adalah sebagai pelengkap dalam kehidupan rumah tangga Namun begitu setiap pasangan diuji dengan pelba...
Anak Seawal 2 Tahun Diberi Main Puzzle Boleh Jadi Bijak Perkembangan Pun Bagus

Anak Seawal 2 Tahun Diberi Main Puzzle Boleh Jadi Bijak Perkembangan Pun Bagus

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 345 hits
Ramai ibu bapa masih lagi teragak agak nak beli mainan yang sesuai untuk perkembangan anak Untuk pengetahuan ibu bapa sebenarnya aktiviti puzzle boleh merangsang otak anak seawal mungkin Puzzle ada banyak jenis dan ibu bapa atau guru boleh ...
Resepi Tepung Goreng Pisang Ranggup Crispy Dari Otai 15 Tahun Berniaga

Resepi Tepung Goreng Pisang Ranggup Crispy Dari Otai 15 Tahun Berniaga

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 359 hits
Pisang Goreng Pisang Goreng Panas Panas Menu utama rakyat Malaysia untuk santapan pada petang hari Sedap dimakan bersama air kopi O cap Piala Jadi disebabkan PKP ramai orang yang kurang bernasib baik di buang kerja atau kehilangan punca pen...
Nota Padat Matematik Tahun 6

Nota Padat Matematik Tahun 6

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 611 hits
Nota Padat Matematik Tahun 6 ini disediakan adalah bagi memudahkan murid tahun 6 untuk melakukan ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan Nota ini boleh digunakan oleh para guru untuk dibekalkan kepada murid murid atau digunakan oleh ibu bapa ...
Pemandu Trak Berusia 77 Tahun Langgar Peserta Perarakan Gay

Pemandu Trak Berusia 77 Tahun Langgar Peserta Perarakan Gay

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 223 hits
WASHINGTON Seorang lelaki terbunuh dan seorang lagi cedera dalam apa yang disifatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai kemalangan tragis semasa satu perarakan gay di Florida apabila seorang pemandu trak pikap secara tidak sengaja meme...
Pr S 039 Pura 44 Tahun Maut Akibat Komplikasi Covid 19 Angka Korban Kini 35

Pr S 039 Pura 44 Tahun Maut Akibat Komplikasi Covid 19 Angka Korban Kini 35

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 263 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seorang Penduduk Tetap Singapura berusia 44 tahun meninggal dunia pada Ahad disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID 19 menjadikan angka korban koronavirus di Singapura seramai 35 mangsa Dalam kenya
Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban Di Wilayah Wilayah Persekutuan Tahun 1442h 2021m

Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban Di Wilayah Wilayah Persekutuan Tahun 1442h 2021m

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 296 hits
Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban di Wilayah wilayah Persekutuan Tahun 1442H 2021M telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Ketetapan ini telah diterbitkan melalui satu kenyatan media rasmi pada 21 Jun 2021 Sepert...
Dua Remaja Perempuan 15 Tahun Antara Ditahan Sertai Parti Persendirian

Dua Remaja Perempuan 15 Tahun Antara Ditahan Sertai Parti Persendirian

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 192 hits
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di I City dekat sini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata mereka yang berusia 15 hin...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah