Bacaan Luas Bebas Daripada Penyakit Kardiovaskular



Dr Zawiah Hashim dan Dr Chin Yit SiewPersatuan Kajian Obesiti MalaysiaPenyakit jantung dan strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan semakin ramai golongan muda mengalaminya (Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III)
Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok. Ini berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama, proses ini dikenali sebagai aterosklerosis
Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada teramat sangat - ini dikenali sebagai angina



Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, platelet berkumpul di kawasan yang cedera dan membentuk darah beku. Akhirnya, darah beku menghalang aliran darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung. Darah beku yang menghalang aliran darah ke otak pula dipanggil strok
5 FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASULAR BERPOTENSI MEMBAWA MAUT1. Berlebihan berat badan atau obesitiRisiko kegagalan jantung ialah 34 peratus lebih tinggi bagi individu lebih berat badan dan 104 peratus lebih tinggi bagi mereka yang obes. Mereka yang lebih berat badan atau obes lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovaskular yang lain seperti paras kolesterol dan trigliserida darah yang tinggi, tekanan darah tinggi serta diabetes
2.Tekanan darah tinggiTekanan darah tinggi meningkatkan beban ke atas jantung dan salur darah. Lama-kelamaan tekanan darah tinggi akan merosakkan dinding arteri. Plak mula terbentuk di kawasan yang rosak, arteri menjadi semakin sempit, tekanan darah semakin meningkat dan apabila plak pecah, darah beku terbentuk serta menghalang aliran darah
3. Paras kolesterol darah tinggiLDL (lipid ketumpatan rendah) atau kolesterol ‘jahat’ ialah sumber utama plak yang menyumbat arteri. HDL (lipid ketumpatan tinggi), sebaliknya membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan faktor risiko berkaitan. Tabiat makan yang tidak sihat, lebih berat badan atau obes dan gaya hidup tidak aktif ialah faktor utama menyumbang kepada paras kolesterol tinggi. Makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol atau lemak tepu adalah tidak baik. Semua jenis makanan jika diambil berlebihan tidak baik; diet yang sihat untuk jantung (dan tubuh) perlu seimbang dan kaya dengan pelbagai khasiat
4. Paras glukosa darah yang tinggiOrang dewasa yang menghidap diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali lebih tinggi terhadap kematian berpunca daripada penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Paras glukosa rendah dan paras glukosa sewaktu berpuasa yang terganggu meningkatkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular
Di samping itu, kerintangan insulin berkait rapat dengan obesiti dan orang menghidap diabetes sering menghidap tekanan darah tinggi dan merekodkan paras kolesterol yang tidak sihat. Gabungan faktor risiko terbabit meningkatkan keberangkalian penyakit kardiovaskular dalam kalangan penghidap diabetes
5. MerokokMerokok, seperti tekanan darah tinggi, juga merosakkan dinding arteri anda yang membawa kepada pembentukan plak. Bahan kimia di dalam setiap batang rokok juga menyebabkan darahmenjadi pekat dan membentuk darah beku di dalam arteri anda serta menjurus kepada penyakit kardiovaskular. Merokok sekotak rokok sehari boleh menggandakan risiko penyakit jantung
7 TIP UNTUK MEMELIHARA JANTUNG SIHATTabiat makan yang tidak sihat (diet yang tinggi lemak tepu/trans dan kurang serat, pengambilan garam berlebihan) berserta kurang melakukan aktiviti fizikal secara berkala akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Berazamlah untuk mencapai gaya hidup yang sihat untuk mencegah penyakit kardiovaskular
1. Ikuti panduan Seimbang, Kesederhanaan, dan KepelbagaianMakan semua makanan daripada pelbagai kumpulan di dalam piramid makanan dalam saiz sajian sederhana dan pilih pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Hadkan makanan bergula, berminyak dan bergaram yang boleh memburukkan faktor risiko penyakit kardiovaskular
2. Makan lebih banyak seratSerat membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah, mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovasular contohnya obesiti. Untuk mendapatkan serat, tambah legum, bijirin penuh, buah dan sayur ke dalam diet harian anda. Produk makanan bijirin penuh seperti beras perang, oat dan roti bijirin penuh ialah sumber baik bagi serat
Makanan terbabit juga mengandungi vitamin dan mineral lain. Oat khususnya, mengandungi serat larut yang likat dikenali sebagai beta-glukan. Ia membantu mengurangkan jumlah kolesterol ketumpatan rendah (LDL) di dalam darah anda
3. Aktif bergerakAktiviti fizikal terutama senaman aerobik, membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol HDL. Panduan Diet Malaysia menyarankan 30 minit senaman berintensiti sederhana, lima hingga enam kali setiap minggu diikuti bergiat aktif sepanjang hari dengan membuat pilihan yang lebih aktif contohnya, menggunakan tangga berbanding lif, berjalan pergi dan balik daripada makan tengah hari atau kedai berhampiran berbanding menaiki kereta
4. Kekalkan berat badan sihatMengekalkan berat badan yang sihat atau mengurangkan lebih berat badan boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan faktor risikonya (contohnya paras kolesterol dan tekanan darah) dengan ketara. Berazam untuk capai Indeks Jisim Tubuh (IJT) di antara 18.5-24.9. Ukuran lilitan pinggang 90 sentimeter (35 inci) atau lebih bagi lelaki atau 80 sentimeter (32 inci) atau lebih bagi wanita, dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes jenis dua, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
5. Lakukan saringan secara berkalaJadualkan pemeriksaan tahunan bagi tekanan darah, paras kolesterol dan glukosa anda. Penyakit kardiovaskular boleh wujud tanpa sebarang simptom atau simptomnya tidak begitu jelas kelihatan. Oleh itu, mengetahui sama ada anda berisiko terhadap penyakit kardiovasular melalui saringan boleh membantu doktor menasihati anda mengenai kaedah rawatan sesuai
6. Kurangkan stres dan rehat secukupnyaStres sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah, begitu juga jika tidak cukup tidur. Cuba dapatkan lapan jam tidur yang berkualiti, belajar untuk menenangkan tubuh, minda dan jiwa anda dari semasa ke semasa
7. Berhenti merokokSesiapa yang merokok satu kotak rokok sehari menggandakan risiko serangan jantung berbanding mereka tidak merokok. Perokok yang berhenti merokok mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan serta-merta
Anda boleh mencegah dan mengawal banyak faktor risiko penyakit kardiovaskular melalui perubahan gaya hidup yang sihat lantas menikmati kehidupan lebih gembira bersama orang disayangi. Perubahan terbabit bukan saja melindungi jantung anda tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan
Apabila jantung anda sihat, begitu juga anda. Bertindaklah sekarang dan pilih untuk hidup bebas daripada penyakit jantung kardiovaskular
Dr Zawiah Hashim & Dr Chin Yit Siew ialah ahli Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO). Artikel ini disumbangkan oleh Bulan Pemakanan Malaysia 2017, inisiatif pendidikan pemakanan komuniti tahunan anjuran Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietetik Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia. Program ini disokong oleh geran pendidikan daripada Pepsico (Quaker Malaysia)
Untuk maklumat lanjut mengenai makan cara sihat dan gaya hidup aktif, layari www.nutritionmonthmalaysia.org.my atau halaman Facebook Nutrition Month Malaysia.

sumber : https://www.hmetro.com.my/node/223989 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/02/bebas-daripada-penyakit-kardiovaskular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Endoftalmitis Penyakit Mata Yang Bisa Sebabkan Kebutaan

Waspada Endoftalmitis Penyakit Mata Yang Bisa Sebabkan Kebutaan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 305 hits
Setiap gejala penyakit yang terjadi pada tubuh sebaiknya tidak diabaikan Mungkin saja gejalanya sederhana namun jika tidak dilakukan penanganan yang tepat menjadi semakin parah Hal ini berlaku untuk penyakit mata mungkin saja gejala awalnya...
Petua Penyakit Stroke Atau Angin Ahmar

Petua Penyakit Stroke Atau Angin Ahmar

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 299 hits
Angin Ahmar atau lazimnya dikenali sebagai Stroke adalah penyakit kronik yang biasa dialami oleh rakyat negara ini Antara punca utama adalah kolestrol jahat yang menghalang oksigen sampai kebahagian otak kita Ini akan menyebabkan anggota ba...
Empat Bekteria Penyebab Penyakit Berkaitan Hubungan Kelamin 9120

Empat Bekteria Penyebab Penyakit Berkaitan Hubungan Kelamin 9120

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 281 hits
4 Penyakit Menular Seksual Super Baru yang Dikhawatirkan Para AhliKompas com 07 02 2019 19 34 WIBIlustrasiKOMPAS com baru muncul setiap waktu demikian juga dengan infeksi seksual menular Baca juga Berikut empat bakteri yang dapat menjadi an...
Mana Kajian Yang Beriya Cakap Water Filter Mencegah Penyakit Buah Pinggang Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

Mana Kajian Yang Beriya Cakap Water Filter Mencegah Penyakit Buah Pinggang Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 484 hits
Pakar Buah Pinggang Dr Rafidah Abdullah memang terkenal dengan kelantangannya dalam memberi informasi yang tepat dan berguna kepada masyarakat Malah dia juga pantang apabila melihat peniaga atau usahawan produk kecantikan dan kesihatan yang...
Dulu Hina Islam Sebagai Penyakit Akhirnya Ahli Politik Belanda Ini Ucap Kalimah Syahadah

Dulu Hina Islam Sebagai Penyakit Akhirnya Ahli Politik Belanda Ini Ucap Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 869 hits
BEKAS ahli Parlimen yang pernah melancarkan kempen anti Islam di Dewan Perwakilan Belanda Joram van Klaveren mengejutkan ramai apabila membuat pengumuman sudah memeluk agama Islam Klaveren 40 memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadah d...
Menteri Atr Soal Pungli Sertifikat Tanah Itu Penyakit Lama Yang Masih Ada Sekarang

Menteri Atr Soal Pungli Sertifikat Tanah Itu Penyakit Lama Yang Masih Ada Sekarang

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 257 hits
Hal ini kembali ditegaskan Sofyan sebab masih banyak pihak yang mengeluhkan harus merogoh kocek pribadi untuk membuat sertifikat tanah gara gara ada campur tangan pihak luar yang melakukan pungutan liar
Jauhi Dan Lindungi Aku Dari Penyakit Tua

Jauhi Dan Lindungi Aku Dari Penyakit Tua

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 251 hits
Diantara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk dementia alzheimer parkinsonism dan lain2 Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas Otak mengecut dengan meningkat umor dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan Dal...
Kisah Nyata Menyembuhkan Penyakit Komplikasi Liver Diabetes Jantung Dan Paru Paru Dengan Kopi

Kisah Nyata Menyembuhkan Penyakit Komplikasi Liver Diabetes Jantung Dan Paru Paru Dengan Kopi

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 391 hits
Tadi siang saya berkunjung ke Warkop Waw Kedai kopi yang berlokasi di Kompleks Perumahan Graha Madu Pesona Jl Turi Raya Tanjungsenang Bandarlampung ini adalah milik Ismail Komar Saya biasa menyapa Ismail Komar dengan Mas Komar Dia adalah se...
Suka Selfie Sebenarnya Adalah Salah Satu Gejala Penyakit Mental

Suka Selfie Sebenarnya Adalah Salah Satu Gejala Penyakit Mental

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 475 hits
sekadar gambar hiasanSebelum ini selfie atau swafoto belum dikategorikan sebagai penyakit mental yang kronik di Malaysia Walaubagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan malah semakin berleluas...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut