Baby Shima Dilabel Betina Bantu Orang Guna Duit Haram
Baby Shima dilabel betina bantu orang guna duit haram
Baby Shima dilabel betina bantu orang guna duit haram
Penyanyi Baby Shima terkilan apabila niat baiknya menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir melalui jualan baju terpakai menggunakan platform TikTok mendapat kecaman hebat netizen.
Lebih menyedihkan, penyanyi berusia 26 tahun itu turut dilemparkan kata-kata kejian sehingga ada yang menuduh hasil jualan pakaian Baby Shima sebagai duit haram.
“Ramai yang ambil kerja Tuhan. Bila saya menari, ramai yang kecam. Bila saya bantu mangsa banjir pun saya tetap dimaki dengan teruk. Mungkin nama Baby Shima sesuai untuk dikecam,” katanya pemilik nama lengkapnya Nor Ashima Ramli ketika dihubungi dihubungi Kosmo! Online.
Pelantun agu Roadblock Hatiku itu juga mengakui terkejut membaca komen-komen netizen yang tetap mengeji dirinya walaupun ketika melakukan kerja kebajikan. Dia tidak faham mengapa dirinya menjadi sasaran netizen biarpun cuba melakukan kebaikan.
“Manusia bila kita tunjuk kita sedang bantu orang, dituduh kita riak. Kena hina hanya kerana kekurangan diri sendiri.
“Bila kita bantu senyap-senyap, kata kita tidak turun padang. Pada semua jangan menilai apa yang didermakan melalui kesalahan seseorang itu atau disebabkan penampilan mereka. Kita semua manusia biasa, tiada hak untuk menilai orang itu baik atau tidak,” ujarnya.
Shima dalam pada itu menasihati orang ramai dan juga dirinya sendiri supaya jangan cepat mencari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri juga melakukan kesalahan.
“Kepada semua dan kepada diri saya sendiri juga, jangan cepat mencari kesalahan orang lain. Kadang-kadang kita pun ada kesalahan yang kita buat dan lebih banyak daripada orang lain. Kita sendiri kena sedar,” jelasnya.
Melalui jualan baju terpakai, Baby Shima berharap dapat menyumbang kepada kelab peminatnya iaitu Babyshima Supporter untuk diagihkan terutama kepada mangsa banjir di Klang, Shah Alam dan Kuantan.
Terdahulu, Baby Shima mengambil inisiatif sendiri untuk menjual baju-baju terpakai miliknya dalam aplikasi TikTok untuk membantu peminatnya yang terkesan akibat bencana banjir.
Namun niat baik penyanyi itu telah dicemari dengan komen-komen negatif oleh netizen termasuk dituduh menggunakan wang haram untuk membantu mangsa banjir. K Online
Baby Shima dilabel betina bantu orang guna duit haram
Baca Artikel Menarik :
Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
Amelia tak suka kongsi
Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’
The post Baby Shima dilabel betina bantu orang guna duit haram appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/26/baby-shima-dilabel-betina-bantu-orang-guna-duit-haram/