Ebby Mampu Naik Tangga Selepas 28 Kali Jalani Rawatan Alternatif


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Ebby Yus, 58, yang menghidap masalah jantung dan buah pinggang dapat merasakan perubahan pada tahap kesihatan selepas menjalani rawatan alternatif sejak Ramadan lalu.
Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abd Rashid berkata, dia terkejut apabila mampu menaiki tangga ke rumah rakannya di tingkat tiga untuk berhari raya.
“Saya tak tahu perlu menaiki tangga untuk ke rumah rakan yang berada di tingkat tiga dan terkejut mampu melakukannya.
“Sebelum ini, saya memang tak mampu menaiki tangga kerana mengah, tetapi saya tidak sangka selepas 28 kali menjalani rawatan alternatif sejak awal Ramadan, saya sudah dapat merasakan perubahan pada tahap kesihatan,” katanya kepada BH Online.
Ebby berkata, dia kini menjalani rawatan Enhanced External Counter Pulsation (EECP) atau dikenali kaedah moden untuk rawatan jantung secara bebas surgeri di sebuah pusat di Petaling Jaya dan turut menjalani rawatan bekam serta akupuntur.
Katanya, dia bersyukur dapat tajaan menjalani rawatan EECP sebanyak 35 kali yang dianggarkan bernilai hampir RM20,000.

Bagaimanapun, pelawak berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan itu berkata, dia tidak mengetepikan rawatan hospital.
“Saya masih makan ubat dan saya akan mengambil darah dan buat rawatan susulan di hospital, hujung bulan ini. Rawatan alternatif sebagai ikhtiar.
“Saya berharap keputusan darah bertambah baik, jadi tidak perlulah jalani rawatan dialisis sekiranya keputusan buah pinggang baik.
“Saya sudah menjalani 28 kali rawatan EECP dan hanya berbaki tujuh kali lagi. Setiap kali rawatan selama tiga jam. Ia dilakukan setiap hari kecuali Isnin,” katanya.
Pada Februari lalu, Ebby Yus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur selama beberapa hari kerana masalah jantung dan buah pinggang rosak.
Ebby memaklumkan badannya membengkak akibat dipenuhi air kerana buah pinggang tidak mampu memproses air keluar daripada badan sehingga menyebabkan sesak nafas.
Mengulas kerjaya seninya, Ebby berkata, dia tidak bekerja kerana tawaran diterima tidak sesuai dengan kudratnya sejak Ramadan.
“Saya tidak bekerja sejak bulan puasa sehingga sekarang. Tawaran juga semakin berkurangan, jika ada sekalipun ia tidak bersesuaian dengan kudrat saya.
“Saya hanya terima tawaran jika membabitkan penggambaran dalam studio kerana tidak mampu untuk bekerja di luar, apatah lagi, dalam keadaan cuaca panas,” katanya yang kali terakhir berlakon dalam program Sepahtu Reunion.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ift.tt/b2E9yVR


via Sinar Viral Network Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2023/05/ebby-mampu-naik-tangga-selepas-28-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Iran Lawat Syria Kali Pertama Selepas 12 Tahun

Presiden Iran Lawat Syria Kali Pertama Selepas 12 Tahun

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 257 hits
Presiden Iran lawat Syria kali pertama selepas 12 tahun Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2023 7 02PM
Fahmi Patut Rasa Malu Selepas Opr Naik Kata Tun Faisal

Fahmi Patut Rasa Malu Selepas Opr Naik Kata Tun Faisal

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 219 hits
agendaily com04 05 2023Datuk Tun Faisal Ismail Aziz Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyindir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selepas pengumuman Bank Negara Malaysia yang menaikkan kadar dasar semalaman 25 mata asas kepada 3 0 pera...
Tempurung Kepala Anak Retak Jatuh Tangga Naik Walker Biar Lambat Jalan Asal Jangan Guna Walker

Tempurung Kepala Anak Retak Jatuh Tangga Naik Walker Biar Lambat Jalan Asal Jangan Guna Walker

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 180 hits
Penggunaan walker selalu jadi pilihan mak ayah kita di negara ini untuk melatih anak agar cepat berjalan Hakikatnya penggunaan walker ini diharamkan di beberapa negara termasuklah Canada Semuanya kerana sistem keselamatan walker yang langsu...
View Chin Kembali Ke Pejabat Rakam Video Sambil Naik Tangga

View Chin Kembali Ke Pejabat Rakam Video Sambil Naik Tangga

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 174 hits
Usahawan dan pempengaruh media sosial View Chin mengaku sudah lama tidak hadir ke pejabat dipercayai selepas tular kontroversi berhubung isu rumah tangganya baru baru ini Menerusi perkongsian di InstaStory pengasas syarikat View Fashion itu...
Kanak Kanak Lelaki Kayuh Basikal Sejauh 130 Kilometer Ke Rumah Neneknya Selepas Bergaduh Dengan Ibu

Kanak Kanak Lelaki Kayuh Basikal Sejauh 130 Kilometer Ke Rumah Neneknya Selepas Bergaduh Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 222 hits
Kanak kanak lelaki kayuh basikal sejauh 130 kilometer ke rumah neneknya selepas bergaduh dengan ibu Media dari negara China baru baru ini melaporkan seorang kanak kanak lelaki yang berusia 11 tahun menunggang basikalnya seorang diri sejauh ...
Bersalin Di Dunia Berpantang Di Syurga Ibu Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Ke 3

Bersalin Di Dunia Berpantang Di Syurga Ibu Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Ke 3

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 631 hits
Memang tak mudah untuk menelan kenyataan ini Bukan setakat suami dan anak anak ahli keluarga juga pastinya pilu menghadapi ujian ini disaat kita sedang menyiapkan pelbagai persiapan untuk menyambut Aidil Fitri Allahyarhamah Norliyana Roslan...
Tomislav Berhajat Bawa Kembali Anak Didik Selepas Dibelasah Selangor

Tomislav Berhajat Bawa Kembali Anak Didik Selepas Dibelasah Selangor

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 231 hits
KeIana Jaya Ketua juruIatih Terengganu FC TomisIav Steinbr ckner menyatakan minat untuk membawa masuk pemain sayap Ratchaburi FC Safawi Rasid ke Terengganu Perkara ini susuIan kekaIahan memaIukan kenatas SeIangor dengan keputusan 5 1 di Sta...
Selepas Dipecat Umno Adun Sugut Dilantik Ketua Bahagian Gagasan Rakyat

Selepas Dipecat Umno Adun Sugut Dilantik Ketua Bahagian Gagasan Rakyat

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 133 hits
James Ratib antara tiga Adun yang dipecat Umno awal bulan ini PETALING JAYA Adun Sugut James Ratib yang dipecat Umno kini ialah ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Sugut Beliau berkata proses penyertaannya dalam Gagasan Rakyat sudah s...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin