Bac 2022 Zii Jia Mara Ke Suku Akhir


 
Pilihan ketiga kejohanan Zii Jia akan berdepan pilihan kelapan Kanta Tsuneyama dari Jepun untuk penentuan tempat ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, hari ini. (Gambar badminton_official)KUALA LUMPUR: Perseorangan badminton utama Malaysia Lee Zii Jia mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina, semalam.
Dalam aksi pusingan kedua, pemain ketujuh dunia Zii Jia mencatatkan kemenangan meyakinkan dalam set pertama menentang Shesar, 21-14, sebelum menang tipis pada set seterusnya dengan kelebihan dua mata, 22-20, untuk mara ke suku akhir kejohanan itu di Kompleks Sukan Muntinlupa.
Pilihan ketiga kejohanan Zii Jia akan berdepan pilihan kelapan Kanta Tsuneyama untuk penentuan tempat ke separuh akhir hari ini, selepas atlet Jepun itu menewaskan Tien Minh Nguyen dari Vietnam, 21-9, 21-10.
Sementara itu, pilihan keempat kejohanan Jonatan Christie dari Indonesia menghancurkan harapan Liew Daren untuk melangkah lebih jauh dalam kejuaraan itu, selepas beliau menewaskan pemain profesional Malaysia itu 21-14, 13-21, 21-19.
Dalam pada itu, perseorangan wanita nombor satu negara S.Kisona gagal ke pusingan seterusnya apabila kecundang di tangan pemain pilihan kelima dari China, He Bing Jao, 18-21, 14-21.
Dalam saingan beregu lelaki, pemenang gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetepikan cabaran pasangan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Jun Liang Andy Kwek 21-16, 21-19 untuk meraih tempat di suku akhir bagi menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.
Terdahulu Satwiksairaj-Chirag merekodkan kemenangan straight set ke atas lawan mereka dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito, 21-17, 21-15.
Juara Terbuka Jerman 2022, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula menundukkan Kang Minhyuk-Kim Wonho dari Korea Selatan 21-17, 21-17 bagi menempah tempat pada suku akhir.
Mereka akan berdepan Ren Xiang Yu-Tan Qiang selepas beregu bukan pilihan dari China itu mengejutkan pilihan utama kejohanan, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-9, 21-15.
Bagaimanapun, pemenang gangsa Kejohanan Dunia 2021 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dikejutkan dengan kekalahan di tangan pasangan muda Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, 16-21, 21-18, 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit.
Selain itu, beregu wanita utama kebangsaan Pearly Tan-M. Thinaah turut melangkah ke suku akhir setelah menewaskan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam dari Hong Kong 21-13, 23-21 selepas 33 minit perlawanan.
Pilihan keempat kejohanan Yuki Fukushima-Sayaka Hirota menanti Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan ketujuh di pusingan seterusnya, selepas pasangan Jepun itu menundukkan Chasinee Korepap-Jhenicha Sudjaipraparat dari Thailand, 21-13, 21-18.
Namun, beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal melepasi halangan di pusingan kedua selepas kalah kepada Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Japan dalam rubber set, 19-21, 21-16, 13-21.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/bac-2022-zii-jia-mara-ke-suku-akhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zii Jia Aaron Wooi Yik Mara Ke Final Kejohanan Badminton Asia

Zii Jia Aaron Wooi Yik Mara Ke Final Kejohanan Badminton Asia

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR Pemain perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia terus mempamerkan aksi konsisten dan bertenaga pada Kejohanan Badminton Asia 2022 di Manila Filipina hari ini dengan menewaskan pemain China Weng Hong Yang sekali gus menempah...
Gelaran Raja Badminton Asia 2022 Jadi Milik Zii Jia Tewaskan Jonatan Christie 21 17 23 21

Gelaran Raja Badminton Asia 2022 Jadi Milik Zii Jia Tewaskan Jonatan Christie 21 17 23 21

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Jaguh badminton negara Lee Zii Jia merangkul gelaran Raja badminton benua asia selepas berhasil menumpaskan Jonatan Christie di pentas akhir Kejohanan Badminton Asia 2022 Lebih manis Zii Jia yang merupakan pemain bebas di ranki...
Zii Jia Powers His Way Into Bac Singles Final In Manila

Zii Jia Powers His Way Into Bac Singles Final In Manila

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 228 hits
Lee Zii Jia was in devastating form when defeating rising Chinese star Weng Hong Yang 21 11 21 19 PETALING JAYA National badminton ace Lee Zii Jia smashed his way into the Badminton Asia Championships singles final in Manila defeating risin...
Lee Zii Jia Wins Badminton Asia Championships

Lee Zii Jia Wins Badminton Asia Championships

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 219 hits
National shuttler Lee Zii Jia clinched the Badminton Asia Championships singles title after beating Indonesia s Jonatan Christie Lee defeated his Indonesian counterpart in a straight set 27 17 23 21 which took around 45 minutes according to...
Tarikh Akhir Pengeposan Pos Malaysia Sempena Aidilfitri 2022

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Malaysia Sempena Aidilfitri 2022

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 248 hits
Tarikh akhir pengeposan bungkusan Pos Laju mel dan kad ucapan Hari Raya sempena sambutan Aidilfitri 2022 1443H Juga pengumuman tarikh operasi Pos Malaysia dan Pos Laju di seluruh Malaysia sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2021 Pos Malay...
Dah Kurang Cerita Best Kerap Promote Filem Lgbt Punca Netflix Hilang 200 000 Pelanggan Di Suku Pertama 2022

Dah Kurang Cerita Best Kerap Promote Filem Lgbt Punca Netflix Hilang 200 000 Pelanggan Di Suku Pertama 2022

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 350 hits
Syarikat penstriman dunia Netflix dilaporkan mengalami kejatuhan saham sebanyak 30 peratus pada Rabu sekali gus menyebabkan nilai pasaran syarikat itu yang berpangkalan di California merundum lebih 45 bilion dolar iaitu merosot hampir 60 pe...
Peluang Pengajian Program Tvet Tahfiz Tajaan Mara Kemasukan September Tahun 2022

Peluang Pengajian Program Tvet Tahfiz Tajaan Mara Kemasukan September Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 253 hits
Peluang Pengajian Program TVET Tahfiz Tajaan Mara Kemasukan September 2022 Majlis Amanah Rakyat telah memperkenalkan program pengajian berteraskan tahfiz di Institus Kemahiran Malaysia Program TVET Tahfiz merupakan program yang bertujuan me...
Kongsi Password Punca Pendapatan Tahunan Suku Pertama 2022 Netflix Merudum

Kongsi Password Punca Pendapatan Tahunan Suku Pertama 2022 Netflix Merudum

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 225 hits
Netflix mendedahkan yang lebih 100 juta penggunannya telah berkongsi password dan sekaligus menyebabkan pendapatan tahunan bagi suku pertama 2022 merosot dengan begitu banyak Dengan pengguna sah Netflix yang makin merosot Netflix nampaknya ...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik