Bagaimana Mencintai Nabi Muhammad S A W Jika Tidak Mengenalinya


Keturunan baginda yang mulia adalah daripada Nabi Ibrahim dari jalur anaknya Nabi Ismail A.s. Ketika telaga Zam Zam mengeluarkan airnya semasa Nabi Ismail dan ibunya ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di Mekah, Kabilah Jurhum yang hidup secara berpindah-randah mula membina penempatan kekal di kawasan berkenaan. Setelah dewasa, Nabi Ismail telah berkahwin dengan anak Mudad bin Amru iaitu seorang pembesar kabilah tersebut. Hasil perkahwinan ini, baginda mendapat 12 orang anak dan telah menetap di kawasan Mekah. Salah seorangnya ialah Qaydar yang mendapat anak bernama Adnan.
Maka, daripada ini orang Arab menisbahkan keturunan mereka dan digelar dengan gelaran Arab Adnan kerana bagi mereka, keturunan ini merupakan keturunan arab paling awal mendiami Mekah. Kemudian lahirlah Maad dan anaknya Nizar. Nizar mempunyai 4 orang anak iaitu Iyad, Anmar, Rabiah dan Mudar. Masing-masing mempunyai anak-anak yang ramai dan mencambahkan keturunan. Ilyas lahir daripada keturunan Mudar dan mendapat anak bernama Mudrakah manakala Mudrakah mendapat cucu bernama Kinanah hasil daripada anaknya Khuzaiymah. Bertitik tolak daripada sinilah lahirnya keturunan Quraisy. “Baginda bersabda: sesungguhnya Allah telah memilih daripada Ibrahim anaknya Ismail dan daripada keturunan Ismail akan Kinanah. Dan daripada keturunan Kinanah, Allah memilih Quraisy dan daripada anak-pinak Quraisy, bani Hasyim terpilih dan aku dipilih daripada anak-pinak Hasyim.” (HR Muslim).
Sejarawan Islam mempunyai perbezaan pada tarikh kelahiran baginda iaitu 9, 10,11 dan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (570/571 M). Namun, pendapat yang popular seperti al-Mubarakfuri menyatakan bahawa baginda lahir pada 12 Rabiul Awal di rumah datuknya Abdul Mutallib. Para sejarawan tidak bercanggah pendapat bagi hari baginda dilahirkan kerana baginda telah bersabda ketika ditanya tentang puasa baginda pada hari Isnin, maka baginda menjawab bahawa itulah hari kelahiranku. (HR Muslim). Pagi itu lahirlah kekasih-Nya disambut oleh datuk baginda dan dibawa tawaf di Kaabah dan memilih nama Muhammad baginya. Nama penuh baginda ialah Muhammad b. Abdullah b. Abd. Mutallib b. Hasyim b. Abd Manaf b. Qusai b. Kilab b. Mara b. Kaab b. Lu’ai b. Qhalib b. Fihr b. Malik b. Nadr b. Kinanah b. Khuzaymah b. Mudrakah b. Ilyas b. Mudar b. Nizar b. Maad b. Adnan b. Qaydar b. Ismail b. Ibrahim. Nabi Allah Ibrahim merupakan datuk ke-23 kepada Nabi Muhammad S.a.w.
Allah telah menjaga baginda dari keturunannya iaitu dengan nasab yang baik serta terhormat manakala menjaga baginda sejak kelahiran daripada perkara yang syirik dan berupa maksiat. Allah telah menjaga baginda sejak lahir dari sudut zahirriyyah dengan mengelakkan baginda daripada menyembah berhala seperti kaum Quraisy yang lainnya. Ketika meningkat dewasa, baginda dijaga oleh-Nya daripada terlibat daripada kemaksiatan yang berleluasa terutamanya perzinaan. Penjagaan hati juga dilaksanakan apabila baginda telah dibedah oleh 2 malaikat ketika dalam jagaan Halimah as-Saadiah dan dibasuh hatinya dengan air Zam Zam. Baginda juga lebih suka menyendiri untuk berkhalwat (menyendiri) dalam Gua Hira’ daripada menyibukkan diri dengan urusan Kaum Quraisy yang terpesong sehinggalah wahyu pertama diturunkan kepada baginda.
Kehidupan baginda sejak kecil adalah kehidupan yang teruji demi meneguhkan kekuatan jiwa baginda. Ayahnya meninggal ketika baginda di dalam perut ibunya Siti Aminah manakala Siti Aminah meninggal ketika baginda berusia 6 tahun. Maka dijaga akan baginda oleh datuknya Abdul Mutallib selama 2 tahun. Ketika baginda berusia 8 tahun, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib setelah datuknya pula meninggal dunia. Baginda bekerja sebagai penggembala kambing dan pernah mengikuti bapa saudaranya berdagang di Syam. Ketika baginda menginjak dewasa, baginda telah mendagangkan barang dagangan seorang wanita bangsawan Quraisy iaitu Siti Khadijah. Beliau tertarik dengan baginda lalu memutuskan untuk berkahwin ketika beliau berusia 40 tahun manakala baginda berusia 25 tahun. Baginda telah diberi gelaran ‘al-amin’ iaitu yang dipercayai kerana tidak pernah berbohong.
Sebagai Umat Islam, adalah menjadi keperluan untuk kita mengetahui sirah baginda sebelum dan selepas kenabiannya. Mencintai baginda tidak boleh terakar pada pohon mengetahui sirahnya akan tetapi berusaha untuk menghidupkan amalan serta sunnahnya. Jelas bahawa keturunan dan kehidupan baginda sejak kecil adalah terpelihara. Ketabahan dan kesabaran baginda ketika diuji dengan kematian orang yang tersayang harus dijadikan ‘uswah’ masyarakat kini. Usahlah meratapi pemergian orang tersayang kerana begitulah lumrah kehidupan bahkan baginda mengalami ujian yang lebih besar dengan kematian bapa, ibu dan datuknya dalam masa 10 tahun sekaligus. Pemergian yang tersayang adalah dugaan yang besar, namun meratapi bukanlah suatu tindakan bijak kerana doa kepada mereka adalah lebih bermakna.
Kesungguhan baginda serta kejujurannya adalah sangat terkenal dalam menguruskan hal dagangan barang milik Siti Khadijah. Amanah dan jujur sehingga digelar ‘al-amin’ seharusnya membuka mata masyarakat kita. Berusahalah atas jalan yang halal untuk mencari rezeki namun jujurlah dalam memegang amanah. Tatkala mencecah usia 40 tahun, bermulalah episod wahyu kepada baginda dimulakan dengan wahyu “iqra” di Gua Hira. Selama hampir 23 tahun baginda mendapat wahyu dan menyebarkannya sehingga menghancurkan kefahaman dan amalan yang terpesong. Kitalah yang menikmati nikmat Islam, Iman dan Ihsan hasil daripada kesusahan baginda memperjuangkan agama. Apakah kita tidak mahu mencintai, mengikutinya dan mengangkat baginda sebagai ‘uswah’ dan idola? Tanpa baginda, apakah kita akan mengenal Tuhan alam semesta atau sejauhmana kesesatan dan penyimpangan kita sekiranya baginda tidak bersusah memperjuang agama suci ini? Masih egokah diri ini?!
A.R. Kasa
Pelajar Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya
Gambar: NU Online
The post Bagaimana Mencintai Nabi Muhammad S.A.W Jika Tidak Mengenalinya? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/bagaimana-mencintai-nabi-muhammad-s-a-w/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Corona Masuk Indonesia Amalkan Doa Dari Nabi Muhammad Ini

Corona Masuk Indonesia Amalkan Doa Dari Nabi Muhammad Ini

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 294 hits
Pemerintah secara resmi mengumumkan bahwa virus Corona yang berasal dari Wuhan China telah masuk Indonesia dan sudah mulai banyak memakan korban Sebagai umat Islam selain berusaha menghindari dan mencega penularannya kita juga dianjurkan un...
Alwi Assegaf Keturunan Ke 40 Nabi Muhammad Saw Ini Faktanya

Alwi Assegaf Keturunan Ke 40 Nabi Muhammad Saw Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 3499 hits
Siapa sangka bila artis Alwi Assegaf memiliki garis keturunan langsung dengan Nabi Muhammad SAW Ia merupakan keturunan yang ke 40
Ustaz Amin Selawat Asmaun Nabi Muhammad Saw

Ustaz Amin Selawat Asmaun Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 845 hits
Imam al Jazuli al Hasani dalam kitabnya Dalailul Khairat wa Syawariqul Anwar menyebut ada 201 nama baginda Nabi Muhammad SAW Berikut ini adalah 201 nama baginda Nabi Muhammad SAW yang tercantum dalam Kitab Dalailul Khairat karangan Imam al ...
Kisah Wanita Buat Master Perlekeh Nabi Muhammad Belajar Kat Mana Ustaz Kazim Elias

Kisah Wanita Buat Master Perlekeh Nabi Muhammad Belajar Kat Mana Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 480 hits
Kisah Wanita Buat Master Perlekeh Nabi Muhammad Belajar Kat Mana Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
4 Februari 2020 Raikan Birthday Muhammad Umar Dengan Anniversary Tokbah Dan Omma

4 Februari 2020 Raikan Birthday Muhammad Umar Dengan Anniversary Tokbah Dan Omma

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 899 hits
4 FEBRUARI 2020 RAIKAN BIRTHDAY MUHAMMAD UMAR DENGAN ANNIVERSARY TOKBAH DAN OMMA Amboiii lama kemain baru nak update Haaa dia bila saka menaip dah muncul dia mulalah nak cerita macam macam 4 Februari Ini tarikh anniversary perkahwinan Abah ...
Tasha Shilla Kini Milik Muhammad Atiq

Tasha Shilla Kini Milik Muhammad Atiq

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 525 hits
PELAKON Tasha Shilla 33 sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan Muhammad Atiq Idris 33 dengan sekali lafaz tepat jam 9 59 pagi hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pasangan ini dinikahkan bapa Ta...
Cuma Pemerintah Sebelum Ini Cuba Menutup Kebenaran Kes Muhammad Adib

Cuma Pemerintah Sebelum Ini Cuba Menutup Kebenaran Kes Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 362 hits
Gambar fail Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Foto Google ImageHarapan baharu bela kematian AdibALOR SETAR Pelantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara ...
Pangeran Muhammad Bin Salman Tangkap Paman Sepupu Atas Tuduhan Perencanaan Kudeta

Pangeran Muhammad Bin Salman Tangkap Paman Sepupu Atas Tuduhan Perencanaan Kudeta

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 141 hits
Pihak berwenang Arab Saudi menangkap tiga pangeran termasuk saudara dan keponakan Raja Salman atas tuduhan merencanakan kudeta
Solusi Buat Kalian Belum Mendapat Jodoh Habib Novel Bin Muhammad Al Aydrus

Solusi Buat Kalian Belum Mendapat Jodoh Habib Novel Bin Muhammad Al Aydrus

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 402 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua Harap anda semua baik baik bersama sama ahli keluarga ya Naim harap anda semua jaga kesihatan ya dan banyakkan minum air kosong banyak banyak kerna sekarang musim kemarau masih berlaku Jan...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik