Slow Traveler Perjalanan Lambat Sebagai Sau Cara Mengembara



M ungkin anda seorang pengembara dalam kategori pengembara lambat atau slow traveler. Apakah pengembara lambat atau slow traveler? 
Sekiranya anda pernah mengalami keletihan perjalanan atau pulang dari perjalanan yang benar-benar meletihkan, anda mungkin tidak melakukan perjalanan yang cukup perlahan.
Pengembara lambat ini ialah mereka yang suka mengembara berlambat-lambat, berlama-lama, mengembara dengan penuh perhatian dan tanpa perlu tergesa-gesa. Ini disengajakan - membolehkan mereka mengetahui lebih mendalam perkara yang paling penting bagi mereka semasa mengembara. 
Perjalanan yang perlahan sangat ideal bagi mereka yang sukakan kesederhanaan dan jadual yang seimbang. Dengan menjadi slow traveler anda bebas daripada tekanan 'nak tengok semuanya' dan menghilangkan tekanan untuk bergegas-gegas. Anda sebenarnya dapat berehat sedikit dan menikmati perjalanan anda. Terdapat peluang yang lebih baik untuk bertemu dengan penduduk tempatan, melihat pemandangan yang di luar kawasan pelancongan tradisional dan menghargai cara hidup masyarakat tempatan dengan perspektif yang berbeza. 
Saya pernah menginap di log cabin dalam kawasan camp ground di Boston yang memberi peluang kepada saya untuk memahami  traveling culture masyarakat Amerika..
Saya pernah menjadi slow traveler yang mana saya menghabiskan masa selama dua minggu hingga berbulan-bulan hanya di satu tempat. Di tempat ini, saya hanya bertumpu pada satu pekan atau satu kampung dengan tinggal di rumah penduduk tempatan, menginap di youth hostel, backpacker’s hostel atau di camp ground.
Saya pernah jadi slow traveler di Jakarta dan Medan Indonesia. Di sini saya menginap di rumah penduduk tempatan. Masa banyak dihabiskan bersama penduduk tempatan, menghadiri majlis perkahwinan, menyertai perayaan tempatan, melakukan kerja-kerja sukarela, menerima undangan makan, mengunjungi universiti, menghadiri seminar dan melawat tempat-tempat bedekatan yang tidak termasuk dalam senarai lawatan pelancong.
Semasa di Medan, pengangkutan yang saya gunakan adalah beca dan feri. Walaupun menaiki kapal terbang dari Pulau Pinang ke Medan lebih menjimatkan masa iatu cuma 45 minit, saya memilih menaiki feri yang memakan masa 5 jam.
Berpeluang membuat aktiviti sukarela bersama anak-anak yatim di Acheh, Indonesia

Saya pernah menjadi slow traveler semasa saya berada di China, yang mana saya menyewa rumah di Beijing selama 9 bulan. Banyak yang saya dapat lakukan dan alami seperti menghadiri majlis makan, menghadiri festival, menonton persembahan, menghadiri kuliah di universiti, solat terawih di masjid, menyambut hari raya, membeli-belah di pasar basah, menunggang basikal, menaiki bas mini, beng-beng, keretapi, bergaul dengan penduduk tempatan dan menikmati keempat-empat musim di China. Pengalaman berharga ini pernah saya kongsikan dengan anda di blog ini. Baca kisahnya di SINI.

Beng-beng ialah pengangkutan yang sering saya gunakan di China

Saya juga pernah menjadi slow traveler semasa mengembara di Kanada pada tahun 1990an yang mana saya mengembara dengan memandu sendiri. 
Begitu juga saya pernah menginap di sebuah rumah penduduk tempatan ketika saya ke Pulau Victoria, Kanada. Saya hanya berada di pulau itu selama seminggu. Perjalanan ini pernah saya ceritakan di dalam blog ini. Baca kisahnya di SINI.

Boleh dikatakan tidak banyak negara yang telah saya lawati tetapi pengalaman saya menyelam bersama masyarakat tempatannya boleh dikatakan sangat lumayan. Ini memberi keseronokan dan membuka minda saya. 

Tinggal bersama orang asli di Tasik Banding dan bermain catur dengan mereka 

Perjalanan yang perlahan mendorong kebebasan dan menghargai pengalaman luar biasa berbanding pelancongan yang banyak dikomersialkan. Apabila kita dapat menyelam di dalam budaya tempatan kita mengumpulkan pengalaman yang bermakna dan kaya seolah-olah itu adalah harta berharga. Ia lebih kepada perjalanan peribadi.
Itulah sebabnya sangat penting untuk tidak hanya melihat sahaja, tetapi untuk menemui, menjelajah, memahami dan tenggelam di dalam budaya dan kehidupan masyarakat yang dilawati.
Jadi, adakah anda pentingkan bilangan berapa banyak negara yang anda sudah pergi tetapi hanya melihat penduduk tempatannya dari jendela bas pelancongan ATAU anda pentingkan pengalaman yang anda habisi menyelam dan berendam dengan budaya penduduk tempatan yang hanya berada di sebuah kampung/pekan sahaja?
Jika anda mahukan pengalaman perjalanan perlahan maka anda harus memikirkan bahawa kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Jangan berlumba untuk menyelesaikan semuanya dalam masa yang singkat, dan tidaklah mengapa kalau anda menempah perjalanan lain pada masa akan datang jika anda benar-benar menyukainya! 
Jadi pernahkah anda menjadi slow traveler? Jika pernah, di mana, bagaimana dan berapa lama?
 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nota-kembara.blogspot.com/2020/12/slow-traveler-perjalanan-lambat-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula Sebagai Pendidik Kini Menteri Besar Ini Kisah Ringkas Perjalanan Hidup Saarani Mohamad

Bermula Sebagai Pendidik Kini Menteri Besar Ini Kisah Ringkas Perjalanan Hidup Saarani Mohamad

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 457 hits
518 total views 417 views today IPOH Teka teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Perak ke 14 setelah jawatan itu kosong sejak Sabtu lalu terjawab hari ini apabila Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada...
5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia

5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 390 hits
5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia Bercakap sahaja mengenai aktiviti membeli belah aku lebih senang kalau diberi pilihan membuat online shopping Bagi aku yang punya 3 anak kecil agak sukar untuk membeli belah dengan aman...
Infografis Cara Orangtua Membiasakan Anak Menggunakan Masker

Infografis Cara Orangtua Membiasakan Anak Menggunakan Masker

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 203 hits
Terdapat cara yang bisa dilakukan oleh orangtua untuk membuat anak menjadi nyaman menggunakan masker
Begini Cara Untuk Dapatkan 100 000 Free Backlink Percuma Gratis Terkini Seluruh Dunia

Begini Cara Untuk Dapatkan 100 000 Free Backlink Percuma Gratis Terkini Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 313 hits
100 000 Free Backlink Percuma Dan Gratis Sangat Penting Untuk SEO Pautan sehala adalah teras pengoptimuman enjin carian Tanpa pautan balik laman Internet anda tidak lagi akan mendapat kedudukan Klik Tajuk Untuk Pembacaan Selanjutnya
Sentiasa Baik Dengan Mentua Mawar Rashid Kongsi Cara Dia Tak Pernah Gaduh Dan Sentiasa Disayangi Keluarga Belah Suami

Sentiasa Baik Dengan Mentua Mawar Rashid Kongsi Cara Dia Tak Pernah Gaduh Dan Sentiasa Disayangi Keluarga Belah Suami

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 392 hits
loading Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda namun pelakon Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya
Cara Renew Domain Blog Di Netkl Siinurul Com

Cara Renew Domain Blog Di Netkl Siinurul Com

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 620 hits
AssalamualaikumBismillahAlhamdulillah tak sangka rupanya dah masuk setahun aku menggunakan domain Biasanya dalam tempoh sebelum domain korang expired korang akan terima email daripada pihak NetKL So tanpa buang masa jom kita lihat tutorial ...
Cara Mendidik Anak Lelaki Anak Perempuan

Cara Mendidik Anak Lelaki Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 404 hits
Perbezaan anak lelaki dan anak perempuan Pernah baca buku motivasi Man Are from Mars Woman Are From Venus Dalam buku tersebut menceritakan perbezaan antara lelaki dan perempuan Yes memang lelaki dan perempuan berbeza Begitu juga apabila mem...
Tips Mudah Cara Membersihkan Kaca Gedung

Tips Mudah Cara Membersihkan Kaca Gedung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 320 hits
Jendela merupakan salah satu elemen penting bagi sebuah bangunan gedung Meski letaknya kadang tersembunyi oleh gorden namun kebersihannya mesti diperhatikan dengan seksama Sebab kaca jendela gedung itu sangat mudah sekali kotor Jika sudah k...
Cara Langgan Netflix Guna Gift Card Tak Payah Guna Debit Credit Card Dah Lepas Nih

Cara Langgan Netflix Guna Gift Card Tak Payah Guna Debit Credit Card Dah Lepas Nih

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 957 hits
Cara Langgan Netflix Guna Gift Card Tak payah guna Debit Credit Card dah Lepas Nih Macam mana nak langgan Netflix tanpa guna Kad Kredit Jangan risau sebab korang boleh langgan Netflix guna Gift Card Ada yang tanya saya Ada tak cara lain nak...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf