Baby Kurang Gerak Jantung Dah Lemah Sangat Janganlah Paksa Diri Kalau Tak Larat
Pengalaman setiap ibu yang mengandung tak sama. Jangan sesekali pertikaikan jika ada yang memang badannya lemah, makan pun muntah atau berlaku perubahan pada tubuh secara mendadak.
Dalam hal ini suami kena lebih memahami dan sentiasa memberi kata semangat. Ini kerana emosi ibu mengandung tak menentu dan jika tak dapat dikawal boleh beri kesan kepada bayi dalam kandungan.
Gambar Hiasan
Begitu juga jika ibu terlalu penat pun, kesannya akan turut dirasai oleh bayi.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Aliaa Yusof mengenai pengalamannya sendiri yang tengah mengandung 33 minggu apabila bayi tak bergerak dalam perut seperti biasa dan pemeriksaan mendapati jantung bayi sangat lemah seolah macam terlalu penat.
BABY TAK GERAK DALAM PERUT SEPERTI BIASA
Inilah yang jadi pada kakya semalam, yang buat kakya dan husband bergegas ke emergency tengah malam buta. Bermulanya tengah hari tu kakya ada sesak nafas, lepas tu okay balik.
Bila dah okay semula kakya ke dapur masak, siaplah sejenis lauk. Lepas tu rasa penat sangat. Jadi lepas masak tu rehat terus dalam bilik, sampai ke petang.
Bila petang rasa lain, tertanya dalam hati kenapa baby ni tak gerak macam selalu? Takde gerakan yang kuat, sesekali dia gerak tu pun sangatla perlahan. Masa tu berbaik sangka lagi, fikir mungkin dia tidur.
Dah sampai waktu malam, lepas waktu berbuka nak solat maghrib. Masih lagi takde rasa gerakan, masa tu dah pelik. Selalunya masa maghrib ke atas, dia punya gerakan sangat aktif. Sampai timbul nampak perut tu bergerak ke kanan ke kiri.
Mula rasa takut dan cemas
Lepas je terawih bagitahu suami pasal baby, masa tu badan pun rasa penat nak tidur je. Bila baring, memang ketara sangat takde gerakan seperti biasa. Mula rasa takut, cemas semua ada.
Cuba nak pejam mata, suami pulak duk google itu ini, lepas tu dia kejut. Dia nak pegang perut, cari gerakan baby kot ada. Memang 10 minit dia pegang langsung takde gerakan, kebiasaannya bila suami pegang dan bercakap dengan dia mesti baby bertindak balas.
Masa tu suami suruh bersiap, nak bawa ke hospital. Tak boleh nak tunggu dah. Takut jadi pape pada baby, tapi Aira pulak tengah nyenyak tidur. Suami kol adik dan mintak tolong dia datang dan jagakan Aira sementara kami ke hospital.
Sampai je bahagian kecemasan, bagitahu nurse saya datang ni sebab baby tak gerak. Dia tanya dari bila tak gerak, kakya jawab seingat saya dia gerak last pun petang. Terkejut nurse, terus dia panggil doktor, kakya pun terus di bawa ke bilik rawatan luar (kabin luar sebab musim covidkan dia punya prosedur agak ketat di kpj).
Soal jawab bab covid semua, lepas tu check tekanan darah, dan mesin ctg pun dibawa turun (sebab kakya tak buat test covid lagi, jadi tak boleh dibawa ke tempat yang sepatutnya).
Denyutan jantung baby sangat lemah
30 minit pertama dia pasang ctg, nurse kata, denyutan jantung baby sangat lemah. Baby macam terlalu penat. Masa tu rasa nak nangis tapi positif, sebab kalau kita stress nanti baby pun akan stress.
Lepas tu alhamdulillah denyutan jantung baby dah kembali normal, nurse tanya kakya puan ada buat kerja berat ke? Kakya jawab saya kat rumah kerja saya hanya masak je, lain semua suami buat.
Setiap ibu mengandung tak sama
Nampaknya lepas ni Puan masak pun tak boleh, condition badan puan tak mengizinkan Puan untuk masak. Bagi sesetengah orang, masak adalah kerja ringan tapi bukan untuk puan.
Kakya bagitahu dia cubaan berpuasa setiap hari walaupun hakikatnya dapat setengah hari je, nurse kata tak boleh Puan. Badan Puan kena ada nutrisi yang cukup, Puan kena banyak minum air supaya baby pun dapat keperluan yang diperlukan. Makan macam biasa, jangan skip sarapan.
Setiap ibu mengandung akan mengalami pengalaman dan alahan yang berbeza. Untuk situasi Puan, memang kena rehat sepenuhnya jangan buat kerja kalau boleh mintak suami bantu.
Jika baby tak bergerak 2 jam, sila ke hospital
Lepas tu kakya dinasihatkan jika baby tak bergerak dua jam, sila ke hospital dengan segera. Jangan bertangguh, sebab ada kes baby dua jam tak gerak rupanya baby dah meninggal dalam perut. Tak sempat nak diselamatkan.
Gambar Hiasan
Tolong jangan paksa diri
Jadi kesimpulannya di sini, ibu mengandung tolong ambil tahu bab condition badan masing-masing dan alert bab pergerakan baby. Bila kita penat, automatik baby dalam perut juga penat. Jadi jangan paksa diri, walau kadang ko rasa kerja tu mudah je sebab kandungan sebelum ni ko handal buat kerja.
Kedua bab puasa, tanya doktor dulu jika nak cuba berpuasa. Kalau tak mampu jangan paksa, kita ada ruksah bab berpuasa ni. Kita bukan sengaja ponteng puasa, kita sedang berjuang membesarkan satu nyawa dalam perut ni. Jangan asbab taksub taknak tinggal puasa, kita bahayakan nyawa yang tak berdosa.
Bab solat pulak, kalau tak mampu solat berdiri solat duduk je, asalkan kita solat. Macam situasi kakya dari 7 bulan kakya memang solat duduk, sebab bila solat berdiri kakya nak tumbang, dengan kena sesak nafas lagi.
Apapun buat mana yang mampu, tak mampu puasa kita masih boleh mengaji, tak mampu nak terawih banyak kita buat sikit. Bersedekah pun amalan yang boleh kita buat, insyaAllah semoga kita dipermudahkan segala urusan semasa hamil dan semasa bersalin nanti.
Boleh share pada ibu mengandung lain jika bermanfaat.
#33weekspregnancy
Sumber: Aliaa Yusof
The post “Baby Kurang Gerak, Jantung Dah Lemah Sangat.” Janganlah Paksa Diri Kalau Tak Larat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baby-kurang-gerak-jantung-dah-lemah-sangat-janganlah-paksa-diri-kalau-tak-larat/