Bagaikan Sebuah Pekan Mati Hujung Minggu Di Cameron Highlands Sunyi Sepi


CAMERON HIGHLANDS, 11 April — Bagaikan melalui sebuah ‘pekan mati’, itulah ungkapan pertama terkeluar dari mulut penulis. Destinasi tumpuan ramai, Cameron Highlands ‘sepi’ berikutan semua premis perniagaan ditutup kepada orang ramai dalam usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19.
Seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, tinjauan Bernama ke lokasi peranginan tanah tinggi itu kelihatan sunyi dengan bilangan pelancong dan tidak berlaku kesesakan lalu lintas seperti kebiasaan khususnya pada hujung minggu.
Namun begitu, sebahagian penduduk tempatan, terutama yang bekerja sebagai pekebun – iaitu dalam kategori perkhidmatan penting negara dilihat menggunakan pacuan empat roda berulang-alik di atas jalan raya membawa produk pertanian untuk pengedaran demi memenuhi permintaan bekalan makanan negara.
‘Hilux sayur’ sememangnya sinonim di Cameron Highlands dan ia satu pemandangan yang biasa apabila kenderaan itu dipenuhi muatan berada di atas jalan raya di daerah ini.
Difahamkan meskipun ada perniagaan pengusaha di tanah tinggi itu merudum sehingga 50 peratus, namun pengeluaran sayur-sayuran yang menjadi industri penting beroperasi seperti sedia kala, cumanya mereka mengehadkan masa bekerja di ladang di samping pengusaha turut melakukan langkah keselamatan tertentu terhadap pekerja mereka.
Seorang pengusaha tanaman strawberi yang hanya mahu dikenali sebagai Yusof, 40-an berkata sepanjang tempoh PKP beliau terpaksa mencatu jadual masa pekerjanya bekerja sehingga tengah hari sahaja, demi menampung kos operasi perniagaannya berikutan produk jem tidak dapat dipasarkan ke pasaran secara meluas.
Seorang pemandu hilux membawa muatan sayur-sayuran yang dikenali sebagai Yong, 33, ketika ditemui berkata pengeluaran industri sayur-sayuran masih beroperasi seperti biasa dan mereka tidak ada masalah untuk membawa keluar produk pertanian kerana permintaan dan penawaran masih ada daripada pemborong.
Penulis berada di tanah tinggi peranginan atas satu tugasan rasmi, semalam. Lazimnya tidak sah sebelum pulang ke ibu kota pastinya akan dibelikan ‘ole-ole’ seperti produk teh, sayur, strawberi dan jagung mutiara.
Namun disebabkan PKP, usaha untuk mencari ‘barangan wajib’ untukn dibawa pulang selepas tugasan selesai berakhir dengan tangan kosong meskipun telah memerhati dan mengharapkan ada penjaja berniaga sepanjang dari Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Terla, Kampung Raja hinggalah ke Blue Valley sebelum turun pulang melalui jalan Simpang Pulai.
Cameron Highlands adalah destinasi pelancongan terkenal sebagai pusat penghasilan dan pengeluaran sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang utama di negara ini sejak pertanian mula diperkenalkan di daerah ini pada awal tahun 1930-an.
Secara keseluruhannya, Pahang adalah negeri terbesar pengeluar sayur-sayuran terutama kubis bulat yang ditanam di kawasan seluas 2,770 hektar, menghasilkan pengeluaran hampir 68,500 tan metrik dengan sumbangan terbesar dari Cameron Highlands sebanyak 68,400 tan metrik.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan anggaran kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 ialah RM3.37 billion akibat penularan wabak COVID-19.
Susulan itu, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangka pelan tindakan strategik bagi memperkasa industri pelancongan yang terjejas ekoran penularan wabak itu.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelan tindakan strategik itu adalah hasil perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan bagi memperhalusi pandangan dikemukakan penggiat industri pelancongan, khususnya berkaitan bantuan kepada industri itu.
Sejak Januari hingga Mac, industri pelancongan dianggar mengalami kerugian bernilai lebih RM9 bilion.

Kerajaan akan membantu pengusaha sayur-sayuran untuk eksport di Cameron Highland, Pahang dan Lojing, Gua Musang bagi mengatasi lambakan bekalan itu sehingga terpaksa dibuang akibat tidak dapat dipasarkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. pic.twitter.com/EAkKOFukEi
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 11, 2020

Sumber: Bernama
The post “Bagaikan Sebuah ‘Pekan Mati’,” Hujung Minggu Di Cameron Highlands Sunyi Sepi appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/bagaikan-sebuah-pekan-mati-hujung-minggu-di-cameron-highlands-sunyi-sepi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Potret Kota Singapura Pasca Semi Lockdown Sangat Sepi Bagaikan Kota Mati

12 Potret Kota Singapura Pasca Semi Lockdown Sangat Sepi Bagaikan Kota Mati

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 283 hits
Tidak pernah terjadi sebelumnya Singapura yang sibuk bisa jadi kota mati seperti ini
Jumlah Pelancong Ke Cameron Highlands 2019 Jan Hingga September 2019

Jumlah Pelancong Ke Cameron Highlands 2019 Jan Hingga September 2019

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 315 hits
1 040 297 Inilah jumlah bagi 9 bulan pertama jumlah kehadiran pelancong ke Cameron Highlands tahun lepas SEJUTA EMPAT PULUH RIBU DUA RATUS SEMBILAN PULUH TUJUH Angka penuh tahunan belum saya perolehi Namun sebagai perbandingan tempoh yang s...
Covid 19 Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana Covid 19 Cameron Highlands

Covid 19 Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana Covid 19 Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 312 hits
Makluman Sekiranya tuan puan terputus bekalan makanan sila hubungi Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana Covid 19 Cameron Highlands E COD E Bazar https www facebook com groups 847750909025522 Telegram Akaun Rasmi MDCHhttps t me majlis...
Covid 19 Sayur Dibuang Di Cameron Highlands

Covid 19 Sayur Dibuang Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 372 hits
Sejak semalam saya mendapat beberapa pertanyaan daripada rakan rakan dan juga sering ditag dalam facebook berkaitan dengan isu sayur terpaksa dibuang oleh petani di Cameron Highlands sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Isu ini di...
Tempat Menarik Di Cameron Highlands 2019

Tempat Menarik Di Cameron Highlands 2019

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 221 hits
Assallammualaikum Hai semua wahhh Lama juga rasanya tidak update entry blog ini Okay kali ini Shailla ingin bercerita tentang percutian pendek Shailla ke Cameron Highlands Shailla pergi bercuti selama 2 hari 1 malam sahaja Jadi tidak banyak...
Covid 19 Status Kebenaran Operasi Premis Di Cameron Highlands

Covid 19 Status Kebenaran Operasi Premis Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 458 hits
UNTUK MAKLUMAN DAN HEBAHAN ARAHAN INI BERKUATKUASA MULAI 14 APRIL 2020 SEHINGGA 28 APRIL 2020 ATAU SEHINGGA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DITARIK BALIK Sebarang Pertanyan Boleh Berhubung Terus Di Talian 054911455 Atau Inbox MDCH https ...
Covid 19 Kea Farm Cameron Highlands

Covid 19 Kea Farm Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 847 hits
Kea Farm PKP COVID 19 Semalam lalu depan Kea Farm Pasar atau deretan kedai sayur dan buah yang biasanya sibuk setiap hari atau sesak dihujung minggu dengan pelancong kini sunyi dan sepi Tiada kedai sayur dibenarkan operasi Demi kebaikan sem...
Senarai Bsn Terpilih Beroperasi Hujung Minggu Bagi Pembayaran Bpn

Senarai Bsn Terpilih Beroperasi Hujung Minggu Bagi Pembayaran Bpn

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1155 hits
SENARAI BSN TERPILIH BEROPERASI HUJUNG MINGGU BAGI PEMBAYARAN BPN Bagi kategori B40 yang penerima Bantuan Prihatin Nasional yang lulus permohonan tetapi gagal dikreditkan ke akaun maka ini cara dan tarikh tuntutan BPN di Kaunter BSN Namun d...
Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 306 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat Malaysia agar bersama sama terus memerangi penularan COVID 19kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini penulara...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025