Bacaan Doa Naik Kenderaan Dan Maksudnya
Sebagai orang Islam, kita digalakkan dan disunatkan untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan tid kira perjalanan jauh atau dekat.
Doa adalah salah satu senjata atau kekuatan umat Islam.
Oleh itu, di dalam Islam sangat dituntut memulakan sesuatu perkara dengan doa sama seperti doa menaiki kenderaan.
Mendahului sesuatu perjalanan dengan membaca doa naik kenderaan ini sesuai dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”
(Al-Ghafir: Ayat ke 60)
Bacaan doa ini juga merupakan satu bentuk pengharapan kepada Allah SWT agar perjalanan kita sentiasa dilindung dan diredhai.
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
Artikel berkaitan: Koleksi Doa Untuk Majlis Yang Ringkas & Mudah Dibaca (Rumi)
Bacaan doa naik kenderaan darat
Sebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membaca doa seperti berikut:
Maksudnya : “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini (kenderaan) bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya (13) dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami” (14) (Az-Zukhruf : 13 & 14)
Bacaan doa naik kenderaa laut / udara
Sebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membaca doa seperti berikut:
Maksudnya : “ Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh sesungguhnya Tuhanku Maha Pemaaf lagi Pengasih.” (Hud : 41)
Video bacaan doa naik kenderaan
Bagi yang sukar menghafal doa di atas, anda boleh belajar menghafal dengan bersama-sama menonton video Omar & Hana di atas ini.
Malah, video di atas juga merupakan pendedahan yang bagus kepada anak-anak kecil terutamanya agar mereka dapat menginngati doa ini dengan mudah.
Baca lagi: Doa Dipermudahkan Urusan
Sunnah dan adab bermusafir
Berikut merupakan perkara-perkara sunat dan adab ketika dalam perjalanan:
Membaca doa naik kenderaan
Utamakan orang yang lebih memerlukan
Menghormati orang lain
Menjaga kebersihan
Banyakkan bersabar dan elakkan dari mengeluar kata-kata negatif
Banyakkan berselawat dan berzikir dalam kenderaan
Berdisiplin di jalan raya – patuhi had laju, hormati pemandu lain
Tidak berebut-rebut semasa menaiki kenderaan
Tidak membawa terlebih muatan
Elak dari menggunakan telefon ketika memandu
Tips keselamatan sebelum memulakan perjalanan
Bagi memastikan keselamatan anda dan kesemua penumpang dalam kenderaan, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti:
Pastikan kenderaan yang ingin dipandu dalam keadaan baik dan selamat
Pastikan suis elektrik dan semua peralatan elektrik sudah dimatikan dan plug dicabut juga dari soket
Simpan semua barang yang berharga
Nyalakan lampu rumah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/bacaan-doa-naik-kenderaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bacaan-doa-naik-kenderaan