Baby Dah Kuat Menendang Kandungan Dah 5 Bulan Syatilla Sam Tak Kisah Jantina Anak
Bakal menyambut kelahiran anak ketiga mereka empat bulan lagi, pasangan pelakon Syatilla Melvin dan suaminya Shaheizy Sam mendedahkan tidak kisah dengan jantina kelahiran anak mereka nanti.
Namun apa yang lebih penting sudah semestinya bayi dalam kandungan cukup sifat dan sihat tubuh badan. Itu yang diharapkan pasangan ini.
Syatilla yang kini hamil lima bulan itu berkongsi di Instagramnya akan keadaan dirinya kini. Malah begitu teruja untuk membuat pemeriksaan bagi melihat jantina bayi mereka.
“Insyaallah hari ni kita nak tengok anak no 3 ni geng Syeriv ke geng Mima.
“Dah 5 bulan dah ya allah, sekejap sangat rasa. Dah kuat menendang-nendang, berpusing-pusing ibu rasa,” tulisnya berkongsi.
Namun kata isteri kepada Shaheizy Sam ini lagi, baik dia mahupun suami tidak kisah dengan rezeki anak perempuan mahupun anak lelaki. Apa yang lebih penting kata mereka adalah sempurna, cukup sifatnya dan sihat.
“Tak kisah lelaki ka perempuan, yang penting sempurna cukup sifat dan sihat.
“Btw dari mengandung Syeriv sampai sekarang Tilla dan Sam setia dengan @kpjampangputeri forever. Sanggup lah drive jauh-jauh dari Shah Alam semata-mata untuk checkup,” tulisnya lagi.
Peminat mula teka jantina bayi
Dalam pada itu, peminat pasangan ini mula meneka-neka jantina bayi malah turut mendoakan kehamilan serta dipermudahkan kelahiran kelak.
View this post on Instagram
A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)
Semoga kehamilan anak ketiga pasangan ini dan kelahirannya kelak dipermudahkan.
Menarik: Pandainya Dia, Kena Agah Dengan Ibu, Senyuman Anak Kedua Siti Nurhaliza Buat Ramai Cair
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Baby Dah Kuat Menendang” Kandungan Dah 5 Bulan, Syatilla & Sam Tak Kisah Jantina Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baby-dah-kuat-menendang-kandungan-dah-5-bulan-syatilla-sam-tak-kisah-jantina-anak/