Bacaan Panjang Kenapa Jepun Sambut Tanpa Karpet Merah




Alif Jamil







 Ramai juga tanya kenapa layanan Jepun terhadap Trump boleh pula jauh berbeza dengan Malaysia.


Tak ada karpet merah, tak ada joget bagai, sumo pun tak ada.


Siap ada yang komen, "Mereka bangsa jiwa merdeka, bukan bangsa jiwa hamba."


Reaksi pertama aku: korang biar betul nak bandingkan Malaysia dengan Jepun?


Bukan soal Jepun tu negara maju kita belum maju, tapi soal hubungan Jepun dan Amerika tu.


Jepun ni sekutu Amerika paling tegar kat dunia, bersama-sama Britain dan Isrel. Orang panggil JIB (bukan Jib lain ye), tiga negara yang jadi tiang seri empayar Amerika.


Sampai hari ni Jepun tak iktiraf Falastin sebab Amerika tak bagi. Kalau Amerika tak bagi, Jepun tak boleh buat apa-apa. Itu level hubungan Amerika–Jepun.


Jadi kalau tak ada protokol atau sambutan mesra pun, tak jejaskan hubungan dua negara. Diorang dah lama "ikat kontrak" nak jaga sesama sendiri.


Lagi pun, bukan Jepun tak nak bagi sambutan. Masa Trump pergi Jepun tahun 2017 dan 2019, ada je bentang karpet merah. Maharaja Jepun sendiri mencemar duli turun ke airport sambut dia.


Tapi kebelakangan ni Jepun hadap gejala penyerang "lone wolf" yang serius.


Lone wolf ni penyerang yang bertindak bersendirian (tak disokong kumpulan atau gerakan mana-mana), tapi serang orang ternama atau pemimpin atas motif sendiri.


Serangan lone wolf ni yang bunoh mantan PM Shinzo Abe pada 2022. PM Fumio Kishida pun pernah cedera diserang pada 2023.


Jadi Jepun tak nak ambil risiko dedahkan Trump. Keselamatan lebih penting.


Turun je dari airport, terus naik helikopter ke istana menghadap Maharaja Jepun. Padahal tak jauh pun dari airport ke istana, lagi dekat berbanding KLIA ke Ritz-Carlton.


Dan kalau nak cerita bab ambil hati Trump, Jepun dah lama buat. Malah Jepun ni boleh kata "tok guru" dalam bab nak mengampu Trump.


Lepas seminggu Trump menang pemilihan presiden pada November 2016, PM Shinzo Abe terus terbang ke New York untuk jumpa Trump, jadi pemimpin asing pertama yang jumpa President-Elect Trump.


Apa Abe buat? Dia tahu Trump suka main golf. Dia pun hadiahkan batang golf emas kepada Trump.


Masa tu Trump belum angkat sumpah pun, masih duduk kat Menara Trump. Abe dah gelabah nak tackle Trump.


Kenapa Abe tak sabar?


Sebab Trump masa muda dulu terkenal sebagai penghetam Jepun (Japan-basher), orang yang kerja dia hari-hari hentam Jepun.


Tahun 1980-an, masa Trump baru acah-acah nak berpolitik, dia jadikan Jepun sebagai modal dia.


Sebab waktu tu Jepun ekonomi kedua terbesar selepas Amerika, macam China hari ini. Orang Amerika rasa terancam, jadi tuduh Jepun macam-macam.


Termasuk Trump. Apa yang dia cakap pasal China hari ni, sama je dengan apa yang dia cakap pasal Jepun dulu. Kononnya Jepun ambil kesempatan terhadap Amerika dengan amalan perdagangan yang "tak adil".


Malah Trump siap ungkit soal bantuan ketenteraan Amerika terhadap Jepun sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua (WW2).


Sejak berakhirnya WW2, Jepun jadi markas tentera Amerika terbesar di dunia, dengan lebih 50,000 askar Amerika ditempatkan di sana.


Askar Amerika ni bukan saja mempertahankan kepentingan Amerika (sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Rusia dan China), tapi juga mempertahankan Jepun.


Jepun tak nak wujudkan tentera lagi selepas WW2. Jadi dia cuma ada Angkatan Pertahanan Diri (Self-Defense Forces) yang skopnya kecil. Yang lain semua dia harapkan Amerika.


Benda ni nampak macam menggadaikan kedaulatan Jepun, tapi sebenarnya menguntungkan juga.


Sebab Jepun tak perlu keluar bajet besar untuk pertahanan, boleh fokus 100% pada ekonomi dan pembangunan negara.


Tapi Trump ugut nak tarik balik tentera Amerika, atau minta Jepun bayar Amerika untuk kekalkan tentera tu.


Abe pun risau. Tapi dengan skill dia, dia berjaya tackle Trump.


Sepanjang Trump jadi presiden (2017–2021), bukan saja dia jarang ungkit isu tentera tu, malah siap panggil Abe "great friend".


Dengan Trump ni, memang kena personal. Setakat hubungan formal G2G, tak jalan.


Adakah kita nak kata Abe ni pembodek, lapar pujian manusia, membelakangi maruah Nihonjin, tak ingat tragedi Hiroshima dan Nagasaki?


Tak. Apa dia buat tu untuk kepentingan negara. Walaupun ramai rakyat Jepun sendiri persoalkan kewajaran pakatan Jepun–Amerika.


Tapi kalau tak nak bergantung pada tentera Amerika, Jepun kena buat tentera sendiri. Puak tu pulak tak suka.


Sebenarnya Abe antara pejuang utama nak hidupkan balik kuasa tentera Jepun (remilitarisasi Jepun), sambil kukuhkan hubungan dengan Amerika.


Dasar Jepun untuk mansuhkan tentera lepas WW2 tu sebahagian daripada rasa bersalah (war guilt) orang Jepun. Golongan kiri (left-wing) macam sosialis dan liberal anggap Jepun perlu tebus dosa perang dengan tak ada tentera.


Tapi bagi golongan konservatif (right-wing) macam Abe, orang Jepun tak perlu apologetik atas apa yang berlaku masa perang.


Abe dulu hampir setiap tahun melawat Tokong Yasukuni, tempat peringatan tentera Jepun yang terkorban masa WW2.


Tindakan tu buat dia dibenci oleh China dan Korea (Utara dan Selatan), sebab bagi mereka, Abe tak insaf dengan kejahatan Jepun dulu.


Diorang juga tergugat dengan cita-cita Abe nak hidupkan balik kuasa tentera Jepun, yang boleh kacau keseimbangan kuasa serantau.


Begitu juga dengan PM baharu Jepun, Sanae Takaichi, PM wanita pertama Jepun.


Takaichi ni anak didik politik Abe. Abe yang bimbing dia dari ahli parti biasa sampai jadi menteri dalam kabinet.


Dari segi pemikiran pun dia ikut mentor dia. Malah boleh kata dia pewaris pemikiran Abe yang paling menonjol.


Sebab tu negara jiran (China dan Korea) tengah bersangsi dengan Takaichi.


Apabila Takaichi melawat Tugu Negara KL dan beri penghormatan di Makam Jepun (yang memperingati askar Jepun yang mat1 di Tanah Melayu), ramai netizen China dan Korea kecam tindakan dia. Nampak dia sebagai "Abe 2.0".


Dan ini menjadikan pertemuan antara Trump dan Takaichi cukup menarik.


Ia petunjuk awal sejauh mana Takaichi boleh teruskan persahabatan Abe–Trump, dan macam mana dia nak manfaatkan hubungan dengan Amerika untuk capai cita-cita mentor dia.


Adakah kita nak terus hukum Jepun sebagai negara jahat sebab pro-Amerika?


Tak. Jepun pun ada kepentingan negara dia. Kalau Jepun kena serang dengan China, bukan kita yang akan tolong. Jadi dia kena fikir untuk diri sendiri.


Kepentingan negara inilah yang jadi pertimbangan pemimpin dalam zaman negara-bangsa ni.


Kita bukan hidup zaman khalifah, di mana seluruh umat bersatu di bawah satu pemimpin. Kalau apa-apa jadi, tak ada siapa akan datang pertahankan kita atas seruan khalifah.


Dalam dunia hari ini, "each for themselves". Masing-masing jaga masing-masing. Realiti pahit, tapi itulah hakikat.


Di samping kita bersolidariti dengan saudara seagama, kita juga ada kepentingan negara yang perlu dijaga.


Bukan mudah nak capai keseimbangan antara dua ni, tapi kita cuba. Bukan maknanya kita tak peduli solidariti umat.


Malah kalau negara kita sendiri hancur, siapa nak bersolidariti dengan siapa nanti?


Hanya dengan memahami konsep negara-bangsa dan kepentingan negara, barulah kita boleh faham diplomasi dan geopolitik secara menyeluruh, bukan semata-mata ikut emosi atau tafsiran prinsip yang kaku.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/bacaan-panjang-kenapa-jepun-sambut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Dulu Sambut

Dia Dulu Sambut

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 146 hits
Adrian Lim Chee AnnOk Terbaik Ayoh Chik lay ground work dengan Kedutaan AS sebelum ketibaan Trump Kenyataan Media Pejabat Presiden PASPRESIDEN PAS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA AMERIKA SYARIKAT1 Presiden PAS YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul...
Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia As Ringgit Bursa Meningkat

Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia As Ringgit Bursa Meningkat

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 241 hits
Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia AS Ringgit Bursa Meningkat KUALA LUMPUR 27 Okt Dalam Malaysia melonjak kepada tahap baharu melalui beberapa perjanjian yang dimeterai dengan Amerika Syarikat susulan lawatan Presiden Donal...
Kerajaan Pahang Sambut Baik Projek Pembangunan Fasiliti Pembuatan Magnet Berkuasa Tinggi Rm600 Juta Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Sambut Baik Projek Pembangunan Fasiliti Pembuatan Magnet Berkuasa Tinggi Rm600 Juta Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyambut baik projek pembangunan fasiliti pembuatan magnet berkuasa tinggi bernilai RM600 juta oleh syarikat JS Link dan Lynas Malaysia di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek berk...
Tsubaki Perkenal Formula Baharu Dengan Camellia Oil Force Rambut Lebih Licin Sihat Bersinar Macam Dari Salon Jepun

Tsubaki Perkenal Formula Baharu Dengan Camellia Oil Force Rambut Lebih Licin Sihat Bersinar Macam Dari Salon Jepun

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 168 hits
Jenama penjagaan rambut terkenal dari Jepun Tsubaki kini tampil dengan formulasi baharu yang diperkaya dengan Camellia Oil Force khas untuk wanita Malaysia yang mahu rambut licin kuat dan kekal cantik walaupun cuaca panas lembap Pelancaran ...
Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 217 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia berbesar hati menyambut kedatangan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa Gianni Infantino yang tiba di Malaysia pada awal pagi semalam untuk melakukan lawatan rasmi Ketibaan Infantino disambut dengan penuh...
Lelaki Teruja Sambut Bos Dari Malaysia Melawat Pakistan

Lelaki Teruja Sambut Bos Dari Malaysia Melawat Pakistan

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 179 hits
Lelaki Teruja Sambut Bos Dari Malaysia Melawat Pakistan Ramai yang menyangka bekerja di luar negara semuanya indah indah belaka Namun disebalik keindahan gaji yang lumayan terselit seribu satu cerita dan pengalaman pahit seorang perantau Le...
Kulit Anak Jadi Merah Kering Ini 5 Cara Atasinya

Kulit Anak Jadi Merah Kering Ini 5 Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 297 hits
Kulit Anak Jadi Merah Kering Ini 5 Cara Atasinya Waktu petang sememangnya waktu yang selalu ditunggu oleh anak anak Kebiasaannya ibu bapa akan membawa anak anak mereka beriadah pada waktu ini Ada yang hanya membawa anak mereka ronda ronda d...
Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi Letak Mangga Muda Lagi Padu

Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi Letak Mangga Muda Lagi Padu

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 246 hits
Kalau sebut lauk kampung yang paling power mesti ramai setuju ikan merah masak lemak cili padi tambah pula mangga muda memang nombor satu di hati Kuahnya pekat berlemak rasa pedas menyengat dan aroma daun kunyit yang wangi memang cukup memb...
Rahsia Di Sebalik Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Analisis Grafologi

Menjaga Keseimbangan Memahami Keputusan Masa Penuh Dalam Kehidupan

Pas Menang Kerana Personaliti Aliakbar Sokongan Akar Umbi

Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

Dap S Total Wipe Out In Sabah A Clear Message To Also Exit S Wak Politics A Harbinger Of Its Fate In Ge16

Airbus A320 Lakukan Recall Besar Besaran Ganggu Operasi Penerbangan Global

Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina

Beli Cincin Habib Emas 999


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Buku Wirid Dan Doa Selepas Solat

Majlis Pertunangan Anak Kak Dila Cucu Mak Andak Di Rawang 29 11 2025

Irresistible Jain Dinner Recipes Indian

Hari Pertama Disember 2025

Minat Baking Tapi Tak Sempat Ambil Tempahan Jom Niaga Tepung Premix Home Made

Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah