Bacaan Doa Zikir Dan Surah Al Quran Elak Sihir Dan Santau


Perbuatan sihir dan santau masih lagi berleluasa di zaman moden seperti tidak dapat lari daripada kehidupan masyarakat sekarang. Malah lebih canggih lagi dengan hanya menggunakan media sosial. Sebab itu kita perlu berhati-hati jika berkongsi di media sosial. Risau ada pendengki memerhati.
Disebabkan itu, kita perlu membina pendinding untuk melindungi diri daripada terkena sihir, santau, penyakit ain, penyakit misteri, gangguan jin, iblis, syaitan, mahkluk halus dan sewaktu dengannya.
Jadikan amalan setiap hari membaca Doa, Zikir dan Surah Al-Quran bagi membentengi diri agar terhindar dari perbuatan sihir. Kita tidak tahu siapa musuh kita. Kadang boleh jadi orang yang dekat dengan dia. Bila manusia ada sifat dengki, apa pun boleh jadi.

Nauzu billahi min zalik (نعوذ بالله من ذلك)Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)baca juga : amalan elak sihir atau santau

Doa dan surah Al-Quran elak sihir dan santau1. Surah Al FatihahMembaca surah Al-Fatihah dan membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari

Berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku:
Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.—Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sahih
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِDengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙSegala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙYang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗPemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗHanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙTunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat...آمين
2. Surah Al-Ikhlas
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌKatakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan
وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya
3. Surah Al-Falaq Baca surah Al-Falaq ketika kita mula berasa sakit dan tidak sihat jika terasa bagai ada sesuatu yang tidak kena

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِKatakanlah (wahai Muhammad) ; "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk
مِن شَرِّ مَا خَلَقَDari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَDan dari bahaya gelap apabila ia masuk
وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِDan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَDan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya
4. Surah An-Nas
Surah untuk kita berlindung dari kejahatan manusia dan bisikan hasutan syaitan.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِKatakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia
مَلِكِ ٱلنَّاسِYang Menguasai sekalian manusia
إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِTuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia
مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِYang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia
مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia

5. Surah Al-Baqarah ayat 255/ Ayatul Kursi/ Ayat Kursi
Ayatul Kursi (آية الكرسي) atau ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’ iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi

Ayat Kursi digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran dan sangat istimewa kerana surah ini mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas

Dengan mengamalkan surah Al-Baqarah ayat 255/ Ayat Kursi, InsyaAllah akan mendapat keredhaan serta perlindungan Allah SWT

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ 
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
6. Surah Yassin ayat 9Amalkan bacaan surah Yassin ayat 9 sebagai pelindung diri dari benda tak elok. InsyaAllah kita 'tidak dapat dilihat' oleh mereka yg ingin berbuat jahat terhadap kita

وَجَعَلْنَا مِنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّۭا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّۭا فَأَغْشَيْنَـٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَBacaan rumi : Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)

7. Surah Al-Anbiya' ayat 87/ Doa Nabi Yunus/ Zikir Nabi Yunus
Bacaan doa Nabi Yunus mudah untuk dihafal. Amalkan baca doa Nabi Yunus jika rasa takut, gementar, gugup, risau, rasa susah, kesempitan hidup dan sebagainya. Pendek kata, boleh diamalkan dalam apa jua keadaan untuk tenangkan hati supaya tidak panik dan memudahkan urusan kita.

Doa Nabi Yunus, dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Disebabkan zikir ini juga, Allah S.W.T. telah menyelamatkannya, yang akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya itu

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَLailahailla anta Subhanaka inni kuntu minaz zhaalimiin
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

8. Doa : Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim
Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya))– Hadis Sahih Riwayat Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُBismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Amalkan doa ini 3 kali setiap hari sebagai pelindung diri. Boleh juga dibaca sebelum makan/minum di gerai, kedai makan atau restoran untuk elakkan terkena sihir atau santau.  
9. 2 ayat terakhir Surah Al- Baqarah 
Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir (ayat no 285 dan 286) dari Surah Al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya–Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُRasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali. — Ayat 285
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. — Ayat 286
10. Zikir : Lailahaillallah wahdahula syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai-in Qadir
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌLailahaillallah wahdahula syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai-in Qadir
Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu

Zikir ini adalah salah satu kalimat yang Agung yang Rasulullah anjurkan semua umatnya untuk membaca kalimat tersebut setiap pagi dan petang. Kalimat ini masuk kedalam salah satu dari bahagian Zikir pagi dan petang sebagai pelnidung diri dari gangguan syaitan. Selain itu dengan berzikir dapat menghapuskan dosa.

11. Zikir A’udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَA’udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya— Hadis Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225

Wallahua'lam
Semoga Allah lindungi kita dan dijauhi perbuatan sihir. Aamiin...

sumber : quran.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/01/doa-zikir-surah-al-quran-elak-sihir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

Tahniah Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah Sebut sahaja nama Ustaz Don Daniyal pastinya ramai yang sudah mengenali figura hebat ini Nama beliau sebagai seorang penceramah bebas dan disegani ...
Friday Notes From The Quran 13 Jan 2023 Riba

Friday Notes From The Quran 13 Jan 2023 Riba

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 205 hits
Non Muslims may find this unfamiliar but may I request that you read this It is actually quite simple I have not posted any Friday Notes from the Quran for a couple of months now I will be continuing the column A reader recently sent me the...
Kenapa Allah Suruh Kita Baca Al Quran

Kenapa Allah Suruh Kita Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 174 hits
Oleh Jebat1 ALLAH perintahkan kita membaca 2 Surah Al Alaq merupakan wahyu pertama yang ALLAH turunkan kepada Rasulullah Sallahualaihi Wasalam melalui perantara Jibrail Sedangkan Nabi tidak tahu membaca Namun tetap diperintahkan membaca 3 W...
Tips Hafal Al Quran

Tips Hafal Al Quran

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 275 hits
TIPS HAFAL AL QURAN 1 LEPAS ASAR Baca betulkan tajwid2 LEPAS MAGHRIB Mula hafal dan fokus 3 LEPAS SUBUH Ulang hafalan semalam baca kembali depan kawan dan jangan salah 4 LEPAS ISYAK Ulang hafalan semalam sampai lancar PERINGATAN 1 Tinggalka...
Decision To Reinstate Woman As Muslim Against Quran Court Ruling

Decision To Reinstate Woman As Muslim Against Quran Court Ruling

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 202 hits
The High Court in Shah Alam declared in 2021 that the woman aged 37 was not a Muslim The decision was overturned in the Court of Appeal PETALING JAYA An Islamic human rights group has decried an appeal court decision to reinstate a 37 year ...
Mashaallah 3 Tahun Dah Hafaz Betty Rahmad Kongsi Rutin Wira Lancar Baca Al Quran

Mashaallah 3 Tahun Dah Hafaz Betty Rahmad Kongsi Rutin Wira Lancar Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 163 hits
Betullah orang kata anak anak kecil ini mudah belajar sesuatu bila ia dah menjadi kebiasaan Apa yang dia lihat dan dengar itu yang dia akan ikut Begitu juga anak kepada selebriti Betty Rahmad Ardy Wira yang kini berusia 4 tahun Gelagat dan ...
Surah Al Baqarah Ayat 216

Surah Al Baqarah Ayat 216

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 173 hits
Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
Alamak Tasha Daddy Yang Terlebih Lancar Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Ajar Anak Hafaz Surah Tarik Perhatian Ramai

Alamak Tasha Daddy Yang Terlebih Lancar Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Ajar Anak Hafaz Surah Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 190 hits
Sudah menjadi tanggungjawab bagi ibu bapa dalam mendidik anak anak ketika di rumah dan mengajar mereka semampu boleh untuk membuat kerja sekolah Tugas untuk menguruskan anak anak bukan saja diserahkan bulat bulat kepada ibu mereka malah bap...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco