Badminton Dan Sekolah Cina


 

Kebanyakan pemain badminton negara dari sekolah Cina. Dalam lain perkataan, mereka belajar di sekolah Cina. Ini tidak boleh dinafikan. Menurut Kah Kau Kiak, salah seorang naib presiden Persatuan Badminton Malaysia, lebih 75% pemain kebangsaan sekarang bekas pelajar sekolah Cina.
Mengapa? Adakah kerana sekolah Cina mempunyai program cari bakat badminton yang rapi dan teliti, lantas cekap mencungkil bakat dan menjalankan program latihan berkesan?
Kata seorang bekas guru sementara sebuah sekolah Cina di luar bandar, tempat beliau mengajar ada infrastruktur yang bagus. Mungkin ini katanya membantu. 
Saya tak pasti… cuma teka, kata beliau.
Infrastruktur yang dimaksudkan ialah dewan badminton. 
Budak-budak main dalam dewan, tak ada air con tapi sebab tertutup kira OK lah. Mereka dilatih oleh bekas pelajar atau alumni. Budak-budak tu agak handal,” kata beliau. Ini apa yang beliau saksikan semasa menjadi guru sementara di sekolah berkenaan.
Adakah sekolah Cina beri tumpuan khusus terhadap latihan badminton? 
Saya rasa tradisi, alumni dan ibu bapa yang boleh main ajar budak-budak selepas waktu sekolah. Tak ada coach yang profesional tapi OK, katanya.
Masyarakat Cina sememangnya gemar badminton, selain ping pong dan bola keranjang. Untuk menyatakan sesuatu yang nyata tentulah majoriti pelajar sekolah Cina terdiri daripada anak-anak Cina, walau pun sejak kebelakangan ini pelajar Melayu dan India semakin ramai. Oleh itu dengan sendirinya mereka bermain badminton di sekolah, juga di luar sekolah pastinya, kerana minat sudah sedia ada.
Bagi ibu bapa yang mahu anak bermain badminton secara profesional kelak, mereka akan kumpulkan wang dan upah jurulatih. 
Kawan saya salah seorang ibu bapa begitu. Anaknya handal juga, kata bekas guru tadi.
Baru-baru ini tular video Pearly Tan, pemain beregu wanita handalan kita. Semasa video dirakamkan Pearly berusia 10 tahun dan belajar di sebuah SJK Cina di Kedah. Kata Pearly, ayah mengajarnya bermain badminton sejak beliau berusia tiga tahun. Dalam video itu Pearly cakap bahasa Melayu, jadi orang yang sering gusar budak Cina sekolah Cina tak boleh cakap bahasa Melayu jangan bimbang. Relax.
Setelah memenangi beberapa gelaran peringkat sekolah rendah, dan pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah negeri, Pearly melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil di mana beliau bertemu Thinaah Muralitharan. The rest is history. Kita tahu mereka antara pasangan terbaik dunia.
Kata Kah, yang juga presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang, sebagai national sport Malaysia badminton diminati ramai. Tidak pernah timbul soal ketandusan pemain. 
There is a broad base of students so there is no concern about a lack of interest.
Memandangkan prospek untuk mengukir karier yang dijanjikan badminton, ramai ibu bapa melihat sukan itu sebagai laluan kerjaya yang baik untuk anak mereka, kata Kah. Benar. This explains why ramai sanggup berbelanja bagi mendapat khidmat jurulatih profesional untuk membimbing anak mereka.

Walaupun jika anak-anak mereka tidak dapat mewakili negara, anak-anak itu boleh bekerja sebagai jurulatih masa depan, kata Kah.
Bagi beliau walau apa pun sekolahnya — sama ada sekolah vernacular mahu pun sekolah kebangsaan — BAM bersama persatuan badminton negeri memainkan peranan penting. Semua 13 persatuan melaksanakan rancangan pembangunan. Masing-masing ada program latihan tersendiri untuk menggilap pemain dari usia muda. Setiap tahun banyak kejohanan mengikut peringkat kumpulan umur dijalankan.

Saya percaya pemain kita mesti didedahkan kepada kejohanan kecil atau pun besar pada usia muda. Menerusi proses ini mereka mendapat pengalaman berharga dan memupuk ketabahan, kata Kah. Memang benar kata-kata itu.
Tanpa memandang enteng program pembangunan BAM serta persatuan badminton negeri dan sekolah sukan, sumbangan sedikit sebanyak sekolah Cina dalam melahirkan pemain badminton tidak boleh dinafikan.
Peranan mereka memastikan saluran pemain negara tidak terputus.
Sayangnya ada pula pihak yang mahu sekolah Cina ditiadakan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/badminton-dan-sekolah-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Bagi Masuk Sekolah

Elok Bagi Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 92 hits
Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan insiden pergaduhan dipercayai kerana berebut petak letak kenderaan di sebuah pasar raya dekat Kepala Batas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata masing...
80 Persen Penerima Salahgunakan Kjp Dprd Dki Nilai Sekolah Swasta Gratis Jadi Solusi Tepat

80 Persen Penerima Salahgunakan Kjp Dprd Dki Nilai Sekolah Swasta Gratis Jadi Solusi Tepat

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 83 hits
DPRD DKI menyebut 80 persen atau 684 siswa penerima KJP didapati menggunakan bantuan pendidikan itu untuk hal hal yang tidak baik
Heru Budi Minta Rekomendasi Kemendikbud Soal Wacana Sekolah Swasta Gratis Di Jakarta

Heru Budi Minta Rekomendasi Kemendikbud Soal Wacana Sekolah Swasta Gratis Di Jakarta

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 81 hits
Menurut Heru Dinas Pendidikan DKI Jakarta juga sedang melakukan pendataan sekolah swasta
Auni Masuk Persembahan Koir Sekolah

Auni Masuk Persembahan Koir Sekolah

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 115 hits
nbsp AUNI MASUK PERSEMBAHAN KOIR SEKOLAH Seorang yang happy go lucky tapi sangat payah mesra dengan kawan Perwatakan kadang kadang berbeza bila di rumah di sekolah dan diluar Umi pun tak sangka si Auni ni minat menyanyi dari bersukan Kalau ...
Pelajar Tersangka Teroris Di Malang Tertutup Pada Keluarga Dan Kerap Jadi Korban Bully Di Sekolah

Pelajar Tersangka Teroris Di Malang Tertutup Pada Keluarga Dan Kerap Jadi Korban Bully Di Sekolah

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 71 hits
Hanya sekitar tujuh bulan sejak terpapar paham radikal dari media sosial HOK sudah nekat mempelajari cara peracikan bahan peledak
Pelajar Maut Ditimpa Pokok Ketika Ke Sekolah

Pelajar Maut Ditimpa Pokok Ketika Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 71 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pelajar tingkatan lima maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di Kampung Charuk Sireh Sik pagi tadi Muhammad Assif Md Zahid 17 disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah Ketua Poli...
Sekolah Perta Dan Rw Dimediasi Wali Kota Surabaya Polemik Iuran Keamanan Berakhir

Sekolah Perta Dan Rw Dimediasi Wali Kota Surabaya Polemik Iuran Keamanan Berakhir

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 60 hits
Pihak RW sepakat Sekolah Petra mengurus sendiri keamanan wilayahnya agar tidak menimbulkan fitnah
Viral Ketua Rw Di Surabaya Minta Jatah Iuran Rp140 Juta Ke Sekolah

Viral Ketua Rw Di Surabaya Minta Jatah Iuran Rp140 Juta Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 61 hits
Mediasi itu terkait dengan keberatan pihak sekolah yamg ditarik iuran Rp35 juta untuk 4 RW
Senarai Sekolah Dalam Ppd Gua Musang

Senarai Sekolah Dalam Ppd Gua Musang

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 148 hits
Biarpun jajahan Gua Musang dianggap hulu dan majoriti kawasan dikategorikan sebagai pedalaman termasuk banyak tempat menjadi petempatan Orang Asli soal pendidikan tidak dipinggirkan untuk kanak kanak dan remaja di kawasan tersebut Bahkan te...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Pattani Sea The Sun Cafe

Isu Mb Perlis Ahli Dan Pemimpin Bawahan Mula Bersuara

Zus Coffee With Ceo Latte

Mou Baru Terima Draf Dah Diriuhkan Di Luar Kata Saifuddin

Sijil Halal Dasar Sedia Ada Kekal Permohonan Bersifat Sukarela Zahid

Claim Mou Violated Constitution Untrue Insincere Says Umno Leader