Agensi Penguatkuasaan Perlu Hormat Kebebasan Badan Kehakiman Ph Beritahu Putrajaya




FMT Reporters -April 28, 2022 10:25 AM    Pakatan Harapan berkata, ia mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman.PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa badan kehakiman perlu bebas pada setiap masa selain menggesa kerajaan supaya memastikan agensi penguatkuasaan menghormatinya.
Ia susulan kenyataan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat semalam yang berkata, tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap hakim serta badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan.
Kepimpinan tertinggi PH itu berkata, badan kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara berundang-undang dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat.
“Oleh itu kami menggesa agar kerajaan persekutuan memastikan MoU (dengan pembangkang) terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan.
PH berkata, Perkara 4.1 di dalam MoU antara kerajaan persekutuan dan PH menyatakan dengan jelas bahawa Putrajaya perlu “memastikan kebebasan badan kehakiman terlaksana sepanjang masa”.
“Maka Pakatan Harapan mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; dan Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau.
Baru-baru ini, hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes Najib Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, membuat laporan polis berhubung satu artikel berita yang mendakwa beliau disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 Apr lalu memaklumkan bahawa Nazlan menolak dakwaan itu sebagai palsu, tidak berasas dan berniat jahat yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.
Badan kehakiman turut membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa wujudnya konspirasi antara Tengku Maimun dengan pemimpin politik untuk mempercepat perbicaraan serta hukuman terhadap Najib dan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/agensi-penguatkuasaan-perlu-hormat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebebasan Badan Kehakiman Disokong Ph Sesuai Mou

Kebebasan Badan Kehakiman Disokong Ph Sesuai Mou

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 90 hits
Kebebasan badan kehakiman disokong PH sesuai MoUPosted By on April 29 2022Pakatan Harapan menegaskan badan kehakiman sewajarnya kekal bebas daripada sebarang campurtangan pihak Eksekutif Dalam kenyataan hari ini Majlis Presiden PH amat prih...
Peguam Mesti Pertahan Badan Kehakiman Kata Bekas Presiden Badan Peguam

Peguam Mesti Pertahan Badan Kehakiman Kata Bekas Presiden Badan Peguam

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 100 hits
Peguam mesti pertahan badan kehakiman kata bekas presiden Badan Peguam Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Ma
Amanah Buat Laporan Polis Gesa Siasat Komplot Mahu Jatuhkan Badan Kehakiman Negara

Amanah Buat Laporan Polis Gesa Siasat Komplot Mahu Jatuhkan Badan Kehakiman Negara

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 94 hits
FAZLI RADZIAMANAH tampil membuat laporan polis secara serentak di seluruh negara mulai petang semalam susulan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Parti komponen Pakatan Harapan itu menggesa agar pihak poli...
Badan Kehakiman Nafi Percepat Kes Najib Zahid

Badan Kehakiman Nafi Percepat Kes Najib Zahid

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 157 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 21 2022 8 13 PMPejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menafikan dakwaan bahawa Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mempercepatkan kes mahkamah terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi da...
Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 104 hits
Siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikaitkan dakwaan mempunyai wang diragui dalam akaunnya seharusnya dilakukan oleh badan kehakiman dengan menubuhkan tribunal Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datu...
Pasleaks Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam Atau Tunggu Saman Isham Beritahu Sanusi

Pasleaks Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam Atau Tunggu Saman Isham Beritahu Sanusi

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 229 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil akan mengambil tindakan undang undang terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor jika beliau gagal memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya...
Bring Back Spad Transport Planner Urges Putrajaya

Bring Back Spad Transport Planner Urges Putrajaya

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 122 hits
A former SPAD official says e scooters can be useful but there must be proper infrastructure for their use PETALING JAYA A transport planner has called for the revival of the Land Public Transport Commission to help the government to deal w...
Pm To Hold Hari Raya Open House In Putrajaya On May 8

Pm To Hold Hari Raya Open House In Putrajaya On May 8

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 182 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob speaks during the launch of the Social Entrepreneurship Action Framework 2030 in Kuala Lumpur April 23 2022 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR April 30 Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Takut Terdedah Konspirasi Sembunyi Jenayah Pemimpin Ph Kelirukan Rakyat Bidang Kuasa Kehakiman Dan Jenayah Individu

Takut Terdedah Konspirasi Sembunyi Jenayah Pemimpin Ph Kelirukan Rakyat Bidang Kuasa Kehakiman Dan Jenayah Individu

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 232 hits
Oleh Sirajuddin AhmadTakut terdedah konspirasi sembunyi jenayah Pemimpin PH kelirukan rakyat bidang kuasa kehakiman dan jenayah individu Majlis Presidensi Pakatan Harapan menyatakan isu hakim Nazlan menerima wang sogokan dalam akaun bank ny...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis