Allahuakbar Malaikat Jibril Menangis Saat Mengungkap Penghuni Neraka Yang Ke 7
Kala itu Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tak biasa. Namun, Jibril kelihatan berbeza. Raut wajah yang tak biasa
Maka Rasulullah SAW bertanya : “Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya “
Lalu Rasullulah Saw bersabda : “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam”
Jawabnya : “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya
Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang arah nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya
Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sehingga ke bawah bumi yg ke 7
Demi Allah, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan-potongan api
Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antara pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain “
Dikatakan dalam hadis Qudsi : “Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zaqqum
Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70.000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat “
“Api yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam” (HR. Bukhari-Muslim). “Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya”. (QS. Al-Furqan: 11)
“Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah”. (QS. Al Mulk: 7)
Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan asap hitam yang sangat panas) (QS. Al-Waqi’ah: 41-44 )
Rasulullah SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut
“Pintu pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir. Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin; Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api; Pintu ke 4 dinamakan Ladha,
Diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya; Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi; Pintu ke 6 dinamakan Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir. Rasulullah bertanya: “Bagaimana dengan pintu ke 7?”
Sejenak malaikat Jibril seperti ragu untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah Saw mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril berkata, “Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal dunia sebelum mereka mengucapkan kata taubat
Mendengar penjelasan yang mengejutkan itu, Rasulullah Saw pun terus pengsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah saw di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka? ” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”
Nabi Muhammad SAW lalu menangis, Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi terus masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali solat. Selepas kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat Beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Semoga bermanfaat. Barakallohu fikum.Rahmat Imanudin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://luvislam92.blogspot.com/2018/08/allahuakbar-malaikat-jibril-menangis.html