Bagaimana Mengenali Jika Suami Anda Disihir


Saya banyak menerima panggilan telefon dari para isteri. Mereka meluahkan kepada saya masalah suami mereka telah disihir oleh sekian-sekian orang.
Disihir oleh madu lah.
Disihir oleh mak mertua lah.
Disihir oleh rakan sekerja lah.
Bila saya tanya, macam mana tahu?
Jawapnya ada seorang ustaz bagitahu.
Betulkah ada orang boleh tahu siapa yang menyihir anda?
InshaaAllah, saya akan jelaskan lebih lanjut dalam artikel ini. Dan artikel ini saya tulis khusus untuk para isteri diluar sana.
Semoga dapat jadi panduan untuk bezakan samada suami anda disihir atau tidak.
Dan langkah-langkah awal yang patut anda lakukan.
Kalau terlambat, susah nak dirawat.
Apakah Sihir Pemisah? Sebelum kita pergi lebih jauh, saya rasa elok kita tahu dulu apa yang dikatakan sihir pemisah.
Ia adalah sejenis sihir pemisah suami isteri.
Hanya kepada suami isteri sahajakah?
Jawapannya tidak!
Sihir pemisah ini tujuannya adalah untuk memisahkan.
Untuk memutuskan sesuatu hubungan.
Tetapi ia lebih ditujukan kepada pasangan suami dan isteri.
Mengapa sihir ini lebih ditujukan kepada suami dan isteri?
Kerana perhubungan suami isteri yakni melalui proses perkahwinan adalah satu perhubungan yang sangat dibenci Iblis.
Perkahwinan telah menutup pintu-pintu syahwat.
Sedangkan pintu-pintu syahwat ianya strategi berkesan Iblis untuk menjauhkan manusia dari Tuhannya.
Bermula dengan pintu-pintu syahwat ini akhirnya manusia melakukan zina.
Dan zina adalah dosa besar.
Sepertimana firman Allah di dalam surah Al-Isra ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”
Dalil Kewujudan Sihir Pemisah Sihir bukanlah amalan yang baru berlaku di zaman moden ini.
Menurut Al-Quran, amalan sihir sudahpun diamalkan sejak zaman Nabi Sulaiman lagi.
Bukan itu sahaja.
Allah telah khususkan lagi.
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 102, Allah ceritakan dengan panjang lebar tentang ilmu sihir yang dipelajari oleh Bani Israel.
Iaitu ilmu sihir yang dapat memisahkan antara suami dengan isterinya.
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya”
Bagaimana Sihir Boleh Berlaku? Sebagai seorang yang beriman, kita kenalah yakin bahawa semua yang berlaku, samada baik atau buruk adalah dengan keizinan dari Allah semata-mata.
Jika Allah tak izin, tak berlaku.
Jadi maksudnya, sihir ini pun berlaku dengan izin Allah juga?
Ya, sihir juga berlaku dengan sebab izin dari Allah.
Tapi bukan bermaksud Allah redha.
Pernah dengar “istidraj”?
Istidraj bermaksud kesenangan dan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang jauh dari Allah.
Tetapi kesenangan dan nikmat itu sebenarnya azab bagi orang tersebut.
Firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 178:
“Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak)”
Ok.
Setakat ini anda sudah faham yang sihir berlaku dengan izin Allah semata.
Dan anda juga dah faham mengapa Allah izinkan berlaku.
Dan perkara kedua yang anda kena faham ialah apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini pasti ada penyebabnya.
Sihir berlaku disebabkan adanya jin yang dihantar oleh tukang sihir.
Jin ini akan masuk ke dalam tubuh mangsa.
Dan menyakiti mangsa seperti yang dikehendaki oleh tukang sihir.
Sebab itu, apabila seseorang itu disihir, mesti akan ada gejala-gejala yang berlaku kepada dirinya. Apakah gejala-gejala itu.
Saya akan sambung dalam topik seterusnya.
Tanda-Tanda Terkena Sihir Seperti yang saya jelaskan dalam topik sebelum ini. Berlakunya sihir disebabkan jin telah masuk ke dalam badan. Sebab jin inilah yang akan menjalankan tugas menyihir mangsa.
Untuk mengenalpasti seseorang yang disihir, anda perlu melihat kepada 2 jenis gejala, iaitu:
gejala umum gejala khusus Apakah yang dimaksudkan dengan gejala umum?
Maksudnya ialah gejala yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang ada jin di dalam badannya.
Tak kisahlah samada sihir, saka ataupun gangguan jin yang lain.
Untuk mengetahui secara terperinci gejala-gejala umum ini, saya galakkan anda baca terlebih dahulu artikel saya bertajuk “Bagaimana Cara Nak Tahu Sihir Telah Tiada“.
Gejala khusus pula ialah gejala yang akan berlaku bergantung kepada apakah sihir yang dihantar kepada mangsa.
Contohnya sihir pemisah.
Gejala khusus sihir pemisah ialah:
tak boleh tengok muka pasangan. rasa gelisah dan tak selesa apabila bersama pasangan. terasa rindu apabila berjauhan dengan pasangan. hilang keinginan untuk melakukan persetubuhan. Jadi apabila seseorang itu ada kedua-dua jenis gejala di atas, maksudnya orang itu telah disihir.
Saya ada tulis satu artikel tentang jenis-jenis sihir dan bagaimana mengenalinya. Saya galakkan untuk anda baca artikel tersebut selepas anda membaca artikel ini.
Supaya anda kenal gejala-gejala sihir.
Apakah Tanda Suami Anda Disihir? Ini adalah topik paling penting dari keseluruhan artikel yang saya tulis.
Bagaimana nak tahu kalau suami anda telah disihir?
Untuk nak pastikan, anda kena lalui 2 proses.
Proses mengesan. Proses memastikan. Dalam proses pertama, iaitu mengesan. Anda kena mengesan apakah pada diri suami anda ada atau tidak 2 jenis gejala yang saya dah sebutkan di atas.
Iaitu gejala umum dan khusus.
Kedua-dua jenis gejala ini dah saya terangkan di atas.
Dalam proses mengesan ini, anda kena ambil tindakan cepat.
Sebelum suami anda jadi lebih teruk hingga keluar dari rumah. Bila dah tahap suami meninggalkan rumah, agak susah untuk anda lakukan kedua-dua proses di atas.
Selesai anda lakukan proses pertama iaitu mengesan, dan jika ternyata suami anda ada kedua-dua gejala tersebut, jadi anda kena lakukan proses yang kedua iaitu memastikan.
Memastikan apakah memang betul suami anda telah terkena sihir pemisah.
Sebab apa?
Sebab walaupun suami anda dah ada gejala-gejala, belum tentu lagi ianya komfem disebabkan oleh sihir.
Boleh jadi disebabkan faktor-faktor lain.
Jadi bagaimana nak pastikan?
Kita terus kepada subtopik berikutnya.
Bagaimana Merawat Suami Yang Terkena Sihir Pemisah? Anda dah kesan gejala-gejala sihir pada suami anda. Dan memang suami anda mengalami gejala-gejala sihir tersebut.
Sekarang adalah proses untuk anda memastikannya.
Saya kongsikan di bawah.
Cara mudah yang anda boleh lakukan sendiri.
Caranya: Jampikan pada air kosong (sebaiknya air zam-zam) dengan ayat-ayat di bawah:
Surah Al-Fatihah 1 kali Ayat kursi 3 kali 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah 1 kali Surah Al-Ikhlas 1 kali Surah Al-Falaq 1 kali Surah An-Nas 1 kali Jika anda mahu menjampi dengan bacaan ayat ruqyah yang lengkap (sangat digalakkan), anda boleh download senarai ayat-ayat ruqyah.
Buka dulu tudung botol sebelum baca.
Pastikan anda dekatkan mulut pada bahagian atas botol. Supaya ayat yang anda baca terus masuk ke dalam air.
Selepas anda baca ayat-ayat di atas, ludahlah sedikit ke dalam air tersebut dan berikan pada suami untuk diminum. InshaaAllah jika benarlah suami anda disihir, dengan izin Allah dia akan muntah ketika itu juga.
Jika suami anda muntah, saya sarankan bawalah suami ke mana-mana pusat rawatan Islam yang berdekatan untuk dirawat dengan kaedah ruqyah syariyyah.
Kesimpulan Sihir boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Termasuk anda. Disebabkan sihir ini adalah perbuatan yang melibatkan jin, ianya sangat susah untuk dikesan.
Sebab itulah jalan terbaik ialah anda mestilah sentiasa persiapkan diri dengan melakukan amalan-amalan pendinding dari gangguan jin dan sihir.
Seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Semoga perkongsikan saya di dalam artikel ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda, inshaaAllah.

Anda Dapat Sesuatu? Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://perawatislam.com/sihir/bagaimana-mengenali-jika-suami-anda-disihir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati

Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 666 hits
Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman MatiKematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati
Curhat Kok Sama Suami Orang

Curhat Kok Sama Suami Orang

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 221 hits
Setiap manusia pasti memiliki masalah Tetapi masalah itu akan terasa ringan jika kita bisa membaginya dengan orang lain Terutama kepada orang orang terdekat kita Nah alangkah lebih baik jika curhat itu diutarakan kepada orangtua yang memang...
Kes Zara Saya Tidak Sangka Selama Ini Anak Saya Dijaga Suami Pengasuh Bukan Wanita Itu Sendiri

Kes Zara Saya Tidak Sangka Selama Ini Anak Saya Dijaga Suami Pengasuh Bukan Wanita Itu Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1013 hits
Kes Zara Saya Tidak Sangka Selama Ini Anak Saya Dijaga Suami Pengasuh Bukan Wanita Itu Sendiri Kes Zara Saya Tidak Sangka Selama Ini Anak Saya Dijaga Suami Pengasuh Bukan Wanita Itu Sendiri
Zara Menangis Setiap Kali Lihat Lelaki Itu Ibu Tak Sangka Anak Yang Maut Didera Sebenarnya Dijaga Suami Pengasuh

Zara Menangis Setiap Kali Lihat Lelaki Itu Ibu Tak Sangka Anak Yang Maut Didera Sebenarnya Dijaga Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 485 hits
Tidak dapat dibayangkan kesedihan hati seorang ibu apabila anak yang ditatang dan dijaga maut didera tanpa perikemanusian Pemergian bayi bernama Nur Muarzara Ulfa 11 bulan akibat penderaan fizikal dan seksual akhirnya membongkar perkara yan...
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 399 hits
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim 40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim
Suami Sembelih Isteri Selepas Tolak Ajakan Seks

Suami Sembelih Isteri Selepas Tolak Ajakan Seks

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1157 hits
Mahligai perkahwinan yang dibina selama 40 tahun bagi pasangan di Dusun Lerang Desa Abbumpungeng Kecamatan Cina Bone Sulawesi Selatan ini berakhir dengan tragis Gambar hiasan Seorang suami berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya berum...
Kes Zara Bayaran Rm550 Sebulan Tapi Rupanya Anak Dijaga Suami Pengasuh

Kes Zara Bayaran Rm550 Sebulan Tapi Rupanya Anak Dijaga Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 700 hits
Please follow and like us 0 KUALA LUMPUR Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh bukan wanita itu sendiri kata Noraihan Ab Aziz 22 ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh
Quot Nanti One Day Mommy Bawa Tengok Daddy Main Bola Quot Rita Rudaini Nafi Berdendam Dengan Bekas Suami

Quot Nanti One Day Mommy Bawa Tengok Daddy Main Bola Quot Rita Rudaini Nafi Berdendam Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 561 hits
Hiburan Pelakon terkenal Rita Rudaini menjelaskan dia tidak berdendam dengan bekas suami Aidil Zafuan Abdul Razak seperti yang didakwa oleh segelintir pihak Perkara itu dikongsi Rita menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya Macam m...
Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana

Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 923 hits
Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami DurjanaNak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman