Backup File Tanpa Masuk Windows
Adalah menjadi masalah kepada anda sekiranya tidak dapat masuk ke dalam windows disebabkan oleh windows tidak mahu booting, stuck dekat log on, restart automatik ataupun seumpamanya. Kebiasaannya, partition yang diformat adalah partition yang mengandungi file windows di dalamnya dan jika menyimpan file pada partition tersebut, file anda akan turut terhapus. Partition yang selalu dijadikan tempat menginstal windows adalah pada "C". Anda boleh membackup file seperti biasa jika dapat memasuki windows tetapi masalah akan timbul jika sebaliknya berlaku. Menggunakan DVD Windows untuk menyelamatkan file anda adalah salah satu caranya tetapi untuk entri kali ini, saya hanya share dengan anda Cara Backup File Tanpa Masuk Windows menggunakan software pihak ketiga kerana ianya mudah dan simple
Barang Yang Diperlukan:
1. Pendrive (Min 2GB)
2. LiLi USB Creator
3. Software pihak ketiga (Parted Magic/Knoppix)
Cara Create Bootable Pendrive:
1. Download LiLi USB Creator dan Parted Magic.iso pada link yang disediakan di bawah
2. Install LiLi USB Creator dan jalankan.
3. Pilih Pendrive anda dan locate Parted Magic.iso yang anda download.
4. Pada option, klik Format The Key In FAT32
5. Klik icon Kilat/Flash dan tunggu hingga selesai.
Screenshot:
Setting Komputer Boot daripada Pendrive:
1. Restart komputer anda
2. Tekan key F2 (atau key lain bergantung kepada jenis komputer: semak di SINI) ketika komputer
dihidupkan
3. Pergi ke System Configuration dan tekan enter pada Boot Order
4. Letak USB Diskette on Key/ USB Hard Disk di tempat pertama.
5. Save dan restart.
Screenshot:
Backup File
1. Biarkan komputer boot daripada pendrive.
2. Tunggu sehingga list option keluar dan tekan enter pada option pertama (Default settings)
3. Tunggu sehingga interface Parted Magic keluar
4. Klik File Manager dan pilih partition (C) yang hendak dibackup file
5. Untuk backup file dari My Document/Desktop, klik user dalam partition C anda
6. Pilih user anda dan backuplah file anda seperti biasa.
7. Bila da selesai, klik pada icon parted magic di taskbar dan pilih logout, shutdown.
Screenshots:
Parted Magic Default Settings
Parted Magic Interface
Parted Magic Copying File
Download Here:
➤Lili Usb Creator (5.8Mb)
➤Parted Magic (181.1Mb)
Sharing Is Caring (S=+)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://melalutje.blogspot.com/2018/12/backup-file-tanpa-masuk-windows.html