Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia As Ringgit Bursa Meningkat


Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia-AS, Ringgit, Bursa Meningkat
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Dalam Malaysia melonjak kepada tahap baharu melalui beberapa perjanjian yang dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS) susulan lawatan Presiden Donald Trump ke negara ini yang mencatat sejarah, para pelabur menyambut baik langkah tersebut yang dapat dilihat daripada kenaikan ringgit dan Bursa Malaysia pada Isnin. 
Pada sesi pembukaan hari ini, indeks utama FBM KLCI naik 6.84 mata kepada 1,620.11 daripada 1,613.27 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Ia mencecah paras tertinggi harian pada 1,623.23 sebelum ditutup pada 1,618.38.
Indeks lain turut meningkat, dengan indeks perladangan menambah 38.52 mata kepada 7,947.81, penjagaan kesihatan naik 22.8 mata kepada 1,693.56 dan teknologi meningkat 1.11 mata kepada 64.08 pada sesi pembukaan.
Ringgit turut mencatatkan kenaikan kepada 4.2145/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2210/2255 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Mata wang tempatan ditutup mengukuh kepada 4.2085/2135 berbanding dolar AS.
Tanpa mengambil kira faktor luaran seperti data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah daripada jangkaan pada September dan hala tuju kadar faedah Rizab Persekutuan AS, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat perjanjian Malaysia-AS, terutamanya 1,711 produk eksport Malaysia yang akan menikmati tarif lebih rendah ke AS, telah meningkatkan sentimen pelabur terhadap pasaran modal tempatan.
“Ini bermakna Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi impak kejutan tarif berikutan negara telah menjalin hubungan baik dengan pelbagai negara di seluruh dunia. “Ini akan memberi impak positif kepada ringgit dalam jangka sederhana dan panjang,” katanya kepada Bernama.
Menurut Mohd Afzanizam, kejutan tarif sentiasa menjadi punca kebimbangan dalam kalangan penggubal dasar dan pelabur.
“Ternyata, pendekatan diplomatik kerajaan kita telah menjana hasil yang diharapkan apabila kadar tarif efektif adalah lebih rendah pada kadar purata keseluruhan bagi pelbagai kategori produk.
“Pada masa yang sama, ia akan menjadi pemangkin utama kepada syarikat tempatan kita untuk berkembang berikutan mereka perlu bersiap sedia untuk persaingan yang lebih besar serta peluang untuk menembusi pasaran global,” katanya. Ditanya sama ada perjanjian yang dimeterai antara Malaysia dan AS terutamanya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan meningkatkan kedudukan global Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik, Mohd Afzanizam berkata: “Sudah tentu berikutan ini jelas menunjukkan bahawa strategi diplomatik Malaysia berkesan dan negara serius untuk menjalankan perniagaan dengan pelbagai negara, termasuk AS.”
Bagaimanapun, katanya masih terdapat jurang yang perlu ditangani, terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk membolehkan integrasi mereka dalam rantaian bekalan global.
“Ini akan bermakna perbelanjaan meningkat untuk mewujudkan ekosistem yang sesuai kepada pelabur asing dan memudah cara pemindahan teknologi yang lebih besar,” katanya. Trump tiba di Malaysia pada 10 pagi Ahad untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan. Beliau berlepas pada 10.06 pagi hari ini, menandakan berakhirnya lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN sejak memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lepas.
Dalam lawatannya, Trump mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwar, dan kedua-dua pemimpin menandatangani Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama strategik dan pelbagai dimensi yang semakin berkembang antara Putrajaya dan Washington.
Kedua-dua pemimpin turut menandatangani ART, yang menyaksikan sehingga 1,711 produk Malaysia termasuk minyak sawit, getah, koko serta komponen farmaseutikal dan peralatan aeroangkasa yang dieksport ke AS akan menikmati tarif lebih rendah daripada 19 peratus.
Di bawah ART, AS telah mengenal pasti produk yang disenaraikan di bawah Lampiran III Perintah Eksekutif 14346 bertarikh 5 Sept 2025, mengenai Potential Tariff Adjustments for Aligned Partners untuk mendapat kadar tarif timbal balas sifar peratus.
“Pemeteraian (ART) menandakan berakhirnya rundingan sebelum ini, menjadikan perjanjian (tarif) itu sebagai rasmi,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sidang media pada Ahad. Anwar dan Trump turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai mineral penting antara Malaysia dan AS.
Sumber: BERNAMA
The post Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia-AS, Ringgit, Bursa Meningkat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/27/pelabur-sambut-baik-perjanjian-perdagangan-malaysia-as-ringgit-bursa-meningkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Malaysia Baik

Kerajaan Malaysia Baik

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 148 hits
Che Ibrahim Pemilik pemilik akaun seperti ini yang sepatutnya dikenakan tindakan keras jauh lebih bahaya dari pasang bendera terbalik
Perjanjian Damai Termeterai Di Malaysia

Perjanjian Damai Termeterai Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 243 hits
Malaysia melakar sejarah apabila menjadi saksi kepada Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand sambil disaksikan oleh saya bersama sama Presiden Donald J Trump Perdana Menteri Anutin Charnvirakul PR Thai Government dan Perd...
Ringgit Opens Higher On Us Malaysia Trade Deal Boost

Ringgit Opens Higher On Us Malaysia Trade Deal Boost

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 217 hits
The local note appreciates to 4 2040 4 2140 as signed deals increase demand for the currency KUALA LUMPUR The ringgit continued to open higher against the US dollar on Tuesday buoyed by recent US Malaysia trade deals that have increased app...
Lelaki Teruja Sambut Bos Dari Malaysia Melawat Pakistan

Lelaki Teruja Sambut Bos Dari Malaysia Melawat Pakistan

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 200 hits
Lelaki Teruja Sambut Bos Dari Malaysia Melawat Pakistan Ramai yang menyangka bekerja di luar negara semuanya indah indah belaka Namun disebalik keindahan gaji yang lumayan terselit seribu satu cerita dan pengalaman pahit seorang perantau Le...
Pelabur Terima Positif Prospek Ekonomi Malaysia Pada 2026

Pelabur Terima Positif Prospek Ekonomi Malaysia Pada 2026

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 276 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2026 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 21 Okt Menurut tinjauan pelabur yang dibuat oleh CIMB Treasury and Markets Rese...
Malaysia Hampiri Fasa Akhir Rundingan Perdagangan Dengan Amerika Syarikat

Malaysia Hampiri Fasa Akhir Rundingan Perdagangan Dengan Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 245 hits
Menurut Tengku Zafrul Malaysia kini berada di penghujung proses rundingan dengan Amerika Syarikat Jika semuanya berjalan lancar perjanjian tersebut dijadualkan untuk dimeterai semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada hari Aha...
Apa Persamaan Anak Malaysia Dulu Amp Sekarang Spoiler Alert Ia Ada Dalam Segelas Susu

Apa Persamaan Anak Malaysia Dulu Amp Sekarang Spoiler Alert Ia Ada Dalam Segelas Susu

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 196 hits
Sebagai rakyat Malaysia kita patut merasa bangga dapat hidup dan membesar dalam masyarakat majmuk yang sentiasa bersatu hati walaupun berbeza bangsa dan budaya Kami yakin semangat ini zahir daripada didikan awal di rumah di mana setiap kelu...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Malaysian Ringgit Forecast 2026 How To Find The Lowerst Exchange Rates

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah

Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

Cara Simpan Daun Kesum Agar Kekal Segar Lebih 2 Minggu Petua Mudah Berkesan

Ain Syakirah Feat Farah Insyirah Rindu Rinduan Jadi Kenangan Chord

Empati Yang Terlalu Dalam Sunyi Yang Terlalu Jujur

Editor S Choice An Alternative Top 10 For 2025