Baby Menangis Tak Berhenti


Makhluk paling susah nak diagnos adalah golongan baby. Lapar dia menangis, dahaga pun dia menangis. Sesak nafas dia menangis, sakit perut pun dia menangis. Patah tulang lagilah dia menangis. Lagi-lagi nak cari perhatian pun dia menangis.
Malam itu seorang emak datang Jabatan Kecemasan disebabkan baby dua bulan menangis tak henti-henti sejak pukul tujuh sampai pukul sebelas malam.
“Dia ada demam, badan rasa panas hangat menggigil?”
“Tak ada doktor.”
“Ada batuk, hingus, muntah, berak cirit, sawan atau nafas nampak laju?” Emak geleng kepala.
Sudah bagi susu, tukar lampin, dukung dan bedung dipujuk masih tak berhenti menangis. Emak dah buntu tak ada idea akhirnya cari doktor di hospital.
“Tak apa. Letak baby di sini, kita periksa dulu.” Aku pergi ke satu katil kosong paling dekat. Perlahan Emak letak baby atas katil dan buka kain bedung. Tangisan makin kuat dalam Zon Kuning.
“Alaa baby sayaang. Kesiannya dia merah-merah muka peluh-peluh sini sini sini meh kat Abang Apis meh. Alaa panas? Lapar? Tak dapat cendol? Esok kita beli deh.” Dengan baby pun kena berbasa-basi dahulu sebelum periksa. Bagi dia selesa.
“Hydration still good. Crying with tears. Anterior fontanelle not sunken. CRT less than two.”
Belek-belek tangan dan kaki nak tengok ada ruam atau tidak, nadai. Kemudian baju dibuka mahu tengok perut.
“Abdomen looks distended but still soft. No obvious mass palpable.” Aku komen bagi HeshO dengar nanti boleh tulis dalam triaj, sambil tekan perut baby beberapa kali.
“Tapi slightly distended abdomen can be because of crying. Later we reassess.” Komen lagi supaya tak lupa nak periksa lagi sekali nanti dengan harapan baby akan berhenti menangis kemudiannya.
Aku tekap stetoskop pada dada mahu pastikan tak ada sebarang bunyi yang mencurigakan. Tapi dengan tangisan kuat sebegitu apa sahajalah yang boleh didengar. Asalkan tak ada bunyi wisel cukuplah.
“OK Puan, dukung semula tepuk-tepuk.” Aku bagi semula baby pada emaknya.
Kakak-kakak baju putih yang tadinya tak ada kerja terbongkang tepi meja dah ramai-ramai kerumun tolong pujuk bagi berhenti menangis. Macam dah dalam skrip, mesti ada yang buka henfon cari lagu paling menyakitkan telinga masa di Jabatan Pediatrik dulu – Baby Shark Hit You With That Ddu-du Ddu-du Du. Kau ingat budak umur dua bulan boleh faham lagu tersebut? Penglihatan pun belum betul bagus lagi nak tengok video. Blur-blur masih belum kenal warna.
Macam biasa juga gerombolan kakak-kakak baju putih tersebut bawa aura veteran jaga anak lima orang, tiba-tiba sahaja bayi tersebut berhenti menangis dan tidur. Menakjubkan betul.
Lalu macam biasa lagi sekali selaku dokter yang kerjanya mesti nak kacau baby tidur, aku selak semula baju baby dan tekan beberapa kali sebelum baby menangis balik kena pujuk lagi sekali.
“Soft, dah tak nampak distended.” Sekadar komen biasa sambil kena jeling muka tak puas hati daripada gerombolan perempuan di situ. Sengih sahajalah. Kerja doktor memang buat orang sakit bertambah sakit, nak bagi alasan apa lagi.
“Dah tak menangis nak admit jugak ke Apis? Ke nak discaj bagi balik?” Salah seorang kakak baju putih tanya. Yang lain masih sembang dengan emak bagi beberapa tips memujuk bayi menangis dengan berkesan untuk ibu-ibu muda dengan anak pertama.
Aku masih tak puas hati. Nak discaj kena pastikan semua OK. Nak admit kena tahu kenapa perlu masuk wad.
Bayi tengah tidur aku kira kadar pernafasan seminit. “Fifty. No recession.”
Belek sekilas kertas triaj bahagian vital signs. Bacaan degupan jantung dan oksigen diperhati. “Not tachycardic. SPO2 OK.”
Jari ketuk-ketuk pagar sisi katil. Masih rasa tak sedap. Hati kuat suruh admit tapi kenapa eh? Paling kuat pun mother’s concern, tapi buatnya mak tak nak masuk wad?
“Ibu, baby menangis tiga jam ada bagi susu?”
“Ada. Breastfeeding.”
“Dia menyusu macam biasa atau kurang?”
“Macam biasa. Hisap 20 minit kemudian berhenti kenyang. Tapi sambung menangis.”
Aku garu kepala yang tak gatal. Cari resepi nak goreng dengan eMO pediatrik.
“Oh tapi kali ini dua kali dia menyusu, dua kali susu meleleh keluar sikit lepas saya tepuk belakang. Sebelum ini tak pernah.”
Aku buka mata bersinar-sinar. Tiba-tiba nampak cahaya di hujung terowong.
“Hari ini ada berak?”
“Belum. Kali terakhir berak kelmarin.”
“Ada cirit birit atau taik berdarah kelmarin?”
“Tak ada. Kuning macam biasa.”
“Hari ini ada dengar dia kentut?” Emak angguk mengiyakan tanda masih ada.
“Kita buat satu xray.” Aku suruh HeshO isi borang.
Balik dari Jabatan Radiologi aku ketik butang refresh komputer bertubi-tubi supaya gambar xray keluar dengan laju. Mohon cepat sikit, nak menggoreng tak cukup bahan.
“Dilated bowel.” Akhirnya punca tak sedap hati ditemui. Rasa lega macam minum air lepas berlari marathon.
Aku balik Zon Kuning suruh HeshO pasang branula dan ambil darah. Nanti boleh mulakan drip.
“Ibu, jangan bagi menyusu dulu malam ni. Saya takut usus baby tersumbat. Nanti kita minta doktor Jabatan Pembedahan tengok.”
Aku rujuk Jabatan Pembedahan untuk masuk wad, walaupun penghujungnya pakar bedah tak rasa perlu buat ultrasound abdomen tengah malam buta. Paling merisaukan sebenarnya adalah pengintususupan usus bayi; keadaan di mana satu bahagian usus tergelincir masuk dalam bahagian usus yang lain seperti kita gulung lengan baju, membuatkan usus tersumbat.
Esoknya aku dengar pukul lapan pagi barulah baby tersebut buat ultrasound. Dengan sifat ingin tahu maha tinggi aku cari laporan Jabatan Radiologi;
Pseudokidney appearance over right iliac fossa may represent intussusception. As usual please correlate clinically. Kan? Jangan main-main dengan naluri keibuan seorang lelaki. Ada sebab kenapa Akak Nurin Najwa itu wujud.
The post Baby Menangis Tak Berhenti first appeared on AkuDarahAnakMalaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog.akudarahanakmalaysia.net/2021/11/baby-menangis-tak-berhenti/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=baby-menangis-tak-berhenti

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allahuakbar Malaikat Jibril Menangis Saat Mengungkap Penghuni Neraka Yang Ke 7

Allahuakbar Malaikat Jibril Menangis Saat Mengungkap Penghuni Neraka Yang Ke 7

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 143 hits
Kala itu Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tak biasa Namun Jibril kelihatan berbeza Raut wajah yang tak biasa Maka Rasulullah SAW bertanya Mengapa aku melihat kau berubah muka Jawabnya Ya Muhammad aku datang kepadamu di saat A...
Luvia Jangan Menangis Untukku

Luvia Jangan Menangis Untukku

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 127 hits
Sekali ku telah berjanjiTak akan mudah ku telan kembaliKarna ku t lah memilihcinta hanyalah satu Tuk dirimuNamun apa yang t lah kau beriMemang lidah memang tak bertulangDulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakitiReff Cukuplah sudah ...
Lagu Adele Bikin Anjing Menangis Video

Lagu Adele Bikin Anjing Menangis Video

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 150 hits
Honestly aku minat Adele Aku mula dengar lagu Rolling in the Deep yang di cover oleh Vasquez Sound tapi aku bukan peminat setia cuma listener saja Tapi siapa sangka lagu Adele yang bertajuk Someone Like You boleh bikin seekor anjing Rocco d...
Ariana Grande Menangis Semasa Persembahan

Ariana Grande Menangis Semasa Persembahan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 116 hits
Ariana mengalirkan air mata semasa membuat persembahan di tempat kelahiran bekas kekasih Mac Miller BINTANG TERKENAL Ariana Grande tidak mampu menahan emosi hingga terpaksa menyanyi dalam kesedihan dan menangis ketika konsert jelajah Sweete...
Menangis Youtuber Diganggu Sihir Dari Kotak Misteri Rawatan Islam Dibuat Untuk Princemeed

Menangis Youtuber Diganggu Sihir Dari Kotak Misteri Rawatan Islam Dibuat Untuk Princemeed

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 182 hits
Youtuber Diganggu Sihir Dari Kotak Misteri Rawatan Islam Dibuat Untuk Princemeed mesti ramai tertanya tanya sebab benda ni dah banyak tersebar Actually saya dah lama tahu benda ni sebab Klik link untuk bacaan selanjutnya
Anak Kerap Menangis Perhatikan Ada Tak Urat Hijau Pada Hidung Antara Mata

Anak Kerap Menangis Perhatikan Ada Tak Urat Hijau Pada Hidung Antara Mata

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 228 hits
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia beritahu sama ada lapar letih mengantuk kurang selesa kerana lampin basah selain faktor suhu persekitaran terlalu sejuk atau panas Kadang tu walaupun semuanya ok bila berdepan dengan anak menangis tanp...
Ustadz Adi Hidayat Sampai Menangis Menceritakan Perjuangan Rasulullah

Ustadz Adi Hidayat Sampai Menangis Menceritakan Perjuangan Rasulullah

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 166 hits
Ceramah Agama Ustad Adi Hidayat Mennceritakan Perjuangan Nabi Muhammad SAW Sampai meneterskan air mata begitu beratnya perjuangan Rasulullah saat memperjuangkan Agama Islam silahkan disimak videonya semoga kita semua mendapat kan manfaat da...
Ayat Ayat Ruqyah Penawar Bayi Menangis Malam Akibat Gangguan

Ayat Ayat Ruqyah Penawar Bayi Menangis Malam Akibat Gangguan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 370 hits
Salam semua Masa dalam pantang Qisya akan sedar dalam kul 3 pagi tapi tak ada la nangis2 sakan Just nangis nak susu masa tu la poo poo banyak nak orang tegur2 dia Sampai kul 6 30pg biasanya Episod menangis malam bermula apabila balik kg kat...
Nasi Harimau Menangis Kajang

Nasi Harimau Menangis Kajang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 229 hits
Minggu lepas Bro sempat cuba satu menu viral di laman sosial iaitu yang terletak di Food Valley Kajang Selangor Ramai yang tertanya tanya apa yang harimau menangis yang dimaksudkan ini ini menyediakan menu nasi putih bersama daging lembu ya...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Zikir Dikir Hafiz Hamidun Halim Yazid

Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Air Laici Bunga Telang Minuman Sejuk Yang Menyegarkan

Relatif Berdasarkan Perbandingan

Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan

Lelaki Pengsan Dipukul Bekas Teman Wanita