Badan Kehakiman Diugut Pandangan Sebelah Lagi



Tun Abdul Hamid Mohamad
Semenjak Raja Petra menerbitkan artikelnya “Pendedahan Mengejutkan: Konflik Kepentingan Hakim Perbicaraan Najib Nazlan Terdedah” pada 14 Mac 2022 dalam blognya, Malaysia Today, kita hanya membaca pandangan sebelah pihak mengenai isu itu, sama ada daripada kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar, Majlis Peguam, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP, Ketua Hakim Negara, The Edge Malaysia mahu pun Dr. Shad Saleem Faruqi.
Dalam artikel ini, saya memberikan pandangan sebelah lagi dengan tujuan semata-mata untuk memberikan hujah kedua belah pihak kepada orang ramai supaya mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan mengenai isu tersebut. Saya tidak mengatakan saya betul dan mereka salah, Raja Petra betul dan Hakim Mohd Nazlan salah, atau sebaliknya.
Merujuk kepada kenyataan Majlis Peguam dan laporan The Edge Malaysia, dikatakan bahawa Raja Petra dan ahli politik terutamanya penyokong Najib sedang mengugut Badan Kehakiman. Sama ada itu benar atau tidak, tidakkah boleh dihujahkan bahawa mereka juga mengugut SPRM dalam menjalankan tugasnya? Majlis Peguam seolah-olah lupa bahawa SPRM-lah yang menyiasat Najib yang membawa kepada sabitan kesalahannya. Sekarang, hanya kerana dakwaan dibuat terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib, sabitan yang mereka takut kiranya diketepikan, mereka melompat membelanya dan meragui kredibiliti SPRM.
Majlis Peguam menuntut penyiasatan setara dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap laporan polis yang dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan; bahawa tidak sepatutnya ada double standard dalam mendekati perkara itu; bahawa siasatan SPRM melanggar doktrin pengasingan kuasa; bahawa ia menjejaskan kebebasan badan kehakiman; bahawa ia tidak berperlembagaan dan ia harus ditangani di bawah Perkara 125 Perlembagaan.
Soalan: Sekiranya Hakim Mohd Nazlan membebaskan Najib adakah Majlis Peguam akan mengeluarkan kenyataan yang sama?
Tidak perlu dikatakan bahawa laporan polis Hakim Mohd Nazlan dan laporan yang dibuat terhadap Hakim Mohd Nazlan mesti diberi penyiasatan yang setara dan saya pasti mereka sedang diberikan. Tetapi, dengan menuntut “penyiasatan setara” diberikan kepada laporan Hakim Mohd Nazlan tetapi cuba menghalang siasatan dijalankan terhadap laporan terhadap Hakim tersebut, tidakkah Majlis Peguam mengamalkan double standard?
Saya menerima beberapa mesej WhatsApp dan e-mel, semuanya daripada bukan-peguam yang bertanya soalan yang sama: Adakah menyalahi doktrin pengasingan kuasa bagi SPRM menyiasat hakim? Ia menunjukkan bahawa bukan-peguam pun mendapati pandangan Majlis Peguam itu pelik. Hakim tidak terkecuali daripada undang-undang. Perlukah saya berkata lebih daripada itu kepada Presiden Majlis Peguam?
Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman. Puan Presiden, kebebasan Badan Kehakiman tidak termasuk kebebasan untuk melakukan jenayah dan daripada disiasat mengenainya.
Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu tidak mengikut perlembagaan. Saya ingin tahu di bawah peruntukan manakah ia tidak berperlembagaan? Presidennya merujuk kepada Perkara 125. Saya menggesa beliau membaca semula peruntukan itu. Perkara itu merujuk kepada situasi di mana seseorang Hakim itu “patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya,..” Ia tidak meliputi pelakuan kesalahan jenayah. Sebaliknya, SPRM dan Polis hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa masing-masing dan bukan perkara yang disebut dalam Perkara 125. (Walaupun Dr. Shad Saleem Faruqi cuba meluaskan liputan Perkara 125, saya tidak fikir boleh boleh tidak bersetuju dengan dua ayat terakhir saya itu.)
Saya merujuk kepada dua kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Atas sebab apa pun, tiada dakwaan sedemikian pernah dibuat terhadap mana-mana hakim dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu. Jadi reaksi Badan Kehakiman dengan mengeluarkan kenyataan akhbar itu juga adalah yang pertama. Saya percaya Ketua Pendaftar tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian melainkan diarahkan oleh Ketua Hakim Negara.
Ambil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa badan kehakiman harus melompat membelanya?
Walaupun dakwaan itu telah dibuat oleh seorang penulis blog, jika peguam Najib tidak membuat permohonan untuk perbicaraan semula atau tidak menggunakannya sebagai alasan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mahkamah mengetepikan sabitan dan memerintahkan perbicaraan semula, perkara itu berakhir di situ.
Jika peguam Najib memilih untuk melakukan salah satu daripada dua perkara yang disebut sebelum ini, jika tiada kenyataan dikeluarkan oleh Badan Kehakiman, walaupun mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, tiada kritikan atas alasan berat sebelah boleh dilemparkan terhadap Badan Kehakiman.
Sebaliknya, apabila kenyataan itu telah dikeluarkan, peguam Najib boleh berhujah bahawa mahkamah berat sebelah kerana Badan Kehakiman telah mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan itu lebih awal. Jika dan apabila mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, ia memberi alasan kepada pengkritik untuk mengatakan bahawa mahkamah berat sebelah. Bagaimanapun, mengapa memberi alasan kepada Najib dan penyokongnya untuk menyerang keputusan mahkamah?
Mengenai sub judice, tidakkah kenyataan oleh Badan Kehakiman itu juga sub judice? Ia sepatutnya lebih lagi, ia datang dari Badan Kehakiman sendiri sebelum isu itu diputuskan oleh mahkamah, jika dibangkitkan.
Sekarang kita sampai kepada ucapan Ketua Hakim Negara. Tidak ada bahagian yang saya tidak bersetuju dengannya. Saya hanya mempersoalkan mengenai kesesuain masanya.
Walaupun Ketua Hakim Negara tidak menyebutnya, sesiapa yang membaca ucapan itu tahu bahawa beliau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Raja Petra yang dilaporkan dalam Malaysia Today bahawa Hakim Mohd Nazlan sedang disiasat oleh SPRM.
Saya mengulangi apa yang saya katakan mengenai kesan dua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar. Ambil perhatian bahawa satu peristiwa penting telah berlaku selepas kenyataan akhbar kedua itu, iaitu SPRM mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat Hakim berkenaan.
Soalan: Tidakkah lebih baik membiarkan SPRM meneruskan dan menyelesaikan siasatan?
Di akhir siasatan, SPRM akan mengumumkan sama ada tiada bukti untuk menyokong dakwaan Raja Petra itu atau terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Hakim berkenaan. Jika ia yang awal disebutkan, Hakim itu dibersihkan. Tidakkah lebih baik bagi Hakim berkenaan bahawa beliau dibersihkan oleh SPRM selepas siasatan lengkap dan tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh Badan Kehakiman? Jika pengumuman itu yang kemudian disebut, maka fail siasatan itu akan dirujuk kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) untuk memutuskan sama ada hendak mendakwa Hakim berkenaan atau tidak. Jika, berdasarkan keterangan, Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan, perkara itu tamat di situ. Jika beliau memutuskan sebaliknya, proses perbicaraan bermula.
Sama ada Hakim itu dibersihkan atau tidak, tiada kritikan boleh dilemparkan terhadap Ketua Hakim Negara. Beliau tidak boleh dituduh cuba mengganggu siasatan oleh SPRM.
Sekiranya saya dituduh pro-Najib, biarlah saya jelaskan bahawa saya tidak kisah walaupun Najib terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di penjara dengan syarat beliau mendapat perbicaraan yang adil. Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil, ada merit atau tidak. Itu untuk mahkamah memutuskannya. Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra dan laporan bahawa Hakim Mohd Nazlan terlibat dalam skandal kewangan 1MDB benar atau tidak, mahupun sama ada laporan Hakim Mohd Nazlan terhadap Raja Petra ada merit atau tidak. Itu hanya akan diketahui selepas SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kedua-dua dakwaan dan laporan itu. Justeru, SPRM hendaklah dibiarkan menjalankan tugasnya tanpa gangguan atau apa yang nampak seperti gangguan oleh sesiapa.
(Nota: Sebaik sahaja saya selesai menulis artikel ini, saya menerima mesej daripada seorang rakan bahawa dua peguam dan seorang aktivis telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan berikut:
• badan penyiasatan jenayah, termasuk SPRM tidak berhak atau dihalang daripada menyiasat hakim-hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) melainkan mereka digantung kerja seperti yang dikehendaki di bawah Perlembagaan Persekutuan;
• pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan.
Mereka juga telah memohon pengisytiharan bahawa siasatan oleh SPRM terhadap Hakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Berita itu menyebabkan saya memutuskan untuk menerbitkan artikel ini.)
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/05/07/badan-kehakiman-diugut-pandangan-sebelah-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebebasan Badan Kehakiman Disokong Ph Sesuai Mou

Kebebasan Badan Kehakiman Disokong Ph Sesuai Mou

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 91 hits
Kebebasan badan kehakiman disokong PH sesuai MoUPosted By on April 29 2022Pakatan Harapan menegaskan badan kehakiman sewajarnya kekal bebas daripada sebarang campurtangan pihak Eksekutif Dalam kenyataan hari ini Majlis Presiden PH amat prih...
Kebebasan Badan Kehakiman Tidak Termasuk Kebebasan Lakukan Jenayah Dan Daripada Disiasat

Kebebasan Badan Kehakiman Tidak Termasuk Kebebasan Lakukan Jenayah Dan Daripada Disiasat

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 163 hits
Oleh Nurul Aisyah SIASATAN terhadap Hakim Mohd Nazlan atas dakwaan jenayah benar benar mengundang panik dikalangan pemimpin Pakatan Harapan dan Mahathir sehingga mereka dilihat seolah olah mengerah Majlis Peguam atau lebih tepat Ambiga meng...
Agensi Penguatkuasaan Perlu Hormat Kebebasan Badan Kehakiman Ph Beritahu Putrajaya

Agensi Penguatkuasaan Perlu Hormat Kebebasan Badan Kehakiman Ph Beritahu Putrajaya

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 98 hits
FMT Reporters April 28 2022 10 25 AM Pakatan Harapan berkata ia mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman PETALING JAYA Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan bahawa badan kehakiman perlu bebas pada setiap masa sela...
Peguam Mesti Pertahan Badan Kehakiman Kata Bekas Presiden Badan Peguam

Peguam Mesti Pertahan Badan Kehakiman Kata Bekas Presiden Badan Peguam

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 102 hits
Peguam mesti pertahan badan kehakiman kata bekas presiden Badan Peguam Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Ma
Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 105 hits
Siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikaitkan dakwaan mempunyai wang diragui dalam akaunnya seharusnya dilakukan oleh badan kehakiman dengan menubuhkan tribunal Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datu...
Amanah Buat Laporan Polis Gesa Siasat Komplot Mahu Jatuhkan Badan Kehakiman Negara

Amanah Buat Laporan Polis Gesa Siasat Komplot Mahu Jatuhkan Badan Kehakiman Negara

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 97 hits
FAZLI RADZIAMANAH tampil membuat laporan polis secara serentak di seluruh negara mulai petang semalam susulan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Parti komponen Pakatan Harapan itu menggesa agar pihak poli...
Gambar Set Penggambaran Kraven The Hunter Dedah Pandangan Terbaru Aaron Taylor Johnson Sebagai Watak Utama

Gambar Set Penggambaran Kraven The Hunter Dedah Pandangan Terbaru Aaron Taylor Johnson Sebagai Watak Utama

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 144 hits
Filem Kraven the Hunter sedang giat menjalani penggambaran di UK dan peminat kini dapat melihat pandangan terbaru Aaron Tylor Johnson sebagai watak utama Dalam beberapa gambar yang dikongsikan laman JustJared kedua dua pakaian yang dipakai ...
Hairul Azreen Tak Pernah Rot4n Anak Hanya Tegvr Dengan Pandangan

Hairul Azreen Tak Pernah Rot4n Anak Hanya Tegvr Dengan Pandangan

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 169 hits
Pelakon Hairul Azreen memberitahu dia dan isteri iaitu Hanis Zalikha mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak anak mereka Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata dua orang anaknya iaitu Yusuf Iskandar 6 dan Alisa Aisyah...
Bicara Semula Kes Najib Dan Persoalan Bagaimana Mahu Jaga Air Muka Institusi Kehakiman

Bicara Semula Kes Najib Dan Persoalan Bagaimana Mahu Jaga Air Muka Institusi Kehakiman

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 287 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSedang tersebar luas berkenaan kekhilafan hakim Nazlan Ghazali yang mendengari kes Najib Razak sehingga tiada pakar perundangan yang bepihak kepada Pakatan Harapan berani bicara isi kandungan kes Apa yang mereka mampu b...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Filem Rebel Berontak Untuk Berotak

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Anak Ketua Polis Daerah Maut Tertembak Pistol Bapa Sendiri

Four Cylinder Fury A Honda Hornet Caf Racer From France

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Ikan Selar Kuning Berlado

How To Get Rid Of Iron In Well Water

Setiap Penyakit Pasti Ada Obatnya

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan

Blogger Atau Youtuber Lagi Best

Nostalgia On Demand Preloaded Consoles For Your Instant Gaming Fix