Bacaan Niat Puasa Sunat Tasu A Dan Asyura Serta Kelebihan Puasa Sunat Asyura


Awal Muharram 1444 Hijrah/ Maal Hijrah 2022 disambut pada 30 Julai 2022 yang lalu. Datangnya bulan Muharram bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. 
Kelebihan Bulan MuharamMuharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Maal Hijrah merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam untuk memperingati memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Bermula tarikh itu, berlakulah perkembangan dan penyebaran dakwah Islamiyyah dengan lebih sistematik dan teratur. Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda menghadapi segala ancaman dan cabaran dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT

Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang membuktikan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Bulan Muharam merupakan salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak amalan puasa sunat.

Allah SWT telah menjadikan bulan Muharram sebagai salah satu dari bulan-bulan haram seperti mana dalam firmanNya yang bermaksud :

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (suci). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.- (QS. At-Taubah: 36)
Bulan Muharram ini mempunyai kelebihan seperti yang telah dijelaskan dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT bahawa ianya adalah salah satu daripada bulan haram

Rasulullah SAW juga telah menjelaskan melalui hadis sabda Baginda mengenai bulan- bulan haram yang terdiri daripada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. 
Bulan-bulan haram ini adalah bulan diharamkan untuk berperang dan juga diberikan kemuliaan dari segi diberi ganjaran besar dalam amal soleh yang dilakukan dalam bulan ini. 
Amalan Bulan MuharramMenurut Imam Nawawi, bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan selain puasa sunat Isnin dan Khamis :
sumber : Majlid Wilayah Persekutuan1 Muharram : Puasa awal tahun Hijriyah9 Muharram : Puasa Tasu’a10 Muharram : Puasa hari Asyura13 Muharram : Puasa sunat hari Putih14 Muharram : Puasa sunat hari Putih15 Muharram : Puasa sunat hari PutihManakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail)

Puasa Sunat Tasu’a Dan Asyura Bulan MuharramAnjuran berpuasa sunat 9, 10 dan 11 Muharram yang dinamakan Hari ‘Asyura dan Hari Tasu’a. Dari perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja

sumber : Kuliah Agama Sekitar Melaka
Tarikh puasa sunat Tasu’a Dan AsyuraTarikh puasa Tasu'a 2022 pada 9 Muharram 1444H / 7 Ogos 2022 (Ahad) dan tarikh puasa Asyura 2022 pada 10 Muharram 1444H / 8 Ogos 2022 (Isnin)

Bacaan Niat puasa sunat Tasu’a dan niat puasa sunat AsyuraWaktu Bacaan Niat : Bacaan lafaz niat boleh dilafazkan bermula malam hari sehingga siang hari sebelum waktu tergelincirnya matahari atau sebelum waktu zuhur

sumber : JAKIM
Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’aنَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Niat puasa sunat Tasu'a dalam rumi
Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala 
Maksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Asyura نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى

Niat puasa sunat Asyura dalam rumi
Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala 
Maksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala
Berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda : “Puasa hari ‘Asyura’ itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (Riwayat: al-Tirmizi).

Fadilat puasa sunat AsyuraKelebihan puasa Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya : Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Riwayat Ibn Majah (1738)

Fadilat Berpuasa Hari Tasu’a Tujuan berpuasa sunat pada hari Tasu’a adalah untuk membezakan amalan yang dilakukan kaum Yahudi iaitu berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Dan juga riwayat daripada Ibn Abbas R.A. beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya : Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. Riwayat Ahmad (2154)

Sunat berpuasa pada 9 Muharram (puasa tasu’a) atau 11 Muharram (Puasa Sunat Hari Ahada ‘A-syara) mengiringi 10 Muharram (puasa hari asyura) untuk membezakan antara ibadah kita (puasa tasua dan asyura) dengan ibadah puasa kaum Yahudi. Tarikh puasa 11 Muharram 1444H pada hari Selasa, 9 Ogos 2022.

Soal Jawab Puasa 10 Muharram1) Sunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.

2) Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.

3) Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.

4) Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharam sahaja? Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau “Tuhfah al-Muhtaj”:
قول المتن (وعاشوراء) ولا بأس بإفراده

Maksudnya : Teks (Al-Minhaj) menyebut: “...dan (disunatkan berpuasa) Asyura” dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.

5) Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi’ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharam.

6) Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum Asyura kerana itu keazaman baginda pada masa akan datang. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka digantikan pada 11 Muharam

Wallahu'alam.

Kredit : Ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-AgilSumber : mais.gov.my | mysumber 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/08/bacaan-niat-puasa-sunat-tasua-dan-asyura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Puasa Muharam Tarikh Puasa Sunat Hari Asyura Tasu A 2022

Kelebihan Puasa Muharam Tarikh Puasa Sunat Hari Asyura Tasu A 2022

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 472 hits
GALAKAN PUASA SUNAT DI BULAN MUHARAM PUASA ASYURA PUASA TASU A Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan...
Kelebihan Puasa Sunat Muharam

Kelebihan Puasa Sunat Muharam

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam Menurut ...
Kelebihan Dan Kehebatan Bulan Muharram Dan Hari Asyura

Kelebihan Dan Kehebatan Bulan Muharram Dan Hari Asyura

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 238 hits
Muharram bulan yang cukup istimewa dan merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam antara bulan dengan pelbagai kelebihan Hari ini Jumaat terakhir tahun Islam 1443H dan petang ini akan tiba 1 Muharram 1444H permulaan tahun baru Islam Bulan...
Isu Ipay88 K Komm Ambil Tindakan Serta Merta

Isu Ipay88 K Komm Ambil Tindakan Serta Merta

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 143 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mengadakan Tinjauan Mesra di Kedai sekitar Kok Lanas hari ini Foto BERNAMAKOTA BHARU Kementerian Komunikasi dan Multimedia K K
Kerajaan Pahang Komited Serta Bersungguh Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam

Kerajaan Pahang Komited Serta Bersungguh Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 160 hits
JERANTUT Kerajaan Pahang sangat komited dan bersungguh sungguh dalam membantu memperkasakan agama Islam di negeri ini Menteri Besar Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini ditunjukan melalui pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan ...
Rahsia Hari Asyura

Rahsia Hari Asyura

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 253 hits
Puasa pada sepanjang bulan Muharram adalah digalakkan tetapi ada juga nas khusus yang menceritakan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari Asyura Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R A bahawasanya Rasulullah S A W b...
Buat Bubur Asyura Utara Cara Mudah Cepat Rasa Padu

Buat Bubur Asyura Utara Cara Mudah Cepat Rasa Padu

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 228 hits
Ada yang mengidam nak makan bubur Asyura Boleh cuba cara mudah ni hanya guna dua cawan tepung dan guna santan kotak Rasa pun sedap Bubur Asyura UtaraBahan A2 cawan tepung beras2 sudu tepung jagung1 kotak santan 4 cawan air 1 sudu kecil gara...
Eskport Minyak Masak Polibeg Dihentikan Serta Merta Kata Menteri

Eskport Minyak Masak Polibeg Dihentikan Serta Merta Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 267 hits
SEBARANG pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa Beliau berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak...
12 Kelebihan Daftar Ahli Amway Bila Bonus Amway Masuk

12 Kelebihan Daftar Ahli Amway Bila Bonus Amway Masuk

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 472 hits
12 Kelebihan Daftar Ahli Amway Bila Bonus Amway Masuk Menerusi artikel ini aku akan berkongsi kelebihan jadi ahli Amway Bila telah bendaftar sebagai ahli Amway kita dipanggil sebagai Amway Business Owner Kelebihan menjadi ahli Amway ini ada...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine