Bagaimana Cara Bersyukur


sumber: google
hari jumaat yang mulia ni, aku nak tulis tulis berkenaan bagaimana cara bersyukur. aku tak tahu bagaimana orang alim mengajar. tapi ini adalah bagaimana cara aku. dulu waku kecil, tak pasti dalam kadar umur yang berapa. aku ambil satu album yang emak aku nyorokkan bawah tilam. aku tak tahu kenapa album tu disorok (mungkin takut aku kecil hati). aku ambil dan baca sampai mukasurat terakhir

Menangis 'Baca' Albumsumber: google
aku tak tahu apa puncanya, tapi sedu sedan aku menangis. emak aku masuk bilik tanya 'kenapa nangis?'. aku sekadar geleng kepala. album tu adalah album kenangan tahun 1995/96 (waktu aku masih bayi). siapa yang pernah jumpa aku depan depan tahu lah. aku punya keadaan lelangit berlubang dan bibir terbelah kiri kanan yang mana dalam bahasa doktor nya disebut cleft lip and palate. 
sedih tengok album tu sebab tengok keadaan diri sendiri. nasib emak bapak tak pernah buang aku, walaupun ulang alik hospital untuk menjalani pembedahan melebihi dua kali (yang terakhir 2016/2015). huhu. 
Sampai aku sekolah, adalah zaman dimana ke 'gagal' - an untuk aku. kiri kanan depan belakang manusia yang namanya lelaki memang hanat. 24 nak ejek aku. kadang - kadang nangis, kadang - kadang hati kentang, kadang - kadang hati tisu, kadang - kadang kuat. aku tak pernah rasa keberadaban sekolah yang sempurna. selalu rasa tak nak pergi sekolah. kawan kelas pun bukan semuanya hati baik. jenis kalau nak jadi kawan kena sama tara (pandai atau cantik)

sumber: google
tapi tuhan adil, dia datangkan sosok cikgu yang support apa aku buat dan kawan yang sudi dekat. jadi aku suka ke sekolah walaupun menghadapi 'gagal'. aku masuk U (uitm sekadar satu sem),  alhamdulillah tak ada yang ejek. aku positif yang dekat universiti semua orang ada pemikiran yang matang dan bukan lagi budak sekolah. 
lepastu sambung ke kolej komuniti. kelas kelas bengkel (lelaki) masih wujud yang hanat. sendiri gemok, sendiri ejek orang. aku rasa macam, WTF! dasar tak pernah sedar diri. hahahha. 
waktu waktu membesar ni (sekolah menengah sampai penghujung 20) aku selalu rasa down. aku selalu tanya tuhan, kenapa hidup aku tertakdir macam ni. aku banyak hilang manusia baru sebab keadaan aku yang kurang cukup. kadang kadang aku terfikir, dari rasa sepi baik mati. tak perlu menghadap dunia yang tak 'nampak' aku. 
aku selalu rasa aku ni halimunan. duduk berdua dengan kawan. tapi orang ketiga berbual dengan sosok kawan je, aku kat sebelah melongo takde orang berbual. kalau aku masuk perbualan diorang, orang ketiga sekadar 'oh yeke' kan aku je. lepastu sambung sembang dengan kawan. serius rasa tahap jatuh tu nak duduk dalam almari dan terbaring

sampai aku fikir, hidup aku ni tak ada yang indah sebab keadaan diri aku tetap akan macam ni kurang. sebab dunia mengejar rupa harta dan kerjaya. sekalipun kau ada kerjaya tapi rupa tak ada, orang dekat dengan kau pun akan jadi sebagai 'tujuan'. bukan datang ikhlas hati pun. 
Bangun Balik Untuk Rasa Berjaya dan Tinggisumber: google
tertakdir jalan aku, tuhan wujudkan orang orang hebat dalam hidup aku. siapa orang hebat? orang yang pernah kenal aku dan masih kekal ada untuk aku walau tahu keadaan aku yang kurang. terima kasih kalau anda baca dan anda tahu siapa diri anda untuk aku. 
kalau dulu orang bukan pandang aku sebelah mata, tapi tak pernah pandang dan nampak aku. sekarang, aku perlahan perlahan nak tunjuk aku dekat dunia. aku meng 'idola' kan orang orang 'gagal' dalam hidup seperti orang yang pernah terkena simbahan asid, terbakar 80%, kecelakaan itu, kecelakaan ini dan masih punya peluang hidup terus terus naik tangga untuk terus berjaya. aku cuba nak jadi macam diorang. walaupun diorang bukan lagi macam dulu, tapi diorang hidup macam orang biasa. aku pun boleh kan? 
jadi bagaimana cara aku belajar bersyukur? mensyukuri dengan keadaan aku yang jauh lebih baik dari orang lain yang lebih kurang dari aku. dan dengan itu aku akan selalu rasa tuhan sebenarnya bagi aku serba cukup, cuma aku yang buta dalam membuat penilaian sebab asyik fikir mulut mulut manusia. sekarang aku dah tak pertikaikan apa - apa. 
ni kira ujian dunia untuk aku. jadi, dikira aku lulus walaupun masa akan datang tak tahu apa jadi. aku masih sedang hidup menjalani kehidupan yang tuhan dah bentuk untuk aku. aku masih menjadi diri sendiri dan rasa selesa dengan keadaan aku yang macamni. aku masih belum rasa putus asa, untuk buka mata orang orang yang tak pernah buka mata untuk aku. 
Terima Kasih Tuhanterima kasih untuk tuhan yang selalu meyakinkan aku bahawa ujian ini adalah ujian dimana aku boleh belajar cara menjadi kuat dan belajar makna hidup 'tak ada yang berjaya tanpa gagal'. terima kasih tuhan, meletakkan ujian ini dalam diri seorang aku untuk aku lebih kuat mental yang cepat rasa mahu mati. terima kasih tuhan untuk peluang hidup sehari - hari dengan bekal udara yang tak pernah putus untuk aku terus belajar. terima kasih juga tuhan, meletakkan orang orang hebat dalam susun atur hidup untuk buku takdir aku. terima kasih tuhan, memberi peluang merasa kurang untuk aku selalu mensyukuri nikmat yang selalu tak pernah rasa cukup. terima kasih tuhan, untuk kenangan kenangan pahit yang dikenang manis pada masa depan. terima kasih tuhan, untuk semuanya yang indah dalam diri aku



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2018/11/bagaimana-cara-bersyukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jerawat Penuh Di Muka Masa Hamil Jom Kecutkan Jerawat Cara Selamat

Jerawat Penuh Di Muka Masa Hamil Jom Kecutkan Jerawat Cara Selamat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 492 hits
Kebanyakan produk bagi masalah jerawat dipasaran boleh membahayakan ibu hamil dan bayi dalam kandungan Saya kongsikan cara untuk atasi masalah jerawat semasa hamil yang semulajadi dan selamat tapi berkesan
Cara Bei Pastikan Target 65 Perusahaan Ipo Tercapai Tahun Ini

Cara Bei Pastikan Target 65 Perusahaan Ipo Tercapai Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 202 hits
Otoritas Bursa Efek Indonesia optimistis target 65 perusahaan lakukan penawaran umum perdana saham atau initial public offering bisa tercapai hingga akhir tahun ini Sampai dengan hari ini sebanyak 51 perusahaan telah tercatat atau resmi mel...
Kulit Yang Cantik Bermula Dari Cara Mencuci Wajah

Kulit Yang Cantik Bermula Dari Cara Mencuci Wajah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 534 hits
Assalamualaikum Yeeehuuu Alhamdulillah Sekarang ni memang Ina tengah menggila Ehehehe Gila apa tuu Yang pasti bukanlah gila meroyan Of course laa gila dan taksub kepada beauty stuff Heeeehhhh Dah kata nak cantik kan Ahakss Nak dapatkan dan ...
Rahsia Dan Cara Untuk Bersabar

Rahsia Dan Cara Untuk Bersabar

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 354 hits
Bersabar dalam menghadapi masalah merupakan suatu senjata ampuh bagi manusia untuk mendapatkan kebaikan dan hikmah dari masalah yang dihadapi sembang pacak Rahsia ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja Cara untuk bersabar apabila menghadap...
Cara Mengawal Marah

Cara Mengawal Marah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 418 hits
Dari Abu Dzar RA ia berkata Rasulullah SAW bersabda kepada kami Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri hendakah ia duduk Jika rasa marahnya hilang jika tidak hendaklah ia berbaring Status Hadis SahihPengajaran 1 R...
Rahsia Cara Untuk Berjaya

Rahsia Cara Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 396 hits
Apabila ditanya untuk menggambarkan penyesalan penting dalam kehidupan ramai mereka yang berjaya lebih 8 daripada 10 orang memberi tumpuan kepada tindakan yang mereka tidak ambil Dalam erti kata lain mereka memberi tumpuan kepada perkara pe...
Rupanya Ada Beza Jenis Butter Yang Digunakan Untuk Baking Ini Cara Untuk Pilih

Rupanya Ada Beza Jenis Butter Yang Digunakan Untuk Baking Ini Cara Untuk Pilih

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 354 hits
Aku ni baru nak berjinak jinak dengan baking tapi selalu confuse nak beli butter yang macam mana Butter merupakan elemen terpenting di dalam proses baking Tetapi masih ramai dalam kalangan kita yang masih keliru dengan pemilihan butter ya
Cara Buat Kuih Nagasari Jagung Tanpa Perlu Kukus

Cara Buat Kuih Nagasari Jagung Tanpa Perlu Kukus

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 1693 hits
Kuih muih tradisional memang sedap dan jadi kegemaran ramai Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan Bagi peminat Kuih Nagasari ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Nan...
Cara Wanita Korea Menjaga Kecantikan Kulit

Cara Wanita Korea Menjaga Kecantikan Kulit

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 410 hits
Produk kecantikan Korea menguasai pasaran sejak 2016 Eksport produk penjagaan kulit Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty telah melebihi import di Korea Selatan Hari ini pasaran kecantikan Korea menduduki tempat di sepuluh teratas di se...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game