Bagaimana Menjadi Rider Grab Foodpanda


Bagaimana menjadi rider GRAB-Foodpanda| Niat asal adalah untuk mencari pendapatan tambahan. Tidak sangka pula, sudah hampir 8 bulan saya menjadi rakan penghantar. 2 bulan sebagai rakan penghantar Foodpanda dan 6 bulan sebagai rakan penghantar Grab. Apa beza kedua-duanya? Nanti saya ceritakan InsyaAllah. Mohon jadi rider Foodpanda/Grab tidak sukar, yang penting melalui saluran dan cukup dokumen yang diperlukan. Mahu tanya gaji rider Grab? Gaji Rider Foodpanda?



  
Bermula bulan 2 tahun 2021, saya sah menjadi rider Foodpanda. Walau bagaimanapun, permohonan menjadi rider Grab terlebih dahulu saya buat. Namun secara umumnya, proses kelulusan Grab agak lama berbanding proses kelulusan Foodpanda. Oleh itu, saya bergerak mana yang ada terlebih dahulu

Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi memandangkan saya jadi rider Grab/Foodpanda secara sambilan sahaja. Asalkan dapat tampung mana yang kurang, Alhamdulillah rezeki buat keluarga. Selepas waktu bekerja di Jabatan Kimia Malaysia berakhir, tukar uniform terus gerak

Sistem asas bekerja rider Foodpanda
Sebelum bekerja perlu ada jadual mengikut kawasan yang kita mahu. Saya perlu ambil jadual yang disediakan pada hari-hari tertentu. Bila sudah ada jadual, sebelum jam bermula, saya perlu berada di kawasan clock-in (istilah punch card). Seeloknya 15 minit awal, saya sudah berada di kawasan clock-in. Sebab itu jika anda lihat mereka berkumpul di satu-satu kawasan bukan mereka tiada job (kerja). Mungkin shift belum bermula

Setelah selesai urusan clock-in, bergerak ke kawasan-kawasan hotspot (titik merah), kawasan (kedai) yang order sedang berlaku. Kadang-kadang juga tidak perlu terlalu hampir dengan kedai sudah masuk order. Apabila order sudah masuk, terus menuju ke kedai yang terpapar di skrin telefon dan menunggu pesanan disiapkan. Setelah pesanan disiapkan, terus hantar kepada pelanggan dan delivered order. Selesai satu kerja dan begitulah seterusnya

Sistem asas bekerja rider Grab
Sistem bekerja rider Grab agak berbeza berbanding Foodpanda. Anda boleh bergerak tanpa jadual atau bergerak menggunakan jadual yang disediakan. Tanpa jadual, bermakna kawasan penghantaran anda lebih luas (lebih jauh). Dengan jadual, jarak ambil-penghantaran hanya di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja. Semakin jauh, semakin besar bayarannya. Bezanya dengan Foodpanda, liputan (coverage) Grab lebih luas

Dengan jadual, saya perlu berada di dalam kawasan yang telah saya pilih untuk mendapat job. Jika saya keluar daripada kawasan yang telah saya pilih, saya tidak akan dapat job. Malahan mungkin tidak layak untuk mengambil jadual pada masa akan datang kerana tidak melengkapkan jadual yang telah saya ambil

Pendapatan rider Foodpanda/Grab
Keduanya-duanya tidak banyak beza, ada kawasan Foodpanda order deras (merujuk job banyak), ada kawasan Grab order deras. Jika saya rajin, semakin banyaklah pendapatan saya. Oleh sebab saya buat secara sambilan, saya boleh katakan bahawa pendapatan saya antara kadar RM400-RM600 seminggu bagi kawasan Kuching Sarawak bergantung sebanyak mana saya bekerja

Masalah asas ketika bekerja sebagai rider penghantar makananCuaca - Jika terlalu lebat berserta petir/guruh agak berbahaya untuk bergerak di atas jalan raya.Kedai - Ada masanya memang lama menunggu sebab kedai tersebut mendapat order yang banyak.Pelanggan - Ada isu prank order, pelanggan tidak muncul dan dihubungi setelah rider sampai.Diri sendiri - Letih, mengantuk, badan sakit-sakit dan hilang fokus semasa memandu.
Asas pertimbangan sebelum menjadi rakan penghantar makananKenderaan - Motorsikal adalah nadi utama. Rosak motorsikal, maka cutilah dari bekerja. Jika terlampau kejar order sehingga lupa kemampuan kenderaan, risiko motorsikal rosak memang tinggi. Seeloknya jangan culas untuk servis kenderaan.Kelengkapan - Baju hujan, phone holder, ear phone dan power bank adalah penting sebagai rakan penghantar. Semua ini akan melancarkan urusan semasa menghantar pesanan.Sabar - Sifat yang paling penting sebagai rakan penghantar. Ada juga tidak sabar, suka menekan kedai (vendor), marah pelanggan dan memandu dalam keadaan marah. Ini semua pasti berlaku. Sifat marah yang tidak dapat dibendung akan menjurus perkara lain boleh berlaku.Rezeki - Percaya dengan rezeki jika order deras (banyak), order sendu (kurang) dan sebagainya. Jangan meminta-minta tips daripada pelanggan kerana akan membuatkan anda nampak jelek.
Menjadi rakan penghantar Grab atau Foodpanda adalah pilihan masing-masing. Jika tidak sesuai dengan kamu, maka eloklah memilih kerja yang sesuai. Ada orang kena dengan jiwanya, ada orang tidak. Ini adalah pilihan. Setiap pekerjaan ada cabarannya. Jika orang bertanya kepada saya, saya katakan kepada mereka, saya pekerja sambilan, mencari pendapatan tambahan pada masa terluang untuk isteri, anak-anak saya dan saya akan berusaha mencapai sasaran pendapatan saya. Pada masa ini, saya kekal bergerak sebagai rakan penghantar Grab.Wallahualam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bilalelakiberbicara.com/2021/10/bagaimana-menjadi-rider-grab-foodpanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vide0 Servis Bukan Biasa Biasa Rider Foodpanda Siap Kejvt Customer Bangun Tidur

Vide0 Servis Bukan Biasa Biasa Rider Foodpanda Siap Kejvt Customer Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 261 hits
Sejak Malaysia mula banyakkan servis penghantaran makanan terus ke rumah memang bertubi tubi pesanan yang sering diterima Tambah pula servisnya yang memudahkan orang ramai dan juga menjimatkan masa Lagi satu bila sebut tentang servis pengha...
Brin Kebijakan Iptekin Di Indonesia Masih Kurang Menjadi Prioritas

Brin Kebijakan Iptekin Di Indonesia Masih Kurang Menjadi Prioritas

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 176 hits
Kebijakan iptekin dapat menjadi salah satu prioritas dan pertimbangan utama oleh para pembuat kebijakan dan pemangku kepentingan dalam menentukan arah kebijakan nasional di Indonesia
Hiburan Saya Tak Boleh Terima Kenyataan Sudah Menjadi Nenek Noraniza Idris Kongsi Pengalaman Lucu

Hiburan Saya Tak Boleh Terima Kenyataan Sudah Menjadi Nenek Noraniza Idris Kongsi Pengalaman Lucu

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 317 hits
Penyanyi ratu irama Malaysia Noraniza Idris 53 berkongsi pengalaman lucu tidak dapat menerima hakikat dirinya kini bergelar nenek Dia mendedahkan perasaan itu muncul kerana masih belum bersedia dan berasakan dirinya terlalu muda untuk mengg...
Penganjur Menjadi Punca Wanita Maut Ketika Aktiviti Bungee Jump Setinggi 82 Kaki

Penganjur Menjadi Punca Wanita Maut Ketika Aktiviti Bungee Jump Setinggi 82 Kaki

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 244 hits
Seorang ibu kepada tiga anak dilapor maut ketika membuat lompatan bungee dengan keadaan yang salah lapor Daily Mail
Aneka Perisa Cakoi Menjadi Rebutan

Aneka Perisa Cakoi Menjadi Rebutan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 174 hits
Aneka perisa cakoi menjadi rebutan MENAWARKAN lebih 20 aneka perisa menjadikan cakoi daripada Golden Stick cukup istimewa dan lain daripada kebiasaan sehingga orang ramai sanggup beratur panjang semata mata ingin mencubanya Beroperasi di se...
Neng Eem Marhamah Nilai Nilai Kebangsaan Jangan Hanya Menjadi Jargon

Neng Eem Marhamah Nilai Nilai Kebangsaan Jangan Hanya Menjadi Jargon

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 199 hits
Sekretaris Fraksi PKB MPR RI Neng Eem Marhamah Zulfa Hiz mengharapkan penanaman nilai nilai kebangsaan dalam program Empat Pilar MPR tidak hanya sekadar jargon Empat Pilar MPR tidak hanya sekadar hafalan tetapi benar benar diwujudkan dalam ...
Videografis Persiapan Pemerintah Jika Pandemi Di Indonesia Berubah Menjadi Endemi

Videografis Persiapan Pemerintah Jika Pandemi Di Indonesia Berubah Menjadi Endemi

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 173 hits
Pemerintah pun telah mempersiapkan diri jika Virus Corona akan menjadi penyakit endemi
Hiburan Elyana Menjadi Asbab Kekuatan Buat Ramai Rakyat Malaysia Ebit Lew

Hiburan Elyana Menjadi Asbab Kekuatan Buat Ramai Rakyat Malaysia Ebit Lew

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 247 hits
Pendakwah bebas dan dermawan terkenal Ebit Lew mengakui berasa sebak apabila membuat kunjungan ke rumah penyanyi Elyana yang kini diduga dengan penyakit kanser limfoma ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenerusi hantaran di Instagram Ebit memua...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya