Bacaan Talkin Dalam Bahasa Melayu

Bismillah hir rah man nir  rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang 
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,  Mahasuci Tuhan yang 
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa yang 
kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur 
sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
 dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa  sekalian mahluk Allah akan jahanam dan 
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah  Tuhan yang Mahabesar kuasa 
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali  menghadap hadirat Allah 
Taala.
Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA),wahai 
(ANDA)  Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah 
yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan 
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu 
Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), apabila datang  kepada kamu 2 
orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka 
janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita 
dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  Mungkar dan 
Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat 
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, 
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan 
berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab  begini:
Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan 
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas 
aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, 
bahkan
 dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah 
Muhammaddur rasulullah".
Wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan
 yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal 
didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu 
akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  mati ini adalah 
benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah 
benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula 
adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, 
dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air 
nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha 
berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang 
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala 
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada
 kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur 
ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan 
kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak 
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.
wikipedia.org 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://blog.mistazam.com/2021/01/bacaan-talkin-dalam-bahasa-melayu.html